Friday, April 29, 2011

IB Exam! Bertenang Bukan Bertunang

IB dan Ketakutan
Makin berdebar-debar saya pada waktu ini setahun yang lalu tatkala menapak di Kolej Mara Banting, sebuah kolej yang meninggalkan satu kenangan yang berbagai-bagai sama ada pedih, sedih, suka, duka mahupun romantis. ^_< wink!. Kini, saya sudah pun lepas dari cabaran berada dalam lingkungan sistem yang dinamakan IB-International Baccalaureate. Dan kini pula adik-adik dikasihi, iaitu junior-junior pula bakal menghadapi saat getir, antara fly dan juga tidak fly. (menggigit jari dengar ooo bila dengar). Inilah satu ujian dunia, peperiksaan yang saya kira bukanlah satu yang senang untuk diperkatakan. Anda menyumbat diri anda ke sebuah lembah yang dinamakan KMB, dan kini anda sedang dan bakal menghadapi satu ujian yang menentukan sama ada anda boleh keluar ke oversea ataupun tersekat di tengah-tengah jalan. Itulah sedikit mukadimah yang menggemparkan. (ye ker)



Bukan lagi khayalan
Bukan untuk menakut-nakutkan tapi ingin menyampaikan realiti kepada adik-adik pembaca yang mungkin bakal menghadapi IB Examination dalam masa terdekat ini agar mereka tidak lagi berada dalam dunia khayalan. Jadi, saya ingin berkongsi cerita suka, duka, tips, dan juga motivasi buat adik-adik sekalian.

Langkah pertama dan terakhir
Ingin saya kongsikan, pada waktu-waktu begini, langkah pertama dan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan ialah memotivasikan minda dengan kekuatan yang ada. Bukan mudah untuk memastikan diri-diri benar mempunyai mitovasi ataupun dengan lebih senang saya maksudkan sebagai keyakinan diri yang memotivasikan. Pada waktu begini, anda haruslah yakin bahawa segala usaha yang anda habiskan selama ini akan berbaloi dan akan menjadi sekiranya anda-anda benar memberi sepenuh tenaga dan fokus kepada peperiksaan yang bakal dihadapi. Cara yang mudah ialah dengan membuat sepenuh persediaan, dan sentiasa berfikiran positive dengan penuh usaha dan tindakan.

Positifkan minda
Positifkan minda anda dalam arus bawah sedar. Jika anda berada dalam paras ini, anda akan dapati bahawa diri anda seolah-olah hero yang sedang bersedia bertempur sehingga mati atau syahid di medan perang. Setiap langkahan anda menghala ke meda Examination nanti akan penuh dengan kalimat syahadah, kalimat tawakal kepadanya, kerna anda tahu anda berjuang kerna Allah bukan kerna hak peribadi mahupun kepentingan lain.

Bertenang bukan bertunang!
Seingat saya, masa-masa beginilah bakal wujudnya satu fenomena yang dikenali sebagai musim "mengawan" yang sangat aktif. Saya tidak pasti kenapa, tapi saya kira mungkin jua sebab terlalu tertekan, ataupun sudah merasakan "aku sudah hendak habis IB!". Oyytt!! IB Examination belum habis la! Ha, ketuk sikit kepala anda di dinding, ataupun tampar-tampar pipi agar sedar. Masa-masa macam ni jangan pula duk pi cari pasai nak pi buh cup kat mana-mana perempuan hampa nak (tudia keluaq dah loghat utagha). Tapi itulah realiti. Kesannya, ada yang koyak (kecewa), sebabnya proposal ditolak dan sebagainya. Bahagia yang dicari bahana yang mendatang. Kesan besar, jiwa dan minda anda tidak tenteram. Punah fokus. Maka, ingat masa-masa begini lebih baik bertenang dan mahu bertunang dan sebagainya. Lepas IB kahwin terus!

Tawakkal itu hanya kepada Allah
Memang dah menjadi simtom-simtom exam bila surau-surau mula dipenuhi, saya tidak mahu sebut pasal itu. Tapi apa yang penting ialah keikhlasan anda dalam terus istiqamah. Perbanyakkan bacaan al-quran agar jiwa menjadi lebih tenang. Jua sentiasa bermunajat kepada Allah. Qiamulail, jua solat sunat hajat dan sebagainya. Dan yang penting setelah berusaha bersungguh-sungguh nanti. Jangan lupa untuk bertawakal. Dengan tawakal saya yakin anda tidak akan sesekali merasa tertekan. Anda serahkan segala-galanya kepada Allah dengan syarat anda betul-betul berusaha. Ingat BETUL-BETUL berusaha.

Masih ada waktu
Bagi yang masih belum bersedia sepenuhnya. Jangan risau, masih ada waktu. Allah kurniakan kita masa secukupnya, uruskanlah ia dengan baik. Saya pasti ada waktu-waktu yang masih kosong, sentiasa plan dan rancangan penggunaan waktu dengan baik. Isikan dengan latihan-latihan. Cuba jawab soalan-soalan past years sebanyak mungkin. Secara peribadi, saat-saat begini bukan lagi masa untuk merivisikan segala nota-nota tebal, tapi menjawab soalan-soalan supaya anda membina kekuatan ataupun keyakinan. Anda boleh nampak bagaimana kemungkinan soalan yangbakal ditanya. (tapi bukan macam SPM)

Pesan Guru Dan Ibu Bapa
Pesanan guru amatlah bermakna pada masa-masa seperti ini. Masih lagi saya ingat kami sekelas pergi berjumpa guru-guru meminta amanat terakhir (macam la nak pergi jauh dah). Tapi ini sangat membantu dalam membina motivasi dan keyakinan. Guru-guru, mereka sangat memahami anda. Mereka punyai segala jenis nasihat. Jua ibu bapa anda, jangan lupa mereka. Call depa cepat!

Pesan saya
Ini pesan saya, anda ialah yang anda fikirkan. Anda tahu di mana kemampuan anda. Anda ada satu organ yang sangat hebat jika anda ingin tahu. Iaitu otak. Gunakanlah ia sebaik dan semaksimum mungkin, jaga kesihatan anda. Saya pada tahun lepas menjawab exam dengan sakit gigi yang teramat. tapi Alhamdulillah Allah permudahkan, sakit gigi hilang tatkala menjawab exam. Tapi sakit semula bila balik di bilik. Jadi, sebelum tidur jangan lupa gosok gigi (walaupun saya tetap menggosok). Jaga kesihatan, keluar riadah jika perlu. Ambil udara segar. Jaga waktu exam, keluar awal, singgah sebentar di surau An-Nur jika perlu. Saya pasti ramai kawan-kawan boleh bersama membantu. Mulakan langkah ke exam dengan nekad dan tawakal. Yakin anda mampu menjawabnya. Answer be right at the first time. Terutamanya untuk Math, fahami soalan sebaik-baiknya. Pasti ada kehendak ataupun kunci soalan. (macam cikgu berleter kat anak murid pulak)

Mock Exam Bukan segalanya
Harus saya perkatakan bahawa result yang anda perolehi untuk Mock Exam bukanlah segala-galanya, tapi ia sebagai booster dose untuk mendapat yang lebih baik! Secara rekod, saya hanya memperolehi 31 point untuk mock exam, tapi berjaya membuat lompatan yang besar dengan peningkatan sebanyak 9 point untuk IB Result. Jadi usaha dan terus usaha! ^_^

Selamat!
Akhir kata, moga anda mampu menghadapinya sebaik mungkin! Semoga berjaya! Jumpa anda di Edinburgh, UK! (mahupun di mana-mana tempat lain) ^_^

Saya sajikan sedikit cebisan kenangan video yang sempat saya buat pada-pada masa exam tinggal beberapa hari sahaja lagi pada ketika itu. Bermula dari semester 1 sehinggalah semester 4. Detik-detik bersama-sama rakan kelas dan segalanya terakam pada minda ini. Sungguh manis dan indah andai perjuangan kita disulami rasa ukhuwah dan bersyukur kepada Allah. :)




 

0 comments: