Wednesday, May 4, 2011

Oh Exam!



"Cuak Bai..~"

"Chill la..lek lek lu"

(bahasa yang sering digunakan trend sekaran)

Tatkala suasana dan simtom-simtom exam mula timbul, pelbagai ragam pula yang wujud. Dalam masa-masa seperti ini jugalah ada beberapa dalam kalangan kita pasti ada bakal mencuba benda-benda baru. Exam Stress Release katanya. Ada yang sanggup berjalan-jalan ke sana sini, ada yang menghabiskan masa menonton movie-movie. Dan ada yang tidak kurang sanggup menghabiskan wang ringgit membeli berbagai-bagai gadget. Ada yang lebih sihat dengan berjogging, bermain bola sepak dah sebagainya.

Semua itu adalah normal bagi seorang insan biasa. Hukum equilibrium mengatakan bahawa setiap benda yang mempunyai ketidakstabilan perlu distabilkan dengan cara tertentu. Jika pelanggaran atom-atom mampu menghasilkan satu letupan yang sangat besar (bom atom), maka sama jua dengan makhluk-makhluk lain yang mempunyai sifat yang hampir sama, iaitu tidak semuanya stabil terutamanya manusia apabila berada di saat-saat genting.

Teringat saya, baru-baru ini semasa berjalan pulang dari Edinburgh Central Mosque. Terjumpa beberapa orang golongan muda yang beragama Islam berusia dalam lingkungan 20-an. Kelihatan seorang daripada mereka sedang bergayut-gayut di sebuah palang besi pintu gerbang masjid. "Buang tebiat ke apa ni?" Terbingung saya. Saya bergerak menghampiri mereka, membuat sedikit tanda-tanda ingin lalu melalui gerbang itu, maklumlah, menghalang jalan saya untuk pulang. Setiba sahaja rakan mereka yang terakhir bergayut. Datang seorang daripada mereka kepada saya, "Brother, lets do it too, this is Islamic Released." Dengan nada gurauan. "I'm sorry brother, I am not so strong like all of you." Saya jawab. Kebetulan pada masa itu memang leher saya agak masih berdenyut mungkin kerana tidur dengan posisi yang salah pada malam sebelumnya.

"Islamic Released?" Saya terfikir panjang selepas itu dalam perjalan pulang. Cuba menganalisa kata-kata brother itu dengan baik. Mungkin ianya satu gurauan. Tapi saya tertanya pula jika benar, "Tidakkah baru sebentar tadi kita sudah "released" dengan bersolat, berzikir, memohon pengampunan, membaca Al-Quran?" Persoalan ini muncul dalam kala berjalan kaki keseorangan. Sedangkan dengan pergi masjid sahaja diri kita sudah menjadi tenang. Inikan lagi bersolat, membaca Al-Quran. Saya yakin hilang segala kekusutan yang menghantui jiwa. Diceritakan bahawa Saidina Omar Al-Khattab seorang yang tegas seperti singa apabila beliau bersolat, beliau jadi bak air yang sangat tenang. Maka rehat apakah yang lebih baik bagi seorang Muslim? Riadah jiwa dan Iman.

Maka, exam juga seperti itu. Perlukan release dengan ayat-ayat Cinta. Ada apa erti sebuah exam pada kita? Kejayaan? Harapan? Cita-Cita? Mungkin semua ini memang wujud pada nilai seorang manusia. Tapi ada apa pula sebuah exam pada Allah? Ada sebuah niat, usaha, doa dan tawakal sebagai hamba-Nya. :)

Moga, penulis ingin mengucapkan semoga berjaya bagi semua yang bakal menghadapi exam. Teruskan usaha kita. Allah bersama orang-orang yang tekun berusaha. Indahnya hidup ini sebagai seorang Muslim dan Mukmin, setiap tindakan itu dikira ibadah selagi Allah suka. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa. "Ibadah itu ialah apa-apa sahaja yang disukai oleh Allah SWT".

Wallahulam. Chill la bro.. Lek-lek lu.. XD




0 comments: