Baru-baru ini dunia diberitakan akan kejayaan beberapa orang saintis dalam menghasilkan 'daging makmal' ataupun daging in vitro ataupun daging petri yang mendapat sambutan meluas oleh saluran media barat khususnya di UK. Dalam wawancara tersebut dinyatakan betapa kos penghasilan 'in vitro meat' ini menelan belanja yang sangat besar.
Video berkenaan in vitro meat pertama di dunia
Video berkenaan kaedah dan penjelasan bagaimana in vitro meat ini dihasilkan.
Beberapa berita media barat yang mendapat publisiti hebat.
Walaubagaimanapun, ianya tetap mendapat pujian positif daripada pelbagai pihak khusus mereka yang memperjuangkan 'animal right' seperti People for the Ethical Treatment Of Animals (PETA). PETA merupakan sebuah badan yang aktif memperjuangkan in vitro meat ini dah telah pun menawarkan sebanyak 1 million US dollar dalam satu pertandingan yang dianjurkan mereka pada beberapa tahun lalu di US. Selain 'pressure group' daripada animal right ini, beberapa agensi lain juga menunjukkan minat yang mendalam terutamanya pihak NASA dan agensi pertahanan berdasarkan kepentingan masing-masing. NASA dengan misi mereka untuk memastikan kelangsungan makanan terutamanya sumber protein untuk program penjelajahan angkasa. Ada juga dari kalangan masyarakat umum yang menyatakan konotasi bersetuju dengan idea in vitro meat ini.
In vitro meat/ burger, sanggupkah anda untuk memakannya?
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa banyak pihak amat berminat dengan in vitro meat ini? Tidak cukupkah dengan kadar penghasilan daging daripada haiwan biasa? Bagaimana pula denga kos? Jadi, saya cuba untuk membawa para pembaca untuk meneliti serba sedikit hujah-hujah yang digunapakai yang menyokong in vitro meat ini. Pertamanya, hujah secara saintifiknya ialah setiap daging yang terhasil dari kaedah konvesional iaitu penternakan haiwan dikatakan menelan kos sumber yang besar dan melepaskan kadar carbon dioksida yang amat tinggi. Dengan adanya teknologi in vitro meat ini, ianya dijangkakan mampu mengurangkan kadar kebergantungan kepada sumber tanah dan air sebanyak 80%. Seperti mana yang kita tahu, kadar penambahan populasi manusia semakin besar dan hal ini akan menyebabkan krisis makanan pada satu masa nanti, dan hal ini amat hangat diperdebatkan dalam konteks ilmiah mahupun realiti.
Kedua, in vitro meat ini juga dikatakan mampu mengurangkan kadar penderaan terhadap haiwan-haiwan secara umumnya. Hal ini dibangkitkan oleh kumpulan yang memperjuangkan hak asasi haiwan. Ketiga, segala jenis dakwaan sebenarnya didasarkan untuk mendapatkan jumlah funding dan lebih berbentuk political strategy. Dan akhir sekali, alasan yang biasa digunakan ialah untuk menjamin keseihatan dan keselamatan daripada jangkitan kuman yang merebak melalui haiwan.
Apa pun yang dihujahkan, realitinya teknologi hari ini membuktikan bahawa untuk menghasilkan sekeping daging makmal burger ini menelan kos sebanyak 300 000 US dollar, sangat melampau dari sudut kos! Tetapi hujah yang sering digunapakai oleh individu yang optimist dalam hal ini ialah sains sentiasa berkembang dan dengan adanya banyak teknologi ini dijangkakan pada satu masa nanti kos ini dapat dikurangkan pada kadar mampu beli dan harga premium. Juga perlu diingatkan, untuk memastikan daging ini diterima umum, beberapa pendekatan untuk memastikan ianya mampu diterima oleh masyarakat wajib dipertimbangkan. Ianya mungkin dilihat sebagai satu innovasi pada sudut sains tetapi perlu juga mempertimbangkan penerimaan masyrakat umum. Hal ini termasuklah juga perlu diregulasi dengan baik dari sudut kawalan, prosedur dan ketersemalatan. Sudah tentu ia tidak mudah, bahkan semua ini pasti akan mengambil masa yang sangat lama.
Sebagai sebuah negara Islam, sudah pasti isu ini bukan satu isu yang biasa. Peranan fatwa kebangsaan pasti perlu dimainkan dan perlu melihat dari sudur meluas. Saya kira, para ulama perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan perlu merujuk kepada pakar-pakar sains dalam soal ini. Sudah tentu, kita tidak mampu untuk memberikan hujah dan fatwa selagi mana ianya tidak dilihat oleh mereka yang pakar.
Secara lumrahnya, perkara ini mencetuskan satu reaksi 'Yuck' ataupun jijik bagi sesetengah masyarakat. Bagi negara-negara yang mempunyai sumber daging yang banyak; pasti melihat ini satu kepelikan yang janggal. Namun, sebagai seorang muslim dan seorang saintis, saya melihat wujud keperluan untuk mengambil tahu isu semasa ini agar kita dapat bersama-sama melihat dari sudut yang lebih jelas iaitu dari sudut hukum syarak. Sebagai seorang saintis dalam bidang bioteknologi juga, saya melihat ini sebagai satu 'cakap-cakap' yang berupa satu janji di masa hadapan. Mungkin ianya sekadar dogmatik, namun teknologi seperti ini kadang-kadang direalisasikan oleh mereka yang berfikiran pragmatisme. Jadi, adalah waras dan sesuai untuk kita memahami kesan-kesan yang mampu kena pada diri dan ummat Islam. Bersikap berhati-hati dalam perkara yang 'kelabu' ini adalah diperlukan dan memerlukan kepakaran dalam bidang ini untuk memastikan tahap 'kejernihannya'.
Jadi apakah pendirian kita buat masa ini masih belum ada keputusan fatwa memandangkan isu ini masih baru dan mungkin pada masa hadapan isu-isu seperti pasti akan dibangkitkan semula dalam perbincangan para ulama dan fatwa. Saya sebagai seorang ahli bioteknologi dan mengkaji secara khusus dalam isu ini secara saintifik mengharapkan masyarakat tidak mudah gelabah dan was-was. Isu-isu seperti adalah biasa dalam konteks kajian sains sedunia. Yang penting ialah kita mampu meningkatkan kadar pemahaman kita akan konteks yang lebih luas iaitu untuk kepentingan umat Islam dan kemaslahatannya. Selain itu, juga saya ingatkan; terpanggilnya saya untuk menulis isu ini kerana wujud gesaan tatkala melihat beberapa laman web yang terpesong dari segi akidah seperti daripada laman web syiah cuba memenuhi ruang lingkup jawapan persoalan isu syarak dan hal ini adalah satu masalah besar jika ummat Islam hari ini hanya bergantung kepada jawapan dari sumber yang syak dan memesongkan. Mungkin sudah tiba, umat islam yang bersumberkan akidah yang jelas menjadikan ini sebagai satu cabaran dan gesaaan fardhu kifayah untuk membekalkan dan merungkai pertanyaan umat Islam yang dahagakan informasi yang jelas dan tepat akidahnya.
Ditulis oleh:
Amin Rukaini Mustafa
Bsc Biotechnology (Edinburgh), Msc Biotechnology (Current)
University of Edinburgh,
United Kingdom.
_________________________________________________________________________________
Rujukan:
- Houston Law Review (2013)
- Neil Stephens (2010), IN VITRO MEAT: ZOMBIES ON THE MENU?, Scripted, Volume 7, Issue 2.
- Clemens Driessen (2012), Pig towers and in vitro meat: Disclosing moral worlds by design, Social Studies of Science 42(6) 797–820
- Robert Magneson Chiles (2013), If they come, we will build it: in vitro meat and the discursive struggle over future agrofood expectations, Agric Hum Values (2013) 30:511–523.
0 comments:
Post a Comment