Bukan senang untuk kita melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan secara sukarelawan, tapi keterpaksaan kadang-kadang membuahkan hasil yang manis. ^_^. Mungkin lapuk bagi sesetengah orang untuk menceritakan pengalaman yang sudah lalu. Bahkan sesetengah orang sudah tidak mahu mengingat kembali peristiwa lalu. Padahal banyak pedoman yang boleh kita bawa dari yang lalu.
Seingat saya, lawatan ke PDK Teluk Panglima Garang banyak mendidik jiwa dan diri menjadi insan yang memahami perasaan insani. Masih kuingat tatkala hendak melayani kerena Si Chong, kerenah yang kadang-kadang menyakitkan hati dan jua perasaan. Manusia tetap manusia. Melayani mereka seolah-olah wujud perasaan hiba dan kasihan yang sangat tinggi. Di sini terpancarlah perasaan kasih mesra dan perasaan kemanusiaan yang sangat tinggi.
Itu manusia yang kurang upaya, ini kan pula dengan manusia yang cerdas minda dan otak, dari pengalaman yang lalu ini membuatkan saya lebih matang menempuh cabaran mendatang. Manusia dari segenap lapangan pemikiran, mempunyai cara pemikiran yang berbeza-beza tapi punyai perasaan yang sama. Setiap detik masa berlalu, setiap itu jua kita mula meneliti sudut pandangan yang berbeza.
Kenangan yang lalu memungkinkan kita terus berjuang. ^_^
Salam ingatan dan salam perjuangan buat semua.
Nenek nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada.
Nenek kukahwin dengan anak raja.
:)
1 comments:
weh, skarang mane ade da 'nenek ku kawen dgn anak raja'
skrg 'atuk ku kawen dgn puteri raje'
hahaha
Post a Comment