Alhamdulillah, pada 4 Ogos 2011 sehingga 6 Ogos 2011 yang lalu bertempat di SMK Bakai, Kuala Ketil, Kedah. Kem Guidance to Success 4 (G2S4) anjuran bekas pelajar kolej MARA Banting yang masih konsisten menyumbang telah berjaya melaksanakan kem tersebut dengan jayanya. Dengan sasaran terhadap golongan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, Kem tersebut bertemakan 'belajar itu seronok, seronok itu belajar' ternyata telah memberikan impak yang sangat positif terhadap sikap dan mentaliti para pelajar di SMK Bakai itu sendiri.
Fasilitator lelaki yang terlibat
Sekalung tahniah diucapkan kepada para fasilitator veteran mahupun jemputan kerana telah berjaya melaksanakan tugas sukarelawan ini dengan sempurna dengan tahap professional yang tinggi. Tanpa mementingkan keuntungan duniawi, kem ini berteraskan kepada sikap ingin menyumbang kepada anak bangsa dengan menggalas cita-cita ingin melahirkan individu para pelajar yang seimbang dari aspek pendidikan, mental, rohani dan fizikal.
Berbekalkan khudrat dan pengalaman yang ada, tenaga muda-mudi kini dikerah untuk bertindak semaksimum mungkin, graduan luar negara seharusnya menggunakan segala kelebihan yang ada untuk menyumbang, usaha yang mandiri dan kendiri haruslah dipupuk dalam setiap muda-mudi demi membangunkan sikap kesukarelawanan di samping melahirkan mentaliti kelas pertama yang ingin membangunkan Islam, negara dan bangsa.
Pastinya, pengorbanan dan aspek masa, kewangan, dan kekuatan telah dilaburkan dengan sebaik mungkin. Tiada balasan duniawi yang diinginkan tapi sebuah harapan dan cita-cita menzahirkan rasa kesyukuran kepada-Nya, membimbing adik-adik ke arah kejayaan yang hakiki. Itulah satu cita-cita yang murni melahirkan individu yang benar-benar komited dalam setiap tindakan, tidak memerlukan kerahan dan arahan tapi mampu bertindak atas dasar kesedaran yang tinggi. G2S4 kali ini ternyata memberi impak yang positif terhadap pembentukan diri masing-masing terutamanya kepada para fasilitator dan golonga sasaran.
Para pelajar khusyuh mendengar arahan dari Akmal Hayat
Ramadhan Al-Mubarak bukanlah sebuah penghalang dalam menjayakan kem tersebut. Bahkan Ramadhan menjadi satu titik tarbiyah yang mantap terhadap perkembangan diri. Ramadhan memupuk erti kasih sayang, erti ketabahan, erti kesefahaman, erti jalinan ukhuwwah yang mendalam sesama kita. Walaupun agak keletihan adik-adik para perserta ternyata berpuas hati dengan kem yang dilakukan. Dengan aktiviti yang begitu unik, menggunakan konsep "Conan" dalam menyelesaikan masalah, Modul yang diperuntukkan begitu strategik sehinggakan ada sesetengah peserta menyatakan ianya satu cabaran yang kreatif seterusnya memberi motivasi kepada mereka untuk terus rajin belajar. Para peserta dikehendaki menyelesaikan satu tugas utama iaitu menyelesaikan permasalahan "Crazee Cube". Tanpa daya usaha dan ketekunan, mereka tidak mampu sampai ke tahap paling akhir dan berjaya menyelesaikannya. Ironinya, semua kumpulan berjaya menyelesaikannya.
Saya sebagai pengarah projek kali ini, begitu beryukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya segala perancangan dan plan yang dibincangkan selama ini berjaya dilaksanakan. Walaupun meetingyang telah diadakan hanyalah bermediumkan Skype dan U-stream, ia langsung tidak mematahkan semangat kami untuk bergiat aktif. Paling penting, sumbangan ahli-ahli sangat bererti. Moga-moga segala tindakan dan niat yang telah dikecapi menjadi satu modal pahala yang berpanjangan. Segala ilmu yang dicurahkan menjadi sebuah pelaburan yang berpanjangan. Moga Allah menerima segalanya, Amin.
Feedback rasmi dari beberapa peserta mengatakan: " Kami seronok sangat bila dalam kem ni.. kami harap kem G2S ni akan dibuat lagi untuk junior kami, kem ni dah buat kami jadi semangat nak belajar dengan rajin."
"Pengalaman eyk.. ok, pengalaman mmang best gila la.. walaupun waktu saya dapat tahu kena mai kem, saya rasa sedih la, apatah lagi di bulan puasa, huhuhu.. tapi saya memang bagi 10/10 lar.. syok tahap 'gaban' ar.. ! "
"Dapat merasakan jika inginkan sesuatu, x semestinya kita dapat mencapainya dengan usaha seorang diri. sebaliknya kita bersama usaha dan berikthiar. "
Moga-moga G2S yang seterusnya menjanjikan sebuah pulangan yang lebih positif! InsyaAllah.
Sudah banyak kejayaan yang kita miliki secara peribadi. Saya yakin rata-rata pembaca memiliki sifat dan perasaan menghadapi kejayaan berulang kali. Tetapi tidak kurang jua, berkali-kali menghadapi saat-saat sedih dan duka dikala kegagalan itu menghantui kita. Dan itulah asam garam perjuangan.
Setiap kejayaan yang kita miliki menjadi satu tanda aras kemajuan diri kita di dunia ini. Kejayaan itu satu yang sangat relatif pada sudut pemikiran manusia. Dan kita pelajari satu persatu, langkah demi langkah, teknik demi teknik dan usaha yang berterusan dalam mencari nilai kejayaan. Ada yang menjumpainya dan ada pula tidak.
Resepi utama dalam mencari kejayaan lain tidak bukan ialah DUDUK SEBENTAR berfikir untuk masa depan. Mungkin orang memandang ia satu benda remeh temeh. Pernah satu ketika dahulu, saya memandang semua ini remeh temeh.
"Ala, ada kesan ke duduk dan fikir masa depan?"
"Macam dah selalu buat ja, takda apa-apa effek pun?"
"Cliche'.. benda ni dah tak boleh apply la.."
Pemikiran ini muncul di benak pemikiran saya sendiri ketika dahulu. Tapi yang bagusnya, saya tetap mencuba resepi ini. Ada satu 'idiom' yang sangat saya suka.
“Give me six hours to chop down a tree and I will spend the first four sharpening the axe.”
Memang benar, sebelum kita berjuang dalam segala hal. Orang yang bijak akan duduk terlebih dahulu membuat persediaan dan dalam membuat persediaan ini, perancangan merupakan satu core yang terpenting. Maka, mari KITA DUDUK SEBENTAR merancang.
Seorang peminat dan penganalisis setia akan isu-isu melibatkan bioteknologi. Memiliki ijazah BSc (hons) dan MSc in Biotechnology dari University of Edinburgh, United Kingdom (2010-2014).
Mendapat kelulusan Ijazah di peringkat Falsafah (PhD) dari University of Cambridge (UK) dalam bidang Bioteknologi dengan pengkhususan kajian dalam mikrobiologi molekul (percambahan spora bakteria).