Hikmah yang Hilang
Saya begitu kagum dengan setiap sistem yang wujud di negara ini, iaitu terus terang saya katakan ialah United Kingdom. Bukan saya ingin menyanjung tinggi kehebatan mereka menguruskan sistem. Tapi saya sebenar-benar yakin bahawa sistem yang telah terwujud ini sememangnya dipunyai oleh umat Islam terlebih dahulu tapi hilang di telan zaman.Dan sungguh Hikmah itu sentiasa milik hak Umat Islam.
Definisi dan Skop
Saya memfokuskan kepada sistem yang telah diwujudkan dalam aspek komunikasi, perhubungan, pengangkutan, dan kemudahan awam. Dan saya yakin setiap apa sahaja yang dibuat mempunyai SISTEM yang tersendiri.
System (from Latin systēma, in turn from Greek σύστημα systēma, "whole compounded of several parts or members, system", literary "composition"[1]) is a set of interacting or interdependent system components forming an integrated whole. [wikipedia]
Dan saya menafsirkan SISTEM sebagai satu mekanisme yang mampu berdiri tegak lantas memudahkan segala tindakan dan keadaan dan ia mempengaruhi seluruh lapangan hidup. -amin rox-
Contoh termudah
Contoh termudah saya ambil ialah sistem perhubungan yang wujud di sini. Secara terus terang saya kagum dengan cara layanan yang mereka berikan kepada saya sekiranya saya menghantar sebarang email. Mereka mengaplikasikan 'polisi 3 hari'. Sekiranya tidak membalas dalam masa 3 hari, bererti mereka telah menyalahi polisi yang telah dibuat. Menarik dan sistematik. Dan yang pasti setiap apa yang terkandung dalam email yang dibalas adalah jelas dan ringkas. (tiada smiley dan sebagainya >> ^_^ ) Bahkan dari aspek kemudahan awam, terutamanya Bas dan juga Tren, sememangnya mereka sangat hebat dalam aspek pengurusan. Mereka mampu melaksanakannya dengan serba boleh dan baik tanpa sebarang masalah utama timbul. Lantas, dari contoh-contoh ini, saya cuba membuat konklusi bahawa mereka sebenarnya mampu maju setahap ini dengan wujudnya satu SISTEM yang serba boleh dan lain tidak bukan datang dari pemikiran yang ke hadapan, kritis dan dinamis.
Namun, diperakui, dari aspek SISTEM yang lain seperti Nilai cara hidup, Sosialogi, Kekeluargaan, mereka banyak ketinggalan dan makin pudar. Bahkan kadang-kadang SISTEM yang tidak teratur ini menyebabkan banyak masalah sampingan yang timbul.
Sistem perlu teliti dan details
ISLAM dan SISTEM
Kenapa saya suka sebut pasal sistem?? Mungkin sesetengah orang yang rapat dengan saya makin berasa pelik. Tapi itulah realitynya, sebab apa yang diperhatikan ialah, ISLAM dan sistem sememangnya tidak ada perbezaan. Seperti sedia tahu ISLAM itu ialah "Ways of Life' tapi saya lebih senang menyebutnya sebagai "Systems of Life' kerna atas dasar pentafsiran maksud sistem itu sendiri. Sistem itu semestinya terdapat rujukan rasmi, dan dalam konteks ISLAM, ianya sudah pasti kitab Al-Quran dan As-Sunnah; yang menjadi panduan dan pegangan Umat Islam. Namun, wujud satu tanda persoalan kenapakah SISTEM yang dikatakan hebat ini masih tidak difahami dan diaplikasikan secara total dalam kehidupan. Untuk menjawab persoalan ini, saya rasa masing-masing perlu bertanya kepada empunya diri, adakah ISLAM itu benar-benar wujud dalam diri kita sendiri? Tepuk dada, fikir-fikirlah.
SISTEM: Di Manakah Kreadibiliti Kita?
Ini persoalan yang remeh yang saya ajukan agar kita berfikir. Senang dan mudah. Di manakah kreadibiliti kita? Kreadibiliti bermaksud kemampuan kita yang saling tidak tumpah ingin memaksudkan keupayaan kita untuk mewujudkan sistem yang Islam anjurkan. Saya lebih berfokus kepada isu yang saya bincangkan iaitu perhubungan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Ottoman dan Sistem
Terus terang saya katakan, andaikata empayar Ottoman mampu kita lihat lagi, nescaya bukan sahaja sistem itu kita lihat, tapi jua kehebatan sistem itu pasti kita kagumi kerna pembinaan empayar bukanlah perkara yang mudah, melibatkan seluruh komunikasi yang ada. Kpepercayaan daripada negeri yang dijajah perlu diberikan dengan penuh keyakinan, manakan ini menjadi sekiranya sistem perhubungan yang lemah? Nah, ini jelas menyatakan bahawa, SISTEM benar-benar memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun. Bahkan dalam isu-isu kecil dah sebagainya.
Analogi daripada kehidupan
Mungkin anda pernah terfikir betapa setiap penciptaan penuh dengan SISTEMATIK. Bahkan sekecil-kecil cell yang hidup mempunyai sistem yang sangat kompleks dan sempurna! Bayangkan di dalam satu cell yang berukurn lebih kurang 10 micrometer, mempunyai beribu-ribu serba jenis organel dan sangat mampat, namun disebabkan sistem yang ada, setiap perubahan itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah kepada cell. Di sini SISTEM memainkan peranan, tanpa sistem tiadalah kehidupan. Mungkin jua anda pernah dengar, andai kata bumi ini condong sedikit kepada 0.0001 degree pada satahnya, yang hanya mampu diukur oleh micrometer gauge, seluruh SISTEM cakerawala pasti akan hancur, punah lebuh. Dan bumi akan merasai kesan yang sangat dahsyat. Ini bermaksud, SISTEM itu perlu wujud dalam bentuk yang se'detail'nya. Bukan hanya sekadar medium yang masih menyebabkan orang ramai terhuyung hayang.
Sistem kehidupan Pencipta sangat kompleks, tapi sempurna
Maka, apa yang saya ingin tekankan ialah, marilah sama-sama kita menyemak semula SISTEM yang sedia ada, dan seterunya cuba merangka sistem kehidupan yang sebenarnya agar mampu memenuhi tanggujawab sebagai khalifah di muka Bumi. Ingat, Hikmah itu hak orang Islam, dan Umat Islam berhak memilikinya.
Sistem oh sistem ^_^
1 comments:
Islam itu satu sistem hidup yang Agung.. Yg dalamnya meliputi segala aspek kehidupan..namun orang Yg tidak mengamalkan sistem itu Yg menjadikan islam itu kucar kacir di mata si jahil.same samela kite menghidupkan kembali sistem Islam Yg Agung itu.-Atik-
Post a Comment