Wednesday, May 4, 2011

Pelancaran "Bumi Cinta"

"Dengan ini nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya merasmikan pelancaran "aminrukaini.com | Bumi Cinta
-aminrox-

Wajah Baru
InsyaAllah, dengan terhasilnya Blog yang berwajah dan bertema baru ini, maka Bumi Cinta bakal menampilkan penampilan yang baru. Wajah blog lama saya iaitu, My Journey berjaya dikuburkan secara total. Namun itu tidak bermakna post-post lama saya hilang begitu sahaja. Tidak sama sekali tidak. Saya masih berjaya mengekalkan nukilan-nukilan lama dengan menggunakan Hosting Blogger berbanding Hosting yang saya beli. Dengan itu, memori lama masih lagi boleh diungkap. Saya agak berkecelaru pada awal pembikinan blog Bumi Cinta ini sama ada hendak mengekalkan nukilan-nukilan lama atau pun tidak. Tapi, setelah mengingatkan kembali kepentingan nukilan-nukilan lama, blog baru ini tampil dengan wajah baru tapi masih mengekalkan nilai-nilai lama. 

Domain Baru
Saya baru sahaja membeli Domain baru dengan ekspresi domain yang lebih verstail iaitu aminrukai.com. Sudah lama saya impikan untuk membuat domain ini dan akhirnya terlaksana juga tatkala saya berada di celah-celah waktu untuk mengambil peperiksaan akhir semester 2 ini. Yang pasti ia tidak sama sekali mengganggu prestasi ulangkaji saya kerana usaha ini dilakukan atas dasar hobi dan minat. Maka ruang-ruang kosong saya isikan dengan kerja-kerja pembinaan. Dan alhamdulillah ianya berjalan lancar dan tidak terbengkalai seperti beberapa ketika dahulu. 

Pendedahan Baru
Saya juga mendapat beberapa pendedahan baru dalam aspek pembinaan sebuah website mahupun webpage yang selama ini saya agak terpinga-pinga. Dengan kemahiran memahami bahasa XML Code dan kemahiran Photoshop, pembinaan ini berjalan dengan mudah dan teratur. Cuma saya menghadapi beberapa masalah dari aspek redirectory alamat. Saya terpaksa menunggu beberapa ketika untuk memastikan alamat lama saya iaitu aminruk.blogspot.com diarahkan terus ke alamat baru saya. Maka usah perlu mengubah alamat saya kerana secara automatik anda akan terus dibawa ke direktori baru saya. 

Kenapa "Bumi Cinta" ?
Kenapa saya memilih tajuk bumi cinta? Ini satu soalan yang rumit untuk saya jawab. Saya menjadi tensi memikirkan perkara ini. Hampir sehari suntuk cuba mencari jawapan dan tajuk yang sesuai. Tapi tiba-tiba terkeluar satu idea tatkala berada di masjid. Saya merasakan tajuk Bumi Cinta ini merupakan tajuk yang paling sesuai. Hal ini kerana Bumi Cinta ini adalah satu manifestasi sebuah impian dan cita-cita setiap orang khusunya Umat Islam. Setiap orang juga pasti mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza akan tajuk ini, semuanya bergantung interpretasi masing-masing. Bagi saya, Bumi Cinta, (saya tahu ia juga sebuah novel karya Habiburrahman Syaerazi, penulis ayat-ayat cinta) merupakan sebuah harapan, cita-cita luhur dalam merealisasikan sebuah kehidupan duniawi yang penuh dengan rasa belas kasihan dan sejahtera. Dan harapan ini masih menjadi harapan kerana kemegahan Islam itu belum terpacak di muka bumi. Kena dengan tajuknya, blog ini hadir dengan temanya yang tepat iaitu, "Erti Sebuah Cita-cita pada Harapan".

Harapan dan Cita-cita
Selagi kita mempunyai harapan, selagi itu cita-cita  kita masih wujud. Berertinya juga sebuah cita-cita itu semuanya bergantung kepada harapan. Harapan yang memberi kita motivasi yang mendalam, harapan yang memberi kita kekuatan, harapan yang memberi kita erti perjuangan dan harapan juga membuka mata kita akan erti kejayaan. Moga dengan ini, saya juga mempunyai harapan dan cita-cita. Harapan dan cita-cita ini tidak akan terlaksana tanpa harapan bersama anda, harapan bersama kita dalam meneraju sebuah bumi yang kita gelar Bumi Cinta. 

-Amin Rukaini-



2 comments:

wabit.ent said...

ko gune blogspot nye domain g ek??

Amin Rox said...

oh, tak la wak, aku beli domain kat company len. dapat sekali hosting, tapi aku malas nak bukak dua blog, so aku pkai hosting blogger tapi domain beli. tapi still dpt hosting gambar and galeri free la.