"Aku sokong grup ni sebab dia bawak perjuangan yang suci dan mulia sperti apa yang aku anuti"tegas si A.
"Oh, entahla.. aku rasa grup tu macam entah apa2 ja, bla3..." Si B lagi tegas.
"Ok fine! Ko pergila join grup ko tuh, parti tu confirm masuk syurga nye kan!" Si A menambah.
"Pergh. Pedas siot, kurang ajar. Kasar beno ayat" desis dalam hati Si B.
Dialog di atas hanyalah satu contoh dramatik yang mungkin wujud mungkin juga tidak. Hanyalah rekaan semata-mata. Tidak kena yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Jadi, apa moral ceritanya? Bergaduh sahaja kan? Settle kerja? Begitu? Sudah tentu tidak, dialog di atas adalah satu contoh tidak baik yang perlu kita hindari. Di samping mewujudkan ketegangan sesama individu, ianya juga mampu mewujudkan pergaduhan bahkan lagi perpecahan hanya disebabkan isu remeh temeh yang boleh diselesaikan dengan baik.
Jadi, persoalan kita, bagaimana kita mahu deal ataupun berinteraksi jika berlaku kes begini. Penting menjaga hubungan sesama manusia. Ada satu perkara yang penting untuk kita telusuri. Berapa ramaikah di antara kita yang mampu bersetuju dengan pihak lain dengan hati yang tenang? Jika mampu, tahniah. Tapi bagi yang tidak mampu, tidak bererti anda menang dalam isu tersebut dengan menjadikan anda sebagai pihak yang perlu dipersetujui. Jadi, yang terbaik dalam hal-hal tegang seperti ini ialah cuba mempelajari satu skill mudah iaitu Agree To Disagree.
Agree To Disagree
Perkataan ini bukan benda baru, bahkan pernah diteladani oleh Rasulullah sendiri. Melihatkan kepada kisah semasa termeterainya Perjanjian Hudabiyah di mana pihak Quraisy tidak bersetuju menggelar Rasulullah dengan gelaran sebagai Rasul, tetapi hanya sekadar dengan nama baginda sahaja iaitu Muhammad bin Abdullah, dalam hal ini, para sahabat begitu tertekan dan sangat marah dengan tidakan wakil Quraisy tersebut, tetapi disebabkan kesabaran Rasulullah, baginda mengiyakan kehendak wakil Quraisy. Dan banyak lagi contoh-contoh lain bagaimana Rasulullah menyetujui hak dan persetujuan orang lain pada hakikatnya para sahabat tidak bersetuju, tapi Rasulullah bersetuju dengan pihak lain.
Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju
Bukan mudah untuk melatih diri agar memiliki sikap ini, tapi pada hakikatnya ianya merupakan satu lambang kesabaran dan kebenaran yang agung. Anda mungkin melepaskan rasa ego anda seketika tapi buat beberapa ketika kemudia anda dapat merasakan wujud satu suasana baru yang lebih aman dan membuka ruang-ruang baru untuk berdiskusi dan tindakan seterusnya.
Mari kita ambil dari dialog yang telah diberi di atas dan kita cuba alihkan situasi dengan Bersetuju untuk tidak bersetuju.
"Aku sokong grup ni sebab dia bawak perjuangan yang suci dan mulia sperti apa yang aku anuti"tegas si A.
"Oh, aku pun rasa macam tu jugak sebab bla3.. tapi bagi aku aku mungkin prefer grup len sebab bla3..." Si B membalas.
"I see, benar jugak tu, so aku rasa tak ada masalah sangat pun sebab masing2 ada hujah masing2" Si A menambah.
"Haah kan, walaupun berbeza dari beberapa aspek tapi masih tetap ada persamaan jugak" Si B mula tertarik
"agak la, contohnya macam dari aspek bla3. dapat dilihat bahawa kedua-dua ni nampak serasi.." Si A merancakkan perbincangan.
dan seterusnya. :)
Kadang-kadang, benda yang senang tidak pula ingin kita laksanakan, mungkin kerana sikap ego mahupun rasa prejudis yang sangat tinggi. Sedikit bicara mampu membetulkan keadaan. Semoga mula menelitinya kembali! :)
1 comments:
It's great stuff. I get it some interesting information through this blog. It's simple and perfect collections.
Post a Comment