Thursday, March 3, 2011

Lelaki Jua Pandai Masak

Saya ada Hobi
Saya ada hobi. Hobi saya membaca buku. Buku saya banyak. Saya simpan atas rak. Bla3..
Arghh.. Klise-Klise. Ini ayat budak darjah satu. hehe. Maaf, mukadimah yang takde perkaitan jelas.

Persoalan Orang Bujang
Assalamualaikum, moga semua sihat belaka. Abaikan sahaja mukadimah di atas. Teringat saya tatkala pertama kali nak terbang ke UK. Mampukah nanti aku memasak? Persoalan hakiki yang saya tak mampu jawab. Mungkin anda yang tak pandai masak tolong jawabkan untuk saya. :D Tapi bila dah sampai. Macam-macam pulak yang dicuba. Itulah hakikat seorang perantau. Tapi ingat, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. (DUsh!)

Dapur JUMS 2010 Satu Imbauan
Rakaman kembali saya sebagai AJK Makanan JUMS 2010 yang lalu berlangsung di Glasqgow di bawah selarasan ISMA Eropah yang baru sahaja bertapak di bumi cinta ini. (Nak sembang pasal ISMA?, lepas ni la bila-bila ok. hehe) Tapi yang lebih utama rakaman ini sangat membuahkan satu hobi saya yang mantap, iaitu memasak. Seyes nampak macam tak kena bukan? Laki, lepas tu memasak. Mungkin dari segi pentaksiran watak agak keliru di sini. Cuma ditegaskan bahawa Laki jua Pandai masak. Saya lelaki, saya ok! :P

Tiada isu Gender
Maaf, sini bukan membincangkan isu gender-biased, bahkan lagi menjatuhkan sesetengah individu yang tidak gheti masak. Tapi nak beritahu bahawa dengan berusaha, kita mampu menjadi seorang yang pandai memasak. (ha, cuba kaitkan la jugak ngn skill-skill lain yer).

Masak itu mudah Jangan Pula Terlalu Ambil Mudah
Bak kata Chef Wan, :"You kalau nak masak, tak perlu teliti-teliti, campak-campak jer"

Itu kata Chef Wan. Saya tak mampu beri komen. Pada pendapat saya, masak ibarat membuat eksprimen yang sentiasa berjaya, Berjaya di sini membawa erti sedap dan mampu dimakan dihadap perut. Dan yang penting, mampu meneruskan kelangsungan hidup sebagai seorang bujang.

Memasak bukan susah pun, kepada beginner, pergi ja jumpak Pakcik google. Nah, pi masak. itu yang termudah la. Seperti kita nak menjawab satu soklan biology, mathematic la; pi tnya cikgu kalau tatau, nah, lepas tu dah tau, jawablah soalan dengan teliti, jangan pakai campak-campak ja. ^_^ (Analogi yang kurang kena)


So, berbalik kembali kepada cerita asal saya, pengalaman mengendalikan AJK Masakan di JUMS 2010. Menarik, Letih, dan Berbaloi. Tugas yang sangat berat. kerana andai kata orang memasak ini tidur, lena, ralit, semua kelaparan, Program terkandas. Komitmen perlu tinggi. Saya nak berterima kasih kepada insan-insan yang saya gelar Iron Chef ini kerna sudi membantu dalam memasak ini. (saya sebagai juru Audit aka Tukang rasa memberi markah penuh sentiasa.)

Memasak = Ibadah
Tahukan anda bahawa memasak itu satu ibadah? Ha.. ini perlu kita betulkan kembali persepsi. Memasak atau memberi orang makan itu satu ibadah yang seringkali kita jumpa dalam berbagai-bagai hadis dan juga dalil. Maka ianya bukan perkara yang boleh dipandang enteng tau. Bahkan mampu kita kumpul saham akhirat nanti. Bayangkan anda memberi makan kepada para pejuang, dan kemenangan para pejuang itu juga sebenarnya dibantu oleh makanan yang memberi tenaga anda. Maka kan itu ibadah.

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” – Surah al-Insan: 8-9.


Walaupun amalan ini dianjurkan pada bulan puasa, tapi pengajarannya melingkupi seluruh hidup kita. Ramadan itukan madrasah kita, maka pengajaran perlu diimplimentasikan pada seluruh masa. 


“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuannya.” 


(Al-Baqarah 2:261) 




Gambar-gambar lagi (maaf saya malas, dan kesempitan waktu)


Jadi saya kepilkan di sini gambar-gambar yang sempat saya ambil tatkala proses memasak dijalankan.

Trivia: Makan untuk Hidup bukan Hidup Untuk Makan


Akhi Fer, Akhi Shafiee ditemani jua Akhi Faqih bermesra di Dapur JUMS.



Lelaki: Kami Laki Kami OK!



Akhi Farhan menunjukkan skill menggunakan blender. Bukan calang-calang. :P 

Gaya dah chef dah. Mata tak tengok bahan nak potong tuh!


Oh, Buapek, bersama sekret resepi Pasta Ala Nogori. (ada ka?)


Yeah! Ini chef diimport dari Penang ke Newcastle (syahmi) bersama Chef dari Sheffield (Zakhwan).


Membasuh ayam: Bukan semua berani


Memperam ayam, perlukan skill kesaksamaan dan keadilan! 

Ini skill 'Mengacau'



Chef Hizbul bersama TOmyam Ala Nogori


Nogori punya 'Klik'

Chef Salam menjaga Nasi


Membasuh, bukan semua lelaki mampu dan sanggup! :D


Pergh, melelehkan air liur. :P

Bila tiba time makan, laju jer licin

Ceramah diteruskan, sesi bersama Presiden ISMA 





oh, ini resepi dari Mosque Kitchen Edinburgh, Saja letak, nak kasi perut berbunyi. 4pound.



Aduih, tetiba lapar la pulak. Maaf kerna mengganggu konsentrasi anda! Selamat!



3 comments:

Anonymous said...

dik, perap ayam, bukan peram...ini suma bakal2 jadi suami mithali la ni...

Amin Rox said...

Haha, thanks kerna baiki kesalahan. :P

Hidayatullah said...

peh..gile style.. tp yg x style peram ayam..ha3..