Saya secara terang-terangan berasa kecewa dengan beberapa orang sahabat mungkin yang saya kenal mahupun tidak kenal kerana masih lagi melakukan benda yang sama. Saya yakin mereka sendiri faham hukum yang Allah tetapkan itu. Rakan-rakan, Iman bukan sekadar niat di hati. Bahkan ianya satu ucapan di mulut dan pelaksanaan di pelakuan. Maka, memakai tudung merupakan Iman. Meyakini wujudnya arahan daripada Allah SWT terhadap hambanya dan melakukannya itu adalah iman. Allah itu Maha Bijaksana, ada banyak hikmahnya!
Gula-gula: Sifatnya mudah cair dan sensitif bila dibuka. (gambar hiasan)
Ada dua biji gula-gula, sebiji sudah dibuka pembalutnya, sebiji lagi masih terbalut rapi dan kemas. Tiba-tiba gula-gula itu dibiarkan semingguan mahupun semalaman, ataupun dibaling ke bawah tanah. Berdebu kotor. Seorang kanak-kanak lelaki yang matang pemikirannya disuruh mengambil gula-gula yang beliau gemari. Tangannya menghulur dan mengambil yang berbalut, manakala mukanya membuat rasa jijik apabila disuruh mengambil yang tidak berbalut. Yang berbalut masih lagi segar dan sedap untuk dimakan. Yang tidak berbalut, sudahpun berdebu, berkulat bahkan jijik pada pandangan umum. Yang terdesak kebuluran sahaja mahu mengambilnya, mungkin si miskin.
Begitu jua seorang insan yang Allah cipta sebagai kaum hawa. Kulitnya mulus sensetif kepada sinaran matahari, jiwanya pemalu bak pokok semalu, hatinya kudus namun mudah dirayu. Siapakah yang mahu mengambil mereka yang tidak berbalut? Saya sendiri sebagai seorang lelaki tidak mahu. Mengikut kajian sains terhadap pendedahan UV secara berterusan terhadap manusia: Wanita mempunyai kesan sampingan yang paling teruk. Hal ini kerana kulit mereka merupakan kulit yang sangat sensetif berbanding lelaki. Allah tidak menyuruh hamba-hambaNya tanpa hikmah yang tersembunyi.
Jika seorang wanita yang sedemikian rupa, memakai pakaian seksi, ketat, tidak menutup kepala berjalan-jalan di hadapan seorang lelaki. Tahukah apa kesannya? Tersiksa naluri insan lelaki itu. Dalam aspek ini, lelaki sememangnya wajib menjaga pandangan mata. Namun, andai kata seorang perempuan itu sendiri yang tidak menjaganya, siapa lagi? Seorang lelaki diberikan kesusahan dalam usaha memelihara matanya. Manakala seorang wanita diberikan kesusahan dalam usaha menjaga auratnya. Maka kedua-dua harus berusaha dan tidak ada yang boleh menidakkan.
Mesej ini bukan untuk mempersenda, tapi bukan jua untuk mendabik dada. Tidak sesekali tidak. Mesej ini sekadar gesaan dan pelawaan yang baik terhadap mereka yang benar-benar ingin menjadi insan berbalut. Tiada rasa iri hati mahupun hasad dengki. Setulus ikhlas jemputan buat mereka yang mahu berubah. Setulus harapan kerana erti sebuah cita-cita bermula dari sebuah harapan murni lagi suci.
Jadilah gula-gula yang digemari ramai tapi mahal harganya. At least lebih mahal dari Ferrero roche! Hanya untuk individu yang layak sahaja!
*Analaogi dibuat demi kefahaman dan iktibar bersama. :)
At least macam ferrero roche', terbalut rapi, berada dengan saf-safnya. Lagi ditutup dengan bungkusan plastik PVC! Saya pun nak! (gambar hiasan)
Ayat-Ayat Cinta
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(an-Nur: 31)
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
0 comments:
Post a Comment