Sketsa dua orang sahabat lama duduk di kedai mamak pada waktu malam berhadapankan lebuh raya yang sesak penuh dengan kenderaan. Mereka ialah si A dan si B
Si A: Bro, ko tahu kan yang majoriti kenderaan yang berada atas jalanraya itu sebenarnya bukan milik pemandu-pemandu kereta pun..?
Si B: Tak faham, maksud ko?
Si A: Majoriti kenderaan adalah milik penuh bank yang memberi pinjaman bayaran installment. Mengikut teori ekonomi dan kapitalisme bla...bla...
Si B: Haah, memang la. Bahkan rumah-rumah bangalow besar sekalipun. Lain la kalau mereka ada duit banyak dan beli secara lump sum.
Senyap seketika. Tiba-tiba..
Si A: Tak bro. We own nothing..
Si B: Erk, maksud ko lagi?
Si A: Segala apa yang ada di langit dan di bumi milik Allah.
Si B: :") pergh. pedas. thanks bro ingatkan. huhu
Si A: Bro, minum air jus tu, pedas. :D
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang di kehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
IB dan Ketakutan
Makin berdebar-debar saya pada waktu ini setahun yang lalu tatkala menapak di Kolej Mara Banting, sebuah kolej yang meninggalkan satu kenangan yang berbagai-bagai sama ada pedih, sedih, suka, duka mahupun romantis. ^_< wink!. Kini, saya sudah pun lepas dari cabaran berada dalam lingkungan sistem yang dinamakan IB-International Baccalaureate. Dan kini pula adik-adik dikasihi, iaitu junior-junior pula bakal menghadapi saat getir, antara fly dan juga tidak fly. (menggigit jari dengar ooo bila dengar). Inilah satu ujian dunia, peperiksaan yang saya kira bukanlah satu yang senang untuk diperkatakan. Anda menyumbat diri anda ke sebuah lembah yang dinamakan KMB, dan kini anda sedang dan bakal menghadapi satu ujian yang menentukan sama ada anda boleh keluar ke oversea ataupun tersekat di tengah-tengah jalan. Itulah sedikit mukadimah yang menggemparkan. (ye ker)
Bukan lagi khayalan
Bukan untuk menakut-nakutkan tapi ingin menyampaikan realiti kepada adik-adik pembaca yang mungkin bakal menghadapi IB Examination dalam masa terdekat ini agar mereka tidak lagi berada dalam dunia khayalan. Jadi, saya ingin berkongsi cerita suka, duka, tips, dan juga motivasi buat adik-adik sekalian.
Langkah pertama dan terakhir
Ingin saya kongsikan, pada waktu-waktu begini, langkah pertama dan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan ialah memotivasikan minda dengan kekuatan yang ada. Bukan mudah untuk memastikan diri-diri benar mempunyai mitovasi ataupun dengan lebih senang saya maksudkan sebagai keyakinan diri yang memotivasikan. Pada waktu begini, anda haruslah yakin bahawa segala usaha yang anda habiskan selama ini akan berbaloi dan akan menjadi sekiranya anda-anda benar memberi sepenuh tenaga dan fokus kepada peperiksaan yang bakal dihadapi. Cara yang mudah ialah dengan membuat sepenuh persediaan, dan sentiasa berfikiran positive dengan penuh usaha dan tindakan.
Positifkan minda
Positifkan minda anda dalam arus bawah sedar. Jika anda berada dalam paras ini, anda akan dapati bahawa diri anda seolah-olah hero yang sedang bersedia bertempur sehingga mati atau syahid di medan perang. Setiap langkahan anda menghala ke meda Examination nanti akan penuh dengan kalimat syahadah, kalimat tawakal kepadanya, kerna anda tahu anda berjuang kerna Allah bukan kerna hak peribadi mahupun kepentingan lain.
Bertenang bukan bertunang!
Seingat saya, masa-masa beginilah bakal wujudnya satu fenomena yang dikenali sebagai musim "mengawan" yang sangat aktif. Saya tidak pasti kenapa, tapi saya kira mungkin jua sebab terlalu tertekan, ataupun sudah merasakan "aku sudah hendak habis IB!". Oyytt!! IB Examination belum habis la! Ha, ketuk sikit kepala anda di dinding, ataupun tampar-tampar pipi agar sedar. Masa-masa macam ni jangan pula duk pi cari pasai nak pi buh cup kat mana-mana perempuan hampa nak (tudia keluaq dah loghat utagha). Tapi itulah realiti. Kesannya, ada yang koyak (kecewa), sebabnya proposal ditolak dan sebagainya. Bahagia yang dicari bahana yang mendatang. Kesan besar, jiwa dan minda anda tidak tenteram. Punah fokus. Maka, ingat masa-masa begini lebih baik bertenang dan mahu bertunang dan sebagainya. Lepas IB kahwin terus!
Tawakkal itu hanya kepada Allah
Memang dah menjadi simtom-simtom exam bila surau-surau mula dipenuhi, saya tidak mahu sebut pasal itu. Tapi apa yang penting ialah keikhlasan anda dalam terus istiqamah. Perbanyakkan bacaan al-quran agar jiwa menjadi lebih tenang. Jua sentiasa bermunajat kepada Allah. Qiamulail, jua solat sunat hajat dan sebagainya. Dan yang penting setelah berusaha bersungguh-sungguh nanti. Jangan lupa untuk bertawakal. Dengan tawakal saya yakin anda tidak akan sesekali merasa tertekan. Anda serahkan segala-galanya kepada Allah dengan syarat anda betul-betul berusaha. Ingat BETUL-BETUL berusaha.
Masih ada waktu
Bagi yang masih belum bersedia sepenuhnya. Jangan risau, masih ada waktu. Allah kurniakan kita masa secukupnya, uruskanlah ia dengan baik. Saya pasti ada waktu-waktu yang masih kosong, sentiasa plan dan rancangan penggunaan waktu dengan baik. Isikan dengan latihan-latihan. Cuba jawab soalan-soalan past years sebanyak mungkin. Secara peribadi, saat-saat begini bukan lagi masa untuk merivisikan segala nota-nota tebal, tapi menjawab soalan-soalan supaya anda membina kekuatan ataupun keyakinan. Anda boleh nampak bagaimana kemungkinan soalan yangbakal ditanya. (tapi bukan macam SPM)
Pesan Guru Dan Ibu Bapa
Pesanan guru amatlah bermakna pada masa-masa seperti ini. Masih lagi saya ingat kami sekelas pergi berjumpa guru-guru meminta amanat terakhir (macam la nak pergi jauh dah). Tapi ini sangat membantu dalam membina motivasi dan keyakinan. Guru-guru, mereka sangat memahami anda. Mereka punyai segala jenis nasihat. Jua ibu bapa anda, jangan lupa mereka. Call depa cepat!
Pesan saya
Ini pesan saya, anda ialah yang anda fikirkan. Anda tahu di mana kemampuan anda. Anda ada satu organ yang sangat hebat jika anda ingin tahu. Iaitu otak. Gunakanlah ia sebaik dan semaksimum mungkin, jaga kesihatan anda. Saya pada tahun lepas menjawab exam dengan sakit gigi yang teramat. tapi Alhamdulillah Allah permudahkan, sakit gigi hilang tatkala menjawab exam. Tapi sakit semula bila balik di bilik. Jadi, sebelum tidur jangan lupa gosok gigi (walaupun saya tetap menggosok). Jaga kesihatan, keluar riadah jika perlu. Ambil udara segar. Jaga waktu exam, keluar awal, singgah sebentar di surau An-Nur jika perlu. Saya pasti ramai kawan-kawan boleh bersama membantu. Mulakan langkah ke exam dengan nekad dan tawakal. Yakin anda mampu menjawabnya. Answer be right at the first time. Terutamanya untuk Math, fahami soalan sebaik-baiknya. Pasti ada kehendak ataupun kunci soalan. (macam cikgu berleter kat anak murid pulak)
Mock Exam Bukan segalanya
Harus saya perkatakan bahawa result yang anda perolehi untuk Mock Exam bukanlah segala-galanya, tapi ia sebagai booster dose untuk mendapat yang lebih baik! Secara rekod, saya hanya memperolehi 31 point untuk mock exam, tapi berjaya membuat lompatan yang besar dengan peningkatan sebanyak 9 point untuk IB Result. Jadi usaha dan terus usaha! ^_^
Selamat!
Akhir kata, moga anda mampu menghadapinya sebaik mungkin! Semoga berjaya! Jumpa anda di Edinburgh, UK! (mahupun di mana-mana tempat lain) ^_^
Saya sajikan sedikit cebisan kenangan video yang sempat saya buat pada-pada masa exam tinggal beberapa hari sahaja lagi pada ketika itu. Bermula dari semester 1 sehinggalah semester 4. Detik-detik bersama-sama rakan kelas dan segalanya terakam pada minda ini. Sungguh manis dan indah andai perjuangan kita disulami rasa ukhuwah dan bersyukur kepada Allah. :)
Mungkin gegaran itu satu peringatan buat kita semua. Hari ini manusia ssudahpun kelam kabut tatkala menghadapi gegaran 8.9 skala richter. Ya, kita menyampaikan perasaan takziah buat mangsa-mangsa gegaran gempa bumi dan tsunami, tapi kita yang tidak kena perlu lebih peka. Adalah satu kerugian buat kita sekiranya tidak mengambil ibrah yang menimpa Jepun. Banyak pengajaran yang mampu kita kutip untuk pembikinan rohani dan menginsafkan mereka yang lupa.
1. Allah mampu menghapuskan segenap kaum hanya dengan sedikit gegaran. (mungkin inilah yang berlaku kepada kaum Nabi Luth, Allah menebalikkan bumi. Kajian yang dibuat oleh HarunYahya mengatakan bahawa mereka telah ditelan oleh rekahan gempa bumi.
[Sumber: http://nl1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/4511/KAUM_LUTH]
2. Allah berhak melenyapkan satu tamadun hanya dengan limpahan air yang banyak. Hal ini jua turut mungkin berlaku kepada Kaum Nabi Nuh A.S. Tatkala Allah memberi arahan kepada Nuh untuk membuat sebuah bahtera besar, kaumnya mentertawakannya shaja. Tetapi tatkala banjir itu tiba, hanya yang selamat ialah mereka yang bersama Nabi Nuh. Mungkin jua disebabkan bahana tsunami yg sama tatkala Jepun dipukul hebat sehingga jatuh. Wallahualam. Satu ibrah. [Sumber:http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/27620/NUH_S_FLOOD]
3. Allah memberi peringatan buat manusia akan tibanya hari kiamat. Tidakkan kita sedar bahawa bumi sekarang sudah tiba di penghujung waktu dan hayatnya. Banyak perubahan telah berlaku. Hal ini termasuklah bab perubahan iklim dan cuaca yang melampau.
[Reference: http://climate.nasa.gov/evidence/]
4. Memberi gambaran betapa hebatnya hari kiamat itu tatkala bumi dihancurkan sehancur-hancur. Pada masa itu, bukan sahaja 8.9 bahkan tiada mesin yang mampu menyukatnya lagi. Seorang ibu pasti melupakan anaknya. Hari ini di Jepun, orang jepun masih lagi mendakap anak-anak mereka, mampu lagi menjaga rak botol-botol arak daripada jatuh pecah.
"Apabila bumi digoncangkan dengan goncagan yang sangat dahsyat" [Az-Zilzal: 1]
5. Bertaubatlah selagi kita punyai masa. Tatkala bumi mula mengaum menyatakan akan tibanya kiamat, barangkali manusia masih lagi terbingung bertanyakan apa yang telah terjadi kepada bumi ini?
"Dan, Manusia bertanya " Apa yang terjadi pada bumi ini?" [Az-Zilzal: 3]
"Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? Tentang berita yang besar (hari kebangkita). " [An-Naba: 1-2}
Moga-moga kita merupakan di antara mereka yang diberikan kefahaman seperti para ulama yang terus menerus menyedari akan Zat Allah dan Kekuasaan-Nya; sentiasa menginsafi kelemahan diri lantas terus berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Seorang peminat dan penganalisis setia akan isu-isu melibatkan bioteknologi. Memiliki ijazah BSc (hons) dan MSc in Biotechnology dari University of Edinburgh, United Kingdom (2010-2014).
Mendapat kelulusan Ijazah di peringkat Falsafah (PhD) dari University of Cambridge (UK) dalam bidang Bioteknologi dengan pengkhususan kajian dalam mikrobiologi molekul (percambahan spora bakteria).