Monday, August 15, 2011

Bunga Ros Berduri

"Kakcik, pakai la tudung, baju kasi longgar-longgar cket,  geram sungguh aku, haish..tau la lawa tapi lawa pun tak perlulah menayang rupa yang cantik merata-rata, panaih2.."

Mungkin ini beberapa kerat perasaan yang kadang2 bermain di fikiran saya juga. Ataupun mungkin anda jua merasainya jika anda seorang lelaki yang sejati. Mungkin.

Bukan saya mahu salahkan sesiapa, tapi sekadar mahu mengungkit-ngnungkit agar-agar yang terbaca ini ialah golongan sasaran. Maaf, saya memang telus dan jelas dalam hal ini, tiada nak berselindung. Sebab saya merupakan golongan mangsa kejadian: saya seorang lelaki, maka saya tahu kesannya.

Golongan sasaran yang dihormati,

Anda ialah seorang yang sangat cantik, bahkan Allah ciptakan wanita untuk dijadikan sebagai perhiasan yang indah dan penenang jiwa bagi pihak lelaki. Allah berikan kecantikan tersebut bukan sekadar sia-sia. Allah mempunyai tujuan dan ada juga hikmah di sebaliknya. Anda ialah golongan yang lemah dari segi fizikalnya, tapi sangat kuat dari segi emosinya. Anda memang berhak dipuji dari aspek kecantikan.

Tapi,

Usahlah pula menayang-nayangkan apa yang anda ada atau menzahirkannya. Allah memberikan hak itu kepada anda dengan bersyarat. Ibarat seorang kekasih memberikan anda sekuntum bunga, supaya dijaga rapi, dipelihara. Begitulah jua kehendak Allah perlu anda ikuti. Allah mengkehendaki anda menjaga aurat anda dengan baik, supaya anda mampu menjaga golongan mangsa si lelaki. Anda mungkin kuat menjaga pandangan mata, tapi si lelaki mudah tewas dengannya.

Jadilah seperti bunga ros yang indah di tepi jalan, hadirnya mewangikan, lagi indah dipandang, tapi tajam bila disentuh. Jadilah yang terhormat lagi dihormati. Tidaklah susah, tapi tidak jua mudah. Letaklah nilai harga diri setinggi mungkin, punyai pendirian, punyai pegangan Islam yang kuat. Kelak anda akan menjadi insan yang bertuahm kerna bunga ros yang berduri, dipetik oleh peminat-peminat yang betul-betul komited dan mempunyai semangat yang tinggi dan sejati. Jadilah yang sedap mata memandang. :)




Sedap mata memandang 




2 comments:

Leng Chai said...

Haha ros leh wat sirap. Sedap

atTahirah said...

mantop, luahan dari seorang lelaki sndiri..
ramai yg da terpengaruh dgn Ros Latin [si Rosalinda] dlu2 kot~ hihi, wallahualam..