Beberapa minggu yang lepas, saya telah diminta untuk menulis beberapa artikel berkenaan sudut pandangan Bioteknologi akan isu perkahwinan awal. Sebelum itu, ingin saya ingatkan, bahawa bidang ini, iaitu Bioteknologi merupakan sebuah bidang yang sangat menarik untuk diceburi. Bioteknologi merangkumi gabungan beberapa disiplin ilmu yang mantap terutamanya dari aspek genetik, mikrobiologi, fisiologi, biologi haiwan, biologi tumbuhan dan biologi makanan serta kejuruteraan,. Pendek kata, bidang bioteknologi ini sangat menarik untuk diterokai kerana anda pasti terpesona dengan berbagai-bagai cabang ilmu yang perlu dikuasai. Dan saya sendiri mula merasai kesoronokan bidang ini yang tiada taranya. Alhamdulillah diberikan kelebihan dan peluang untuk terus berjihad demi ummat dalam bidang ini. Saya suka menggunakan tagline in: "Enta ustaz, tapi saya bioteknologi". Dalam erti kata, setiap daripada kita wajib menggunakan kelebihan yang kita ada dalam setiap ceruk ilmu demi ummat. Mungkin seseorang itu mahir dalam bidang agama, telah membuat kajian mendalam dalam hal agama, menjadi tanggungjawabnya menerangkan kepada mereka yang masih tidak menguasainya dengan baik, begitu juga dalam bidang bioteknologi ini, menjadi tanggungjawab saya menerangkan kepada masyarakat yang masih tidak celik ilmu-ilmu Sunnahtullah ini.
Erti Sebuah Perkahwinan
Saya pasti, ramai yang akan menamatkan zaman bujang dalam beberapa ketika nanti. Sudah menjadi lumrah fitrah manusia, kebersamaan dan ingin bersama dalam menjalani kehidupan itu satu kepastian. Bahkan Adam dan Hawa diciptakan Allah untuk berkasih sayang satu sama lain. Tidaklah menjadi satu ketidaknormalan sekiranya seseorang itu mahu berkahwin. Bahkan pula terlalu banyak nas-nas dan dalil-dalil menggalakkan kita berkahwin. Kerana perkahwinan bererti kita mula melangkah ke satu alam yang lebih fitrah, iaitu memenuhi fitrah semula jadi kita. Yang tidak normalnya ialah jika wujud insan-insan yang tertarik kepada jantina yang sama lantas secara langsung telah menjadikan fitrah itu sebagai satu kebencian yang besar daripada Allah. Maka apakah erti sebuah perkahwinan? Berbagai-bagai jawaban mampu kita berikan, tapi yang utama ialah menghalakan diri kita ke arah yang lebih baik dalam usaha mencari reda-Nya.
Hakikat sebuah perkahwinan bukan sekadar menyarung cincin
Cabang ilmu memisahkan kita
Inilah isi yang paling utama yang ingin diperkatakan. "Amin, tulislah cepat pasal sudut padangan bioteknologi terhadap perkahwinan di usia muda, aku buta langsung bab genetik dan genomic ni." minta dari seorang rakan.
Betul, saya akui, ramai yang di antara kita terpisah dengan ilmu biologi sejak tingkatan tiga lagi kerana cabang ilmu memisahkan mereka. Ada pula hanya sekadar lepasan SPM dan kemudiannya bertukar arah. Begitu juga perasaan saya tatkala membincangkan soal fizik dan sebagainya. Sebab saya telah terpisah dengan mereka sekurang-kurangnya selepas SPM. Cabang ilmu memisahkan kita.
Genetik dan Genomes
Hakikatnya, genomic manusia kini atas usaha Human Genome Project sekarang tidaklah masih memberi apa-apa impak yang menyebabkan anda rasa ketinggalan bahkan para saintis masih lagi cuba memahaminya sebaik mungkin. Genomic merupakan frasa terminologi yang bererti kefahaman seluruh maklumat DNA yang terdapat dalam diri manusia, iaitu pendek kata ia merupakan 'blueprint' ataupun kod-kod yang merangka seluruh penciptaan manusia. Manakala genetik pula lebih berkait rapat dengan ilmu mengkaji keturunan, salah silah, warisan (inheritance, ie. penyakit, genes dan sebagainya), konsep asas dalam DNA, struktur DNA, dan semua semuanya berkait rapat dengan DNA, rangkuman antara genetik dan genome tidak dapat dipisahkan bahkan genome merupakan kesinambungan daripada genetik. Secara peribadinya, dua bidang yang saling berkaitan ini memberi impak kepada hidup seorang manusia bahkan lagi kepada seorang muslim yang faham akan wujudnya Allah SWT yang Maha Bijaksana. Dalam genetik dan genomes, anda sebenarnya sedang belajar keesaan Allah dan juga kebijsaksanaan Allah dalam menciptakan sesuatu. Tidak ada cacat celanya melainkan hikmah yang tersembunyi. Maka saya akan cuba membincangkan beberapa isu penting menggunakan landasan ilmu asas genetik dan genomic dalam kerangka perkahwinan awal; apa kenapa, dan mengapa.
Perkahwinan dalam usia Muda: Bagus atau Tidak bagus
Dari sudut pandangan bioteknologi, isu ini dapat diteliti dengan baik melalui bidang genetik. Saya memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat terminologi yang memeningkan anda, namun saya akan cuba menjelaskan sebaik mungkin. Jawaban untuk bagus atau tidak bagus itu adalah subjektif, tapi secara peribadi selepas mentelaah fakta dan realiti, saya katakan bahawa ianya sangat bagus!
Biologi seorang wanita
Seperti yang umum kita tahu, telur/ovum (eggs) bagi seorang manusia telah terhasil sejak wanita itu dilahirkan lagi. Semasa bayi, wanita telah menghasilkan beribu-ribu telur melalui proses yang dikenali Oogenesis. Semasa proses ini, ovum telah melalui dua kali proses meiosis di mana pada meiosis I ianya telah terhenti seketika dan bersambung kembali semasa ovulasi dan kemudiannya berhenti pula pada fasa metaphase II. Proses yang terhenti pada fasa metaphase II ini hanya akan bersambung kembali tatkala hanya apabila berlaku persenyawaan dengan sperma si lelaki. Sejak mulanya kitaran haid yang pertama bagi seorang wanita (baligh), maka bermulalah proses ovulasi (ovulation) di mana telur-telur yang telah dihasilkan dengan banyak itu dilepaskan satu persatu untuk dipersenyawakan. Sekiranya tidak dipersenyawakan, maka berlakulah menstruasi (menstrual cycle) kerana pada fasa ini dinding uterus menipis dan sel-sel mati dilepaskan.
Lambang (/) di dalam rajah di atas mengggambarkan proses tersebut terhenti dan bersambung semula pada (/) yang berikutnya tatkala persenyewaan berlaku. Dalam 'range' ini, proses cross-over berlaku pada tahap kritikal. Semakin lama ianya ditahan daripada persenyawaan, semakin tinggi risiko untuk mendapatkan risiko.
Faktor Umur dan Kesannya
Faktanya perempuan lebih dan sangat terikat dengan pengaruh umur berbanding lelaki jika dilihat dari aspek kesuburan. Kajian membuktikan bahawa semakin meningkat umur seseorang perempuan itu semakin tidak suburlah seseorang itu. Bukti yang paling jelas ini ialah kejadian Trisomy 21, ataupun lebih dikenali sebagai Down Syndrome. Down Syndrom disebabkan oleh 'female maternal age effect'. Lamb et al (2005) dalam kajiannya telah menyatakan satu hypothesis bahawa trisomy 21 ini terjadi disebabkan berlakunya 'crossover' yang berpanjangan dan kesannya ialah non-disjunction. Dalam erti kata lain, ia bererti begini; (saya permudahkan bicara) cross-over merupakan satu fenomena biasa di mana dua kromatid (non-sister chromatids) berlainan telah bersilang dan bertukar maklumat satu sama lain. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kepelbagaian genetik. Tetapi disebabkan 'cross-over' ini 'melekat' satu sama lain, maka kesannya ialah berlakunya perpisahan yang tidak serata yang dikenali sebagai non-disjunction, iaitu dua chromosome berpisah secara tidak rata dan menyebabkan terjadinya trisomy. Trisomy bererti tiga kromosom. Pendek kata, semakin lama usia seseorang wanita itu, semakin lama telur berada falam fasa metaphase I di dalam oviduct, semakin banyaklah proses 'cross-ever' berlaku dan semakin tinggi pontesi untuk non-disjunction.
Rajah menunjukkan bagaimana non-disjunction boleh berlaku disebabkan cross-over.
Statistik menunjukan semakin meningkat individu seorang wanita semakin tinggi kemungkinan untuk mendapatkan trisomi 21
Hakikat
Proses di atas iaitu 'maternal age effect' yang saya terangkan merupakan faktor utama menyebabkan berbagai-bagai syndrom yang mula muncul dalam masyarakat sekarang. Faktor pekerjaan, sistem pendidikan dan masa menjadikan hidup kita hari lebih sibuk daripada insan-insan terdahulu. Hari ini kita terkongkong oleh sistem yang kita buat sendiri. Rata-rata muda-mudi bakal menamatkan zaman mudanya pada usia yang sudah lewat. Alasannya lain tidak bukan kerana sibuk dengan alam pendidikan. Aspek lain pula seperti adat perkahwinan yang menuntut melampau-lampau seperti hantara dan mas kawin yang terlalu tinggi menjadikan nilai perkahwinan itu sudah tidak mula dihargai. Para pemuda kini sudah mula menghadapi dillema yang berpanjangan. Bermula daripada seawal remaja sehinggalah ke alam dewasa. Tekanan sistem yang dicipta atas dasar materialistik semata-mata akhirnya menghantui masyarakat kembali. Banyak kesan negatif berbanding positif. Urusan agama pula mula disusahkan. Hal-hal yang Islam permudahkan dijadikan susah. Adat-adat perkahwinan yang tidak ada dalam Islam mula ditokok tambah. Perbelanjaan hiasan menelan kos yang menggalak pembaziran. Mahu 'dijual' pula si anak kepada orang. Islam hanya meletakkan: Dua saksi, pasangan lelaki dan wanita, wali, dan ijab kabul; walimah maka selesai dan tidak perlu bertepung tawar, batal wudhu pertukaran cincin dan sebagainya. Begitulah introspeksi masyarakat sekarang.
Genetik
Genetik hanyalah memberitahu kita bahawa semakin tua umur seseorang wanita itu maka semakin tidak suburlah ia. Genetik hanya membantu kita memahami, tapi hukum pelaksanaannya telah pun disebut oleh baginda SAW sejak 1400 tahun lalu dan Islam sangat menggalakkannya sebagai jalan yang Fitrah:
Firman Allah SWT:
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)
Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232)
Dalil daripada hadis-hadis pula:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)
Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati )
Para sahabat turut menekan, Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata:
Saidina Abbas r.a. berkata:"Tiada yang menghalang perkahwinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat."
"Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin."
Kesimpulan
Kesimpulan ringkas yang mampu saya buat pada part 1 ini ialah bagaimana faktor umur itu sangat memberi impak terhadap kesuburan manusia. Walaupun kita kini sudah mengetahui sedikit sebanyak akan bagaimana ianya terjadi, tapi masih banyak persoalan 'kenapa dan mengapa' ianya terjadi. Human Genome Project mungkin memberi gambar besar terhadap bagaimana genetik dan genome berkait rapat dengan fungsi tubuh badan kita, tapi dalam hakikat sebenar, kita masih tidak menjumpai apa-apa langsung yang memberi impak kepada kita. Bahkan pada saya, Human genome project sememangnya menjadi bukti kehebatan ciptaan ALlah SWT yang ternyata menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan Islam diturunkan atas dasar memuliakan umat manusia dengan sifatnya yang fitrah, selari dengan mana-mana kehendak genetik mahupun genome! Semuanya ada dalam Islam bahkan ianya selari dengan Sains. Allahuakbar.
Wallahualam, bersambung..
4 comments:
menarik amin..summer ni ek akhi? hehe mabruk akhi =)
-Moja
wah.. entri yg menarik.. amin bile nak melangkah ke kehidupan yg baru? nanti inform2 lah yerk.. =)
sangat menarik ya sheikh..=) teruskan menulis..-)
part 2 bila?
Post a Comment