Saturday, May 7, 2011

Sebuah Train Bernama Thomas

Thomas dan Kawan-kawanya

Sebuah tren yang comel itu pasti menjadi igauan si kecil yang meminatinya. Digambarkan sebagai keretapi yang mampu berkata-kata, dan memberi khidmat sepenuhnya kepada penumpang. Itulah Thomas and Friends, sebuah cerita kartun tentang kehidupan sebuah keretapi. Pelbagai aksi-aksi lucu mahupun genting digambarkan dalam cerita itu.

Baru-baru ini saya berjaya memenangi satu bidaan dalam usaha mendapatkan watak kartun itu di Amazon.com. Pada awal permulaan, bidaan yang saya buat hanyalah sekadar suka-suka kerana harganya pada masa itu masih murah. Hampir beberepa jam sebelum bidaan tamat, saya terkejut melihat bidaan saya yang masih berada di tangga teratas, tiada tandingan. Namun, beberapa seketika, kurang lagi dua minit untuk bidaan itu tamat, saya di'pukul' bertalu-talu dengan bidaan yang lebih mahal. "Tudia, dia mai dah" Bisik dalam hati. Tapi tanpa rasa belas kasihan, saya turun me'mukul' mereka dan alhamdulillah menang! Dapatlah saya sebuah keretapi seumpama Thomas & Friends.


Seketika tadi pula, saya menelefon emak saya di Malaysia. "Aiman dah balik ka?" Saya mengajukan soalan akan anak saudara saya yang amat meminati Thomas & Friends. Dah lama dah dia inginkan sebuah keretapi yang lebih besar daripada biasa. Minat sungguh dengan keretapi. "Dia dah balik dah pagi tadi" Emak saya membalas. Tiba-tiba saya tersentap dengan satu kata-kata yang cukup untuk saya berlinangan air mata. "Aiman sekarang duk kumpoi duit nak bayaq kat pakcik dia untuk keretapi tu nanti". Si kecil itu sedang menghimpun duit? Demi Keretapi itu? Berlinangan air mata bila terdengar seorang anak sedara berusaha keras untuk mendapatkan apa yang dia ingini dan ingin pula dibayarkan kepada pakciknya yang setahu saya selama ini tak pernah diminta bayar. Saya satu famili tak pernah meminta-minta. Kagum dengan usaha dan ikhtiar itu! Mungkin Mamanya atau Abahnya 'sengaja' mengajar untuk berjimat cermat dan berusaha demi mendapatkan sesuatu. "Takpa Aiman, Pakcik tak Kesah, Kumpoi lah duit, nanti simpan duit tu dalam bank sampia besaq" Bisik hati saya dalam linangan butir-butir mutiara.

Begitulah dalam hidup kita, andai kata kita benar-benar inginkan sesuatu yang kita ingini, tiada apa yang boleh menghalang kita untuk berusaha bersungguh-sungguh, kita punyai potensi ini dalam setiap diri. Potensi yang boleh dijana dan dibina sehabis-habisnya. Mahu seribu daya, Tidak mahu seribu dalih! Andai si kecil itu sanggup berusaha. Kenapa tidak kita? Usaha dalam pelbagai lapangan hidup. Usaha dan berjihad dalam wawasan Islam demi menjulang syiarNya kembali. Tapi berapa ramai yang betul-betul mahu? Dan daripada berapa mahai golongan yang betul-betul mahu itu, berapa ramai pula yang mahu berusaha dan berjihad? Jalan ini bukan jalan ringkas.

"Aiman, Aiman simpan duit itu untuk Islam masa hadapan! Islam perlukannya nanti."

Aiman bersama Aina. (abang dan adik)




0 comments: