Friday, September 23, 2011

Lelaki dari Marikh, Perempuan dari Venus

Baru-baru ini saya mula mengkhatamkan kembali buku karya John Gray, Men are From Mars and Women Are From Venu. Bagi saya buku ini mempunyai nilai yang hebat dalam konteks hubungan suami isteri dan juga kefahaman saya dalam hal interaksi sesama berlainan jantina. Saya mendapati buku ini sangat menarik untuk diteliti dengan lebih lanjut dan mendalam terutamanya oleh individu yang sudah menamatkan zaman bujang mereka dan telah memasuki alam perkahwinan atau pun alam kebersamaan. Dan tujuan saya membaca buku ini lain tidak bukan untuk mendalami ilmu yang diterapkan oleh pengkaji Barat ini dan ianya merupakan satu Hikmah yang perlu saya dapatkan.
Sebuah gambar yang dijumpai di Google Image. Illustrasi tajuknya.


Mengapakah buku ini dikeluarkan?
Persoalan ini mungkin jarang ditanya rata-rata pembaca. Tetapi saya pasti ada satu jawapan yang pasti. Mungkin penulis merasakan bahawa sudah tiba masanya orang ramai mula mengambil pelajaran dan mula prihatin dalam hal menjaga hubungan sesama pasangan masing-masing. Ataupun mungkin hanya pada dekad ini kefahaman dan ilmu ini baru sahaja ditemui dan ianya mula dipaparkan secara umum. Ternyata, ilmu yang terkandung dalam buku ini cukup luar biasa. Bagi yang belum pernah memahaminya. Mungkin selama ini mereka hanya melaluinya secara tria and error dan belajar dari kesalahan sendiri dan pasangan. Yang pasti perbezaan ilmu dan pengalaman adalah dari segi masa adaptasi yang diperlukan.

Gelora Ombak
Saya pernah menghadiri sebuah Ceramah ataupun Talk berkenaan Post-Perkahwinan yang diberikan oleh UZAR ataupun Ustaz Zaharuddin. Pada ketika itu, saya agak janggal berada di khalayak ramai yang rata sudahpun mempunyai keluarga dan anak-anak, dan faktanya, saya seorang yang masih 'single' ketika itu. Tapi bagi saya ilmu itu segalanya. Bila saya mendengar hujahan daripada UZAR. Saya mula memahami bahawa post-perkahwinan bukanlah satu benda yang cukup menarik, kerana pastinya akan berlaku gelora 'ombak', ada naik dan ada turun. Dan itulah perkahwinan yang secara majoritinya pernah lalui tapi tidak saya. Maka ada satu persoalan yang boleh kita tanya di sini, sejauhmanakah kita bersedia menghadapinya?

Persediaan satu tapak permulaan
Persediaan bukan sahaja dari aspek kendiri, kemantapan sahsiah, rohani dan juga ekonomi serta lain-lain. Dari aspek psikologi juga amat penting untuk diterokai. Saya optimis melihat pasangan-pasangan yang baru berkahwin begitu bahagia di awal perkahwinan, dan saya optimis mereka mampu laluinya. Dan ianya akan menjadi lebih menarik sekiranya bekalan ilmu itu didalami seawal mungkin lagi. Dan peluang ini pasti wujud bagi generasi muda- mudi yang kadang-kadang langsung tidak mahu menoleh muka ke mana-mana buku ataupun informasi akan hal ini. Mungkin itu satu permulaannya bagi menghadapinya.

Biologi dan Jantina
Dan dari aspek penciptaan manusia, ayuh kita lihat sejenak bagaimana Allah menciptakan manusia ini berlainan jantina. Dari sudut biologi, tafsiran jantina ini sebenarnya merupakan satu aspek yang kukuh untuk dibincangkan. Persenyawaan antara ovum dan sperma berlaku di dalam Fallopian tube dan seterusnya bergerak ke Uterus (rahim). Dalam proses ini berlaku, percampuran antara genetik sperma dan genetik ovum telah menghasilkan satu cell yang mempunyai kandung DNAnya Diploid (pasangan). Bagi chromosome manusia, jumlah keseluruhannya adalah 46 chromosomes. Ada satu pasangan chromosome yang diciptakan untuk menentukan jenis jantinanya dan di sinilah terletaknya genes yang akan menentukan jenis jantina bayi itu nanti. Sekiranya chromosome 23 adalah XY maka bayi tersebut adalah lelaki manakala jika XX maka bayi tersebut ialah perempuan. Cukup ringkas tapi kesannya wujudlah dua makhluk ataupun organisma hidup yang mempunyai tabiat yang berbeza-beza.

Bila mereka berdua bertemu maka jadilah diploid.


Jadi apakah kesannya?
Terdapat berbagai-bagai perbezaan umum yang diketahui antara dua jantina ini. Bukan sahaja dari aspek fizikal bahkan dari aspek mental. Dan kefahaman ini adalah satu perkara yang penting bagi mereka yang mahu ke arah 'kebersamaan'. Namun, dalam surahAl-Hujurat ayat 13. Satu suruh yang menarik mengaitkan antara Golongan Marik (lelaki) dengan golongan Venus (perempuan) telah dibuat.


49:13
Sahih International
O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.


Inilah satu perkara yang menarik untuk dilihat, dari tafsir ibnu kathir, Mujahid menafsirkan bahawa Allah SWT menyuruh manusia (kaum /puak) berkenalan dengan satu sama lain kerana mereka berasal dari Adam dan Hawa. Dan Adam dan Hawa disentuh dalam ayat ini. Ia merupakan satu perkara yang menarik untuk dikaji dan ditelusuri. Dalam tafsiran hikmah yang lain ialah, kaum lelaki dan perempuan itu juga berbeza dan oleh sebab itu mereka perlu mengenali tabiat antara satu sama lain. Dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh keperihalan lelaki dan perempuan. Bahawasanya Allah SWT mengiktiraf kedua-dua jenis jantina ini sama rata dan golongan perempuan telah diangkat darjat mereka setinggi mungkin jika dibandingkan dengan zaman arab Jahiliah dahulu. Bahkan satu surah bergelar An-nisa, tiada pula Ar-Rijal. Subhanallah.

Pendekatan yang kreatif, impak yang produktif
Namun, ini tidak bererti untuk memahami sifat tabiat jantina lain Islam menghalalkan berpegangan tangan, berdua-duaan dan lain-lain perkara yang dikira sebaga maksiat. Dan persediaan dari aspek Ilmu dan mental adalah penting bagi mereka yang ingin bergerak ke arah yang dianjurkan Islam, iaitu perkahwinan. Saya kagum dengan SaifulIslam, kerana pendekatan yang beliau gunakan untuk menarik golongan lewat remaja yang biasanya mudah terjebak dengan alam percintaan. Beliau menggunakan kreativiti secara tersendiri dengan membawa golongang-golongan seperti itu ke arah yang lebih baik daripada tersasar dengan masalah sosial yang menghantui masyarakat. Dan saya kita usaha menterjemahkan nilai Islam dalah hidup kita perlu digiatkan dengan lebih aktif dan produktif dengan pendekatan yang kontemporari, kena dengan keadaan masyarakat semasa dengan target yang jelas.

Doakan!
Mungkin tujuan utama saya menulis dan mengarang ini bukanlah satu hujahan yang menarik untuk diperhatikan, tapi dari aspek ilmu dan hikmah, ianya satu perkara yang harus kita telusuri secara berterusan. Dan bagi yang baru sahaja menamatkan alam perkahwinan, moga terus sukses. Jika bercinta, bawalah ia sampai ke syurga - bak kata saifulislam. Doa-doakan agar giliran saya pula dipermudahkan. Amin.. :) (cakap macam orang nak kahwin ja, padahal single sokmo)



0 comments: