Friday, May 29, 2015

Anti-Vaksinasi di Malaysia: 'Ignorant', Persepsi atau Kegagalan Realiti

Pada awalnya saya tidak pernah ketemui golongan yang dilabel 'anti vkasinasi' di Malaysia ini. Namun, alhamdulillah saya berjaya menganalisis beberapa respon dan komen golongan ini dalam usaha cuba memahami atas dasar apakah penolakan vaksinasi.


Apa yang saya ketemui ialah sebuah 'ignorant' berbentuk kurang pendedahan ilmu sains serta persepsi buruk berbanding hujah-hujah argument yang digunapakai oleh gerakan antivaksinasi international. Sudah tentu golongan ini ialah makcik-makcik, kakak-kakak dan abang-abang yang memiliki anak-anak masing-masing.
Di manakah silapnya sehingga mereka menganggap program vaksinasi ini satu program yang gagal dan tidak perlu diambil serius?
Pada hemat saya, ada beberapa sebab kritikal:
1. Isu di Malaysia saya lihat adalah isu terlepas pandang persoalan pelaksanaan public science engagement sejak di awal-awal lagi.
2. Kegagalan masyarakat khususnya mereka yang bukan aliran sains tulen/biologi sejak di bangku sekolah menyebabkan golongan ini terus menjadi 'ignorant' terhadap vaksinasi.
3. Hal ini ditambaj oleh kegagalan tenaga kepakaran sama ada doktor mahupun saintis dalam membuat public engagement yang kuat telah menyebabkan persepsi terhadap vaksinasi menjadi sebuah mimpi gelap.
4. Mungkin vaksin dilihat dan dibaca sebagai satu 'toksin' yang mampu memberikan kesan besar terhadap anak-anak mereka. Sumber-sumber luar yang tidak sahih seperti FB, buku-buku pandangan menjadi sumber rujukan mereka.
5. Disebabkan hal-hal di atas, kini kita mula melihat gerakan menolak vaksinasi ini. Dan risau atss gerakan ini kita muncul kononnya sebagai hero di tengah melontarkan hujah-hujah sains 'hard core' sambil melabel mereka sebagai golongan 'anti-vaksin'.
6. Golongan seperti ini mungkin 'termakan hati' ataupun menjadi reaktif terhadap desakan-desakan di atas lantas terus menerus dalam agenda penolakan.
7. Golongan yang menolak vaksinasi di Malaysia bagi saya agak berbeza hujah-hujah penolakannya berbanding gerakan antarabangsa di luar sana. Di Malaysia penolakan jelas terarah kepada ceteknya ilmu, terpengaruh dengan idea-idea tidak cakna sains, rujukan yang tidak sah dan sahih serta kurangnya pendedahan terhadap vaksinasi sedangkan golongan vaksinasi antarabangsa pula menggunakan hujah-hujah sains dipelopori oleh individu yang cakna perkembangan sains dengan menggunakan hujah-hujan science 'hard core' ie rujukan -journal, report clinical trials dan ect. (walaupun hujah mereka gagal dan tidak relavant).
8. Isunya juga ialah kita, yakni golongan pakar sains - doktor, saintis, pensyarah, guru-guru sains gagal secara total meyakinkan golongan ini. Kita gagal memberi sumber rujukan yang mudaj difahami oleh masyarakat marhaen akan persoalan vaksinasi.
9. Langkah yang wajar ialah sudah tentu dua (perlu selari). (1) Tegas menyatakan bahawa vaksinasi adalah perlu dan penting kerana ianya mengambil kira kesan terhadap masyarakat umum yang lain. (2) usaha memahamkan akan isu vaksinasi perlu dipergiat dengan public science engagement kerana jelas wujud perbezaan lapangan ilmu sains dalam masyarakat ini. Hanya yang mengambil jurusan sains tulen akan sedia maklum dan cakna sedangkan golongan yang terpisaj dengan ilmu ini lambat laun akan menidakkan vaksinasi.
10. Kesimpulannya, vaksinasi adalah penting hatta dari sudut agama sekalipun. Public engagement ataupun pendedahan umum oleh pakar-pakar masih kurang. Mahu tidak mahu, gerakan menjelaskan isu ini perlu disusun rapi bukan hanya oleh orang perseorangan. Peranan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan seharusnya diperkuatkan sedaya mampu.
Realitinya, semua pihak mahukan kebaikan sama ada kepada anak-anak dan masyarakat . Cuma kebaikan yang manakah perlu diambil itu kadang-kadang memisahkan kita disebabkan oleh faktor-faktor yang telah saya jelaskan. Yang hak gagal menegakkan dan yang batil terus menerus tidak disedarkan.
InsyaAllah, saya akan menulis sebuah artikel berkenaan isu vaksinasi ini secara jelas di blog/website peribadi.
Sekian.
Amin Rukaini Mustafa,
BSc (Hons) (Edinburgh), MSc (Edinburgh) in Biotechnology.

2 comments:

Anonymous said...

Good day, sir!
I never thought there are actually quite big number of people who are anti-vaccine until I read your post and searched on the internet. I remember when I was still doing my foundation, and there was a free HPV program. What shocked me most was when my own lecturer (he's teaching Biology!) was quite disagree with anything about vaccine. When I asked him, he just told me to read. Well, that's that. I still took the vaccines after all.

Well, actually, I have a question tho. Is there any difference between Bachelor of Science with Honours (Resource Biotechnology) and Bachelor of Biotechnology (Hons), sir? I'm confused.

I'm currently in my sophomore year of doing Biotechnology. Wish me luck!

--Hana

En zul said...

Salam tuan blogger,

Pada pandangan saya, sebenarnya fenomena bercambahnya amalan perubatan alternatif serta pelbaga amalan perubatan sendiri menerusi internet dll (dari homebirth hinggalah kepada kemunculan golongan anti vaksin) sedikit sebanyak mencerminkan kegagalan bahagian kesihatan awam kkm di dalam menjalankan salah satu tugas hakiki mereka yakni memberikan kesedaran kepada orang ramai berkaitan dengan hal kesihatan diri serta masyarakat. Sehingga kini berapa banyak program kesihatan awam yang dianjurkan oleh bahagian kesihatan awam yang betul2 fokus pada golongan sasaran selain memgambil kira latar belakang ahli masyarakat yang berlainan (kenapa pakai istilah medical jargon pada golongan yang sekadar lulus pmr/spm?)?. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah dari para saintis kesihatan dan pengamal perubatan yang mengambil pendekatan secara kasar dan penuh konfrontasi dalam berhadapan dengan golongan seperti di atas, yang pada akhirnya menjadikan mereka bersifat defensif dan kembali menyerang balas para doktor dan saintis tersebut tanpa menghiraukan fakta atau hujah saintifik yang cuba diketengahkan dalam isu2 berkaitan dengan kesihatan. Pada pemerhatian saya, sebahagian golongan doktor yang cuba mempertahankan amalan pemberian vaksin mempunyai kemahiran komunikasi awam yang agak lemah, sehingga akhirnya disalah tafsir oleh orang ramai sebagai golongan yang bongkak dan angkuh dengan ijazah perubatan dan hireaki sosial mereka serta melihat orang awam sebagai golongan yang bodoh, dangkal dan perlu menurut kata mereka seratus peratus. Orang ada berkata yang kita boleh menarik kuda ke kolam untuk minum, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda tersebut untuk minum.

Sepatutnya dalam isu anti vaksin ini, bahagian kesihatan awam kkm bersama ngo2 yang relevan perlu fokus kepada pendidikan kesihatan awam berkaitan penyakit2 berjangkit di kalangan bayi dan kanak kanak serta komplikasinya secara berhemah, direct approach dan konsisten sebelum pendidikan berkaitan dengan vaksin mula diperkenalkan. Para petugas kesihatan perlu memastikan hanya mereka yang pandai berkomunikasi sahaja yang diberikan tugas sedemikian ( elakkan medical jargon, guna analogi yang mudah, humble dan rendahkan diri anda walaupun anda seorang doktor, cuba pendekatan menawan hati dan minda orang ramai tanpa bersikap mengarah atau authoritarian), dan dengan kesungguhan serta keikhlasan para petugas kesihatan maka diharapkan pintu hati orang ramai terutama ibu bapa akan terbuka untuk membenarkan bayi mereka diberikan vaksin dan lebih baik lagi menyertai ngo yang pro kepada vaksin.

En. Zuhairi, MBBS