Sunday, January 9, 2011

Jaulah UKhuwah 2010 - UK Eire

 Poster promosi
(perubahan pada Cardiff)

Setelah beberapa kian saya tidak meng'update' blog yang terbengkalai ini dengan cerita-cerita terbaru dari bumi UK Europe. Mungkin kerana kesibukan mahupun kemalasan. Tapi yang pasti, menulis blog ialah saah satu hobi yang sangat menarik untuk diterokai. Falsafah saya, biar merapu, tapi bermaksud tersurat dan tersirat. Biar merepek, tapi ada benda yang ingin disampaikan. Setiap penulis mempunyai gaya yang berbeza-beza, bukan gaya yang penting, tapi maksud dan mesej yang paling utama. Sebagai pembaca, bukan stail yang hampa kena tengok, tapi mesej tau! ^_^

Jaulah
Saya ketika dahulu pelik tatkala orang sebut "Jom pi jaulah jom", "Jom rehlah mau?". Apa ke benda jaulah dan rehlah ni?? Sememangnya saya tak pernah didedahkan dengan term-term ni semasa di MRSM Langkawi. Tapi senang cerita, dua perkataan ini tiada yang memelikkan melainkan ianya hanyalah perkataan dari bahasa Arab.


Jaulah = Mengelilingi

Jadi, pendek cerita, jaulah ini merupakan satu pergerakan secara beramai-ramai dengan niat masing-masing dan yang lebih utama dalam jaulah yang saya libatkan baru-baru ini adalah untuk merapatkan ukhuwah, membina sifat taffahum (memahami), takaful (tolong menolong), sifat sabar, sifat berani, sifat yakin, dan sifat tawakal. Itu ada target peribadi saya dalam jaulah yang dianjurkan.

Pengalaman = Teacher
Pengalaman itu sememangnya satu guru yang terbaik dalam pembinaan tarbiyah (didikan). Pengalaman itu bak permainan yang kadang-kadang mendewasakan kita dengan lebih cepat. Sukar tapi seronok. Sangat seronok. Cabaran itu pula satu wadah kekuatan. Wadah yang sukar dijumpai di mana-mana. Itulah pengalaman.

Tentatif perjalanan
Saya sememangnya telah menanam satu azam mahupun niat bahawa pada tahun pertama ini, saya ingin pusing satu UK dan IReland. Maka terhasillah satu lembaran jaulah.

Glasgow>Edinburgh>London>Manchester>Dublin>Cork>Dublin > Belfast >Dublin > Edinburgh

Dengan total masa selama 10 hari tanpa henti. Menariknya, jaulah ini berjalan lancar dengan Izin-Nya berserta perancagan rapi, doa dan tawakal. Alhamdulillah.

Edinburgh oh Bumi Romantik!
ROmatik, itu saja yang saya singkapkan jika orang bertanya tentang Edinburgh. Edinburgh ialah City tempat saya belajar. Sememangnya sangat lawa dan romantik. Sangat ROMANTIK andai berbulan madu. (Falsafah Amin Rox). Sebab apa? sebab boleh tengok kecantikan ciptaan tuhan seperti Arthur Seat dan lautan lepas. ^_^ (abaikan yang tidak berkenaan). Suhu purata dengan kesejukan 0 degree celcius. Tidak menjadi masalah besar dengan jaket dan baju berbulu beruang yang tebal. (ada ker bulu beruang?)
 Edinburgh Caslte, Satu tarikan yang unik!


Scottish Costumes, sedikit persamaan dengan orang melayu (kain pelekat)

London Yang Sibuk
Kami (saya, Amirul Asyrof, Salam) seterusnya bergerak ke London selama 2 hari pada 28 December 2010 dengan menaiki tren EastCoast, mengambil masa selama 5 jam perjalanan. Hiruk pikuk London dirasai setiba di sana; disambut oleh saudara Akmal Hayat. Pengangkutan utama di London, lain tidak bukan ialah TUBE. (bukan Youtube, bukan jua tube pakaian).
Bertemu dengan Wan Muez dan Lutfi di London



Ding...Dong... Big Ben berbunyi..



Oyster Card bukan Oyster Sauce
"Oh, kena buat oyster.., apa tuh?? Sos tiram ker? London ada jual sos tiram jugak ker? *__* " 
Oh, mungkin tidak, ianya adalah sekeping card untuk menaiki tube, bukan sos tiram. Maaf anda salah tanggapan.

LA.. Ini jer ker Oyster??? Mana tiramnya??  (sape la punya idea bagi nama tiram)



Syurga Makanan = Manchester
Destinasi seterusnya ialah bumi 'Makanan'. Saya sifatkan bumi makanan kerna di sini rezeki makanan halal melimpah ruah. Sepanjang jalan Rusholme, segala macam jenis makanan boleh diperoleh. Bermula dari Lamb rib, Nasi beriyani sehinggalah ke Dessert seperti faluda (yang kononnya sedap). Namun, bagi saya itu bukanlah penentu keberkesanan ziarah saya kali ini. Apa yang lebih difokuskan ialah sebanyak mana saya memperoleh input-input baru dari persekitaran. Manchester mencetuskan suasana yang agak berbeza kerana rata-rata penduduk di situ bukanlah 100% orang putih. Dengan suasana yang penuh dengan orang Melayu, kadang-kadang ianya membuatkan saya kurang selesa. (better studi di Malaysia>>Melayu ramai) ^_^


MU kali kedua


Tazkirah bersama Shahkang


Dublin = Pintu kesegaran
Setiba saya di dublin, wujud perasaan yang segar. Entah mengapa saya merasakan jiwa saya bergolak segar. Mungkin ada sesuatu di Dublin ataupun mungkin hanya mainan perasaan saya sahaja memandangkan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Ireland. Dublin The Fair City, katanya. Saya masih sangsi apa yang dimaksudkan dengan the fair city. Mungkin jua satu slogan yang digunakan oleh pemimpin bagi mewujudkan suasana yang tenang. Sememangnya, keadaan angin di Dublin cukup mengiurkan bahkan menyejukkan. Beberapa universiti saya lawati seperti University College Dublin, Trinity College Dublin dan Royal College Surgeon Ireland. Dublin sememangnya ramai dihuni oleh pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Tidak dilupakan rakan-rakan KMB yang sedang berjuang di situ.


Berbelakangkan Spire of Dublin; mercu tanda Dublin


 River Liffey, lawa dan cun


Lagi aksi meniru gaya yang kurang menjadi (di hadapan Trinity College)

TCD (ini jer yang ada untuk nama Univerisity -__-)

UCD; Cool!

Mengutip cebisan kenangan!




Cork Kunjungan yang Singkat
Ziarah saya ke Cork adalah singkat. Singkat dan pendek. Dua jam sahaja. Hal ini kerana tujuan utama saya ke sana adalah untuk mengambil kereta sewa dan seterusnya bergerak balik ke Dublin. Namun, sempat jua saya memerhatikan persekitaran Cork yang ternyata sangat menarik untuk diterokai terutamanya dari aspek keindahan alam dan kecantikan pelabuhannya. Suasana ini bagi saya adalah satu anugerah bagi jiwa-jiwa yang romantik. ^_^


Mehnah dan keletihan (5 jam atas bas)




Hanya sempat bergambar di tepi sungai di Cork



Belfast Di sebalik water crisis; kami sesat
Saya bersama dengan Amirul Asyrof bergerak ke Dublin mengambil Salam dan Rahman seterusnya bergerak ke Belfast yang jaraknya kira-kira 170 km dari Dublin. Banyak pengalaman menarik semasa jaulah ke Belfast. Salah satunya ialah kereta naiki telah tersesat ke dalam ladang-ladang kecil di tengah-tengah malam buta. Ini lain tidak lain disebabkan oleh GPS navigator yang digunakan tidak updated. Maka masuklah kami ke lembah-lembah kecuakan. Mencari jalan; rupanya terdapat pagar yang seakan-akan kandang lembu (saya sifatkan). Maka saya terpaksa mengambil tugas sebagai Jurumudi (Navigator) secara manual dan kami berjaya keluar dari lembah-lembah itu. Di Belfast, kami bermalam di rumah Hafiz Kamarul dan Adam.


Giant Causeway 
Mitos ini jika didengar amat melucukan. Seekor (ada ekor ker) giant yang ganas cuba melawan giant di bahagian Scotland. Maka untuk melawan giant yang satu lagi, giant di situ telah dipakaikan dengan lampin. Menunjukkan bahawa sekiranya anak giant sahaja sekecil itu, bapa giant pasti lebih dahsyat. (Please tolong jangan percaya) ^_^ Apa yang pasti, keunikan dan kecantikan di Giant Causeway sudah jelas menunjukkan keesaan Allah SWT. Begitu teliti dan cantik pembetukan batu-batu yang berbentuk heksagon, Cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati. Subhanallah.


Kagum! Subhanallah!

Romantik sungguh aminrox>> Pemandangan



Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (QS: Ali Imran: 190).




Adrenalin si GARDA!
Kami bergerak balik dari belfast di kala malam mula menjelma, kereta yang dinaiki dipecut memecah kesunyian. Hampir setiba di Dublin City, GPS saya mengarahkankami mengambil pusingan ke 2nd exit di roudabout di hadapan.
"Pakai Tali pinggang keledar! Ada roblock di 2nd exit. Rahman! Salam! Bangun, pakai tali pinggang keledar! GARDA! (Polis) "


"Macam mana ni, kalau kena tahan apa nak jawab? Ok2, amek 1st exit Bupek, amek jalan alternatif!"


Kereta dikerahkan keluar ke 1st exit. Tanpa disedari, kelihatan di sipi-sipi cermin kiri ialah lampu biru berkelip dan berputar mula menghampiri kereta kami. Kami diikuti!! Jalan di hadapan ialah jalan MATI! "matilah kita..."


Saat itu, adrenalin menyembur-nyembur tidak henti-henti. Cuak. Risau. Fokus Amin fokus. "Ok buapek, chil jer.. Apa-apa cuba tanya jalan ke UCD?"


Pintu dikuakkan, bersilau-silau mata tatkala disuluhi dengan lampu torchlight yang sangat terang.


"Where are you going??!!" Dengan nada keras. "To the Main City sir" Bupek menjawab. kaku.


"Get in your car and back to the point (tempat roblock)!!"


"I back you pardon sir"


"I said, get in your car and drive back to the point! Now!!!" Kali ini kami terkena tengkingan yang sangat kuat.
"Yes sir"


Kereta dipandu ke tempat roblock. Cuak berbaur risau.


GARDA oh GARDA
Setiba di point roblock. Kereta ditengah-tengah pembahagian line jalan. Seorang anggota GARDA berdiri dan memanggil kereta kami dekat dengatnya.
"Ok this is alcohol tester and it is easy, I will like you to blow this hole for a wile until it stop. Can you do that?"


Saya lega, tersenyum dalam hati. "La..ini jer? -__-"


"Very excellent, See it is Zero. Ok, you can go now. Thank you."


.GARDA oh GARDA, ko memang menggalabahkan kitaowang. *___*




Kesimpulan & Refleksi
Sesungguhnya, jaulah kami bagi tahun 2010 berjalan dengan licin walaupun terdapat beberapa kekurang yang saya pasti mampu diatasi pada tahun depan. Banyak pengalaman baru diperoleh, dan ketahuilah bahawa, jaulah sebenarnya mampu mendidik diri kita menjadi insan yang memahami, tabah dan cekal. Perancangan yang rapi amat diperlukan bagi memastikan setiap yang dirancangn mampu berjalan lancar. Kerjasama dari setiap ahli amatlah wajib. Tanpa kawan-kawan, segala yang dingini sukar dikecapi. Tenaga pemuda perlu lebih berani bergerak bersama dalam kelompok yang mencukupi dan beroganisasi dan terancang. Faktor kejayaan para pemuda bergantung kepada corak perancangan dan kerjasama yang diberikan, dan ketahuilah setiap pemuda-pemudi mempunyai peranan masing-masing untuk bergerak tanpa menyalahkan orang lain. Bersihkan diri dan hati dari serangan pemikiran yang kotor. Pemuda itu jika diasuh, bukan sahaja mampu mengegarkan, tapi jua menghancurkan. Bangunlan dari lena yang panjang!


Nantikan Jaulah akan datang!!!

9 comments:

Lutfi said...

Dan akhirnya... ada jugak gambar aku kat blog kau ye...

Salam Manaff said...

aku suka gambar no 4. gambar kita berlima. :D

Amin Rox said...

>>Lutfi: haha, akhirnya kan... ^_^ lepas ni aku letak gambar ko byk, cari publisiti cket.

>>Salam, hehe, agak ar. tapi aku suke gmbar terakhir. :)

Salam Manaff said...

gambar tu pun aku suka gak. :D

Amin Rox said...

>>salam: hehe, bagi aku, gambar tu ada byk maksud.

Bella said...

bella nampak mummy, daddy, my twin, and adik blacksheep! (halal ek fazli) :P


and mau and me jugak! :D

m08a..

:')

Anonymous said...

rugilah kalu berjalan seribu batu jika takde satu pon pengajaran yg diambil..ade kawan tnye kenape pakai perkataan jaulah kalu perkataan "perjalanan" pon bole pakai?
saye jawab..ohw...sekurang2nye "jaulah" itu mengingatkan diri sendri bahawa ade ruhi nya ketika perjalanan tu.. =)
-atik-

Salam Manaff said...

menarik jawapan yg diberi kepda kawan hang tu.

Heidy said...

memang benar, Manchester ramai Melayu. Itu tidak dinafikan. N ada orang yang terlalu selesa apabila berkumpul dengan bangsa sendiri sahaja, dan tidak mengambil usaha untuk bergaul dengan orang tempatan.

Tapi bergantung kepada individu juga. Bagi aku, aku tetap jer lepak2 dengan coursemate, flatmate. Makan2, keluar sama2..hehe~~

Tapi kat sni sgt besh sbb ramai sgt international. Course aku jer, dari 12 orang, 9 orang international. Jadi ada peluang nak kenal ngan semua negara. ^^

tapi best la k0 da pegi banyak tempat. da sampai manc 2 x, tapi ak sekali pn x smpi edin lagi... ;)