"Asyik sebut pasal Edinburgh, UK, Scotland jer. Lepas tuh gambar-gambar lawa kat UK. Ini datang UK nak buat apa ni? Melancong je ka?"
PERSEPSI
Persepsi ini pasti akan timbul andai saya pun berada di tempat orang awam yg datang ke blog saya. Kerna seingat saya, semasa di MRSM Langkawi dulu, senior-senior saya dulu selalu balik dari Oversea untuk anjurkan program Motivasi bersama kami semua. Salah satu slotnya ialah tayangan gambar UK. Semua gambar melancong. Terpop-up di pemikiran saya: "Ini nak belajar ke nak pergi melancong? Habiskan duit rakyat je!". Secara serius saya tidak suka pada masa itu. (waktu itu je la)
Tapi lama-kelamaan saya mula memahami betapa pentingnya menjelajah di tempat baru, bukan untuk keseronokan tapi untuk mencari pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Niat itu penting. ^_^
"KAMPUNGKU"
Maka, saya berharap, para sidang pembaca janganlah pula tersalah anggap bahawa saya melancong sakan, padahal gambar-gambar yang saya ambil pada post sebelum ini hanyalah di "kampung" saya di edinburgh. Walking-Disatance je. Edinburgh sememangnya bandar pelancongan dan "kampung" saya ini memang terpacak di tengah-tengah kota pelancongan yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai world heritage. Maklumlah bangunannya lama-lama, mengekalkan seni bina dan reka bina arkitektur yang teratur dan menarik perhatian sesiapa sahaja.
PROFIL UNIVERISTI
Maka jua, di sini saya ingin berkongsi cerita bergambar akan situasi dan suasan pembelajaran saya di Edinburgh University. Sebut pasal Edinburgh University, ia sememangnya "Top University" la bagi sesiapa yang ingin buat pembelajaran dalam bidang Perubatan. Ini berdasarkan ranking yang dibuat, tapi ingat, ianya sangat subjektif. ^_^ Dan yang pasti, university ini dari segi kajian dan penyelidikan sangat competitive. Banyak penemuan-penemuan telah dibuat di University ini. Inilah yang menyebabkan namanya tersohor ke dunia.
Saya tidak ingin menceritakan panjang lebar, kerna mungkin anda pun akan meluat mendengarkan fakta-fakta yang subjektif itu. Bagi yang ingin tahu, sila gunakan pertolongan Pak Cik Google atau Mak Cik Yahoo yer dan sejiran dengannya.
Gambar-Gambar yang sempat saya ambil
On the way nak ke University: Kena ambil Shuttle Bus terlebih dahulu (free of charge) >> Kabus la pulak!
In dia Michael Swann Building, tempat berlangsung sesi Lecture saya hari-hari. Jua menempatkan Darwin Building (tak dapat dilihat)
TInggi jugak bangunan dia (tiba-tiba baru sedar)
Dalam Lab Practical. (Mat saleh ni depa rajin sikit, datang awai-awai)
Satu bench, dua orang. Di sinilah tempat saya melihat makhluk comel Microbes.
Get ready! (Kosong jer table..? >> Bakal mengeksprimen)
Pemandangan dari atas bangunan Michael Swann
Masjid Jamek Edinburgh University, UK
Suasana dalam lecture.
Sekitar King Building (maaf agak blurred)
Di sini tempat menunggu lecture seterusnya, macam nak masuk wayang bila ramai-ramai berkumpul untuk masuk.
Lorong-lorong ilmu.
Laluan ke Lecture Rutherford Lecture Theatre untuk Green Planet (belajar pasal tumbuhan)
Kelihatan lecture masih tidak habis. (awal pulak saya datang)
Ya.. Cuba cari orang Malaysia. Berazam untuk turut serta dalam senarai ini suatu hari nanti!
Nota untuk mengenali mereka yang comel! (mikrob)
Corong apakah ini? saya tidak pasti, yang saya pasti sini banyak RnD berjalan.
Sekian dulu dari saya!
1 comments:
baru aku sedar aku x pernah buat post pasal uni aku.. ahaha~~
nnt ak nk buat gak r...=p
Post a Comment