Tuesday, January 10, 2012

Scanner Rosak


Untuk pengetahuan anda, inilah Scanner. 

Scanner fungsinya adalah untuk 'scan' sesuatu objek untuk dijadikan imej.

Tapi..

Kenapa tajuknya Scanner Buruk?? 
 Nanti anda faham kenapa saya letak gambar scanner awal-awal dan tajuknya Scanner buruk.
 Teruskan membaca.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kem kanak-kanak riang
Mungkin pernah beberapa kali kita terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan sama ada dalam program motivasi, program kepimpinan pengawas sekolah, kem-kem pengakap dan sebagainya pada masa zaman sekolah dahulu. Dan saya sendiri sudah tidak terbilang jumlah kem-kem dan program-program yang telah saya sertai. Dalam setiap kem tersebut, pasti ada seorang AJK modul yang menguruskan aktiviti yang ingin dijalankan. Saya sendiri pernah mengendalikan beberapa aktiviti menarik untuk para pelajar sekolah menengah dalam Kem Guidance to Success (G2S) yang dianjurkan secara sukarelawan oleh para pelajar lepasan IB KMB 2010.

Winter Gathering 
Baru-baru ini saya telah menyertai program Winter Gathering anjuran ISMA Eropah, sebuah badan organisasi bebas (NGO) yang mula bertapak di Eropah dalam usaha mengembangkan sayap pendidikan (tarbiyah) kepada golongan pemuda dan pelajar luar negara. Dalam program winter gathering tersebut, satu benda yang agak memberi kesan terhadap diri saya ialah aktiviti yang dipanggil 'Scanner Rosak'. 'Game'nya sama sahaja dengan 'telefon buruk' mahupun 'khabar angin' yang pernah saya main masa sekolah rendah mahupun sekolah rendah dahulu kecuali kali ini kami diberikan peluang untuk menyampaikan mesej gambar melalui mulut ke mulut berkenaan imej asal. Orang terakhir berperanan melakar kembali pesanan yang disampaikan oleh orang sebelumnya. Berikut merupakan hasilnya yang sempat saya ambil gambar.

Imej asal

******************************************************************

Scanner buruk!


Maka jadilah..


Result kumpulan 1 (idea dah ada, tapi orang berfikir pulak takde)

Result kumpulan 2 (ini pasti pelukis komik handalan)

Result kumpulan 3 (Lukisan ini macam lukisan pelajar sekolah rendah > Jangan marah)

 Result kumpulan 4 (ini kumpulan saya >> Failed =__=')


 Result kumpulan 5
 (macam rumah dalam cerita Dragon Ball pun ada, 
tetiba ada bangunan 3 tingkat terapung dalam bulatan >> inikah bola naga?)


 Result kumpulan 6 (Adi?) 


 Result kumpulan 7 (dari tiga tingkat, bangunan jadi tiga bilik, stail jugak)


Result kumpulan 8 (Atap yang melengkoi-lengkoi tepi tu je yg sama)
========================================================================

Scanner buruk 
Maka jelaslah bahawa mempunyai scanner yang buruk memang resultnya tak sama dengan imej asalnya. Mungkin ada dua tiga benda yang hampir sama, tapi mesej asalnya mungkin sudah tidak sama lagi. Masing-masing pasti mempunyai berbeza lukisan kerana memperoleh maklumat asal yang tidak jelas. Orang yang pertama mendengarnya mungkin akan lebih elok lukisan jika diberi peluang untuk melukisnya. Tapi apakan daya dalam game ini, hanya orang yang ketujuh mahupun kelapan sahaja yang boleh melukis setelah mesej-mesej asal disampaikan secara lisan dari seorang individu kepada yang lain.

Adakah kita scanner buruk?
Sama jua dengan Islam, barangkali kefahaman kita jua pasti tidak sama dengan kefahaman para sahabat, para salafus soleh. Bahkan kita jua berpotensi menjadi 'scanner buruk' terhadap gambaran Islam yang sebenar. Lantas kita mempamerkan akhlak yang tidak sehaluan dengan akhlak Islamiyah. Kita menyebabkan Islam itu dipandang buruk, kita menyebabkan Islam itu dibenci kerana kita menjadi scanner yang buruk. Kita tidak mempamerkan ciri-ciri Islam yang sebenar kerana kita tidak mendapat kefahaman seperti para sahabat dan hal inilah yang menjadi faktor utama kenapa Islam makin jauh dari manusia.

Hati dan Akhlak
Tapi dalam apa jua keadaan, kita masih diberi dua panduan utama yang jika kita mengikutinya tidak akan sesat selama-lamanya, lain tidak bukan Al-Quran dan As-Sunnah. Persoalannya, adakah kita benar-benar 'scanner buruk'. Mungkin 'receiver' kita sudah tidak berfungsi lagi. Biarlah kuasa 'transmitter' itu dipancarkan sekuat mana pun andai kata receiver kita rosak maka tidak akan memberi apa-apa impak. 'Receiver' ataupun hati kita sudah penuh dengan karat-karat jahiliyah lantas menjadikan kita tidak lagi menampilkan Islam dengan kefahaman yang jelas seperti para sahabat yang mana mereka bolehlah kita katakan sebagai 'scanner berfungsi'. Hati mereka hati yang sama dengan kita, tapi mereka meninggalkan jaihiliah sebenar-benarnya lantas menggenggam izzah Islam itu sekuat-kuatnya. Umar pernah berkata bahawa kemuliaan kita bukanlah kerana eloknya pakaian yang dipakai, tetapi kemuliaan kita kerana Islam. Allah muliakan kita kerana Islam. Hebat, mereka scanner terbaik! Dan Rasulullah SAW merupakan insan mulia yang menjadi contoh teladan terutamanya dalam hal akhlak. Apabila Saidatina Aisyah ditanya akan akhlak Rasulullah, beliau berkata, akhlak Rasulullah adalah akhlak Al-Quran.

Hati itu ibarat cermin dan Allah itu adalah Cahaya, Hati yang bersih dari kekotoran akan bergemelapan apabila menerima cahaya laksana sebuah cermin yang apabila dihalakan cahaya akan memantulkan cahaya yang bergemelapan. Manakala hati yang  kotor pula ibarat cermin yang muram dan pudar. 
- Mafhum kata-kata Imam Al-Ghazali-


Polemik Scanner buruk
Ada bermacam-macam jenis kefahaman yang mula menular dalam diri kita, kadang-kadang kita melihat Islam itu dari satu aspek, kadang-kadang pula kita faham dengan cara yang lain dan berbagai-bagai Imej islam kita cuba gambarkan. Adakalanya Islam itu digambarkan hanya dengan novel-novel Islamik, movie-movie Islamik bertemakan cinta semata-mata, adakalanya pula kita mempamerkan Islam itu hanya pada serban dan jubah putih yang kita pakai. Ada pula yang beranggapan bahawa Islam itu hanyalah politik semata-mata. Berbeza sungguh kita. Berbeza. Banyak orang banyak ragamnya. Di manakah kefahaman kita yang sama?

Golongan yang 'selamat' juga ditimpa bala
Lebih ekstrem, sedikit yang cuba memahami akan Islam, tetapi begitu ramai di luar sana terutamanya golongan muda-mudi yang hanyut jauh dari Islam. Ada yang melepaknya, merempit, keterlanjuran, buang anak, kes pergaduhan, buli, dan berkasar dengan ibu bapa serta bermacam-macam lagi. Islam semakin jauh daripada generasi seperti kita. Adakah kita sekadar mahu biarkan ianya berlaku tanpa ada rasa belas kasihan. Kita mungkin di pihak yang 'selamat' dari aspek ilmu dan keagamaan, Allah berikan kita kefahaman Islam paling tidak kita faham apa itu Islam dan Iman. Bagaimana pula dengan rakan-rakan di sana? Di manakah kedudukan kita dalam membanteras semua ini? Tahukah anda jika bala Allah turun, semuanya akan ditimpa sekali sama ada golongan 'selamat' mahupun sebaliknya? Nah, kita tiada pilihan.



Peranan pemuda
Amnya, masih banyak lagi 'scanner buruk' dalam diri kita yang perlu kita atasi. Golongan muda-mudi macam kita perlu lebih banyak bermujahadah ataupun 'struggle hard' untuk mendapatkan semula 'Tsaqofah' Islam ataupun kefahaman Islam yang sebenar. Golongan muda mudi perlu mampu mendapatkan konsep kefahaman Islam secara menyeluruh. Gesaan ini bererti gesaan berjihad kerana kita tiada masa lagi menangguh-nangguh masa yang ada. Kerana kewajiban kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Kita perlu berusaha sedaya upaya membaiki diri kita yang mungkin ibarat 'Scanner buruk' ini menjadi 'Scanner yang berfungsi' lantas mampu membawa pembaharuan dalam hidup, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Kesimpulan
Perkara utama yang perlu kita terapkan dalam diri kita ialah marilah bermuhasabah diri adakah selama ini kita memperoleh kefahaman Islam yang sebenar? Scanner buruk itu hanyalah sekadar perumpamaan untuk kita lihat bagaimana sekiranya kita memperoleh kefahaman Islam secara tidak jelas, maka hasilnya sudah pasti tidak jelas dari yang asal. Banyak percanggahan daripada imej asal. Anda boleh lihat sendiri hasil imej-imej yang discan daripada koleksi gambar-gambar di atas. Itulah kita. Hidup satu perubahan. Maka dari sini kita perlu mulakan satu titik perubahan. Mencari Tsaqofah Islam yang sebenar. Generasi kita generasi harapan. :)


Sekarang pasti anda faham kenapa saya letak gambar scanner awal-awal bukan? 

Gambar je Scanner baru, tapi tajuknya Scanner buruk.

So that..Sama-sama kita

At least dalam bayangan tu ada la nak berubah jadi Scanner Baru Beli. ^_^ 



0 comments: