Dalam bekerja di jalan Allah ini, kita terasa sangat berat dan begitu banyak sekali ujian yang akan datang. Sehinggakan sampai satu masa itu seolah-olah semua ruang tertutup langsung. Seolah-olah tiada lagi harapan. Rasa kaku, rasa ragu, rasa terkesima. Hanya mampu duduk diam dan berharapkan pertolongan datang. Dan inilah yang saya rasakan. Saya berasa sangat bertuah dan bersyukur Allah berikan saya satu kisah untuk dikongsikan- yang begitu bermakna bagi saya. Mungkin kisah ini adalah sangat ringan dan mudah bagi pandangan sesetengah orang tapi ianya sangat menyentuh iman saya sehinggakan mampu mengalirkan air mata yang tidak terhingga nilainya dari nilai dunia ini.
Selain dari pengarah projek, saya juga bertugas merangkap sebagai AJK Penempatan memandangkan lokasi yang dipilih pada kali ini ialah di Edinburgh. Maka mahu tidak mahu, kedua-dua tugas tersebut digalas oleh saya ditambah lagi dengan tekanan untuk peperiksaan yang bakal tiba beberapa hari sahaja pada ketika itu. Kekangan pertama timbul tatkala saya tiada pilihan tempat untuk sesi ceramah, tiada dewan yang sesuai. Sebuah masjid yang dirahsiakan namanya mula menjadi sasaran terbaik. Dengan inisiaitf berterusan, hampir beberapa kali saya menghubungi pihak masjid tersebut namun mendapat jawaban kosong dan tidak bermakna. Semuanya penuh. Tiada lagi ruang dan masa kerana masjid tersebut sudah digunakan untuk aktiviti lain. Namun saya nekad untuk cuba berjumpa dengan Presiden masjid tersebut. Kali pertama untuk berjumpa gagal. Presiden tersebut tidak dapat hadir. Saya terus berusaha tatkala exam lagi 6 hari. Kali kedua, masih tidak menemui hasil. Dan pada kali ketiga saya datang kembali bersama rakan saya ke masjid untuk bertemu beliau. Kali ini harapan saya amat tinggi. Alhamdulillah beliau ada di masjid.
Usai solat, saya terus menyapa presiden masjid tersebut untuk berbincangkan soal dewan dan kemudahan yang boleh masjid tersebut berikan. Saya memberi salam dan senyuman. Beliau bersalam dan tidak langsung senyum. Kelihatan begitu kelam kabut, mahu terus keluar dari masjid. Kemudian, tanpa berlengah-lengah beliau terus cabut keluar dari masjid tanpa menoleh langsung kepada saya. Hancur luluh hati, sedih. Saya sedih bukan kerana saya tidak dapat berjumpa dengan beliau, tapi saya sedih kerana beginikah yang dikatakan Muslim? Apa akan jadi jika yang ingin bertanya ini ialah non-muslim yang mahu tahu pasal Islam? Sudah tentu ianya membantutkan dakwah Islam. Sifat dan sikap yang rakus akan masa lantas mengendahkan hak orang lain. Sedih. Beginikah akhlak seorang Islam? Saya berlapang dada.
Walaupun hati dirundung kesedihan saya tetap tabah. Saya merapati rakan saya lantas membisikkan secara perlahan: "Dia sibuk.. mari kita pergi tengok masjid yang satu lagi la shafiee..". Dengan nada yang cukup berat, cuba membina semula semangat dan alternatif baru. Saya cuba menahan perasaan sedih tadi. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Kemudian, tanpa saya sangka-sangkakan, tangan saya dipegang oleh seseorang. Lantas ditarik duduk. Saya kaget, kaku; hanya mampu mengikut tarikah itu, saya duduk. Seorang pakcik berwajah tenang seperti seorang ayah telah menarik tangan saya agar saya duduk. Saya melihat beliau dan saya hanya mampu terdiam. Beliau berkata: "My son, don't be disappointed, don't be sad. Everything would be alright, I know people like you who are involved in da'wah, and they managed to get this place and you can do it also. Let try it again".
Saya tergamam. Langsung tidak mampu melihat muka beliau. Saya hanya mampu melihat karpet bawah. Tanpa saya sedari, mengalir manik-manik di celah-celah mata saya. Lantas terasa tangannya memegang dagu saya lalu menghalakan muka saya kepadanya/ Dia pasti sedar manik-manik tersebut. "Don't be dissapointed son". Rasa seperti seorang ayah yang sangat caring dan menenangkan. Tidak mampi lagi bertahan. Fragile. Burst. Berlinangan. Begitu mengharukan jiwa. Di saat hati ini dirundung kesedihan dan perlukan harapan, Allah berikan satu motivasi yang jarang sekali saya jumpa. On the spot!. Saya tidak mampu berkata apa-apa melainkan mengucapkan terima kasih. Usai keluar dari masjid, saya tidak lagi mampu menahan sebak teramat dengan peristiwa yang berlaku. Bercurah-curah air mata mengalir. Bukan saya mahu menangis tapi hati ini tidak lagi mampu menanggung rasa syukur teramat. Habis basah pipi saya. Bertalu-talu keluar. Sambil mengelap air mata: "Shafiee, sorry, ana memang tak tahan bila fikir peristiwa tadi". Sebab apakah saya perlu menangis?
Bila ia mahu keluar, ia keluar.
Sebab yang sukar saya ceritakan. Barangkali tangisan ini tangisan kesyukuran seorang hamba kepada Allah. Tangisan yang menyedari kekerdilan jiwa. Tangisan yang menyedari bahawa kata-kata pakcik itu adalah asbab yang diturunkan oleh Allah SWT yang mahu memberikan motivasi secara on the spot! Ya, ianya satu motivasi yang turun pada on the spot. Satu jawaban kepada doa yang muncul dari hati lalu diterjemahkan kepada asbab pakcik itu. Bagaimana pula pakcik itu mampu tahu bahawa saya sedang berada dalam kesusahan hati? Bagaimana dia tahu saya sedang sedih sedangkan dia tidak bersama saya semasa saya bertembung dengan presiden itu? Semua ini lain tidak bukan hanya Allah jugalah yang menggerakkan hati hambaNya. Sungguh saya akan menangis bila saya fikirkan kembali saat itu. Satu pertolongan dan ketenangan yang hadir, memberi motivasi untuk terus berjuang. Sukar untuk saya ungkapkan pada kata-kata tetapi jika mahu rasanyainya, laluilah jalan ini, jalan tarbiyah dan dakwah.
Jalan dakwah dan tarbiyah itu pelik, adakala kita tersenyum-senyum dan gembira lantas kemudiannya kita menangis. Pelik bin Ajaib. Kita rasa Allah dekat dengan kita. Sungguh jalan ini perit tapi amat manis perasaannya. Alhamdulillah JUMS 12 telah berlalu dengan baik. Saya telah mendapat alternatif untuk gunakan masjid lain. Sungguh, dalam kesusahan ada kesenangan.. Jangan bersedih. :)
Benar kita sibuk dengan exam; dalam kesibukan waktu exam, saya masih mampu mengayuh basikal ke sana ke mari demi JUMS, demi memastikan kelangsungan aktiviti yang telah dirancang bersama. Korban sedikit masa dengan rasa yakin dari Sang Pencipta. Mungkin dengar macam senang, tapi jika anda anda exam esok lusa, tapi perkara lain mula mengganggu, pasti akan terasa bahang tekanannya. Tidur mahu tidak lena, makan mahu tidak kenyang. Tapi semua itu cabaran. Soalnya bukan alasan, soalnya ialah apa yang kita mampu lakukan dengan sehabis baik. Menjaga keseimbangan. Pemuda, jangan cari alasan, carilah jalan barulah kita boleh berkembang menjadi insan hebat. Pemudi, jangan asyik menerawang, jangan pula asyik memberi jiwang. Bina personaliti, bina keyakinan diri. Bina modal insan. Semoga terus berjuang dan betulkan sasaran. Ingat, jangan cepat mencari alasan!
Tahniah kepada semua para peserta serta mohon maaf atas segala kekurangan. Juga tahniah dan syabas kepada AJK-AJK yang bertungkus-lumus dalam menguruskan JUMS 12. Tanpa bantuan kalian, pasti JUMS 12 tidak mampu berjalan dengan baik. Semoga ketemu lagi pada JUMS 13.
Montaj Penutupan JUMS 12
"Membangun Umat Beragenda"
"Membina Generasi Harapan"
1 comments:
Allahamdulillah...berkat kesabaran dan keikhlasan dalam membuat sesuatu kerana Allah pasti Allah akan permudahkan apa yang kita lakukan.
Post a Comment