Friday, November 26, 2010

Wakalah Cinta Pertama

"Ooohh.. Masyuk!.. Seyes Masyuk bai..."

(Pengarang sendiri tidak memahami apa maksud sebenarnya)


Perkataan ini mungkin keluar dari suara seorang insan yang sedang berada dalam alam percintaan. Kemungkinan besar ya, mungkin secara lahiriah mahupun batiniah. (bercakap bukan atas dasar pengalaman, tapi atas dasar pengaruh televisyen). Sememangnya perkara ini acap kali berlaku dalam jiwa-jiwa yang mencari ketenangan hakiki.

Best Ke Bercinta?
Ada orang kata saya berpengalaman dalam bercinta? Hurm, saya kurang pasti bagaimana fakta tersebut dibuat, tapi yang saya pasti perasaan cinta itu hadir dalam setiap insan. Cinta kepada ibu bapa, cinta kepada kebendaan, cinta kepada hobi dan cita-cita dan pelbagai lagi. Cinta itu ialah satu perasaan indah yang terkandung dalam aspek hati. Bercinta sememangnya seronok, bukan sahaja diperakui oleh perasaan tapi juga diperakui oleh ilmu sains sendiri. Cinta itu fitrah manusia atas sebab wujudnya sunatullah rembesan hormon serotonin, oxytocin, Melatonin dan sebagainya. Maka wujudlah satu keinginan yang indah.

Landasan Cinta
Islam tidak menghalang perasaan cinta itu wujud dalam hati. Bahkan islam menggalakan sehinnga timbul hadis yang menggalakkan perasaan cinta terhadap sesama muslim untuk membuktikan tahap keimanan. Bukankah begitu? BErerti Islam sememangnya agama yang fitrah menggalakkan fitrah manusia berjalan dengan betul. Cumanya, Islam mangariskan landasan yang murni dan suci. Cinta yang berkobar-kobar sekalipun, ada juga batasannya. Cinta kepada Rasulullah bukan bererti kita terpaksa menyembah rasulullah, tidak sama sekali, maka Islam turun dengan sistem yang jelas. Taat kepada tuhan dan Rasulnya.

Wakalah Cinta Pertama
Menyentuh perasaan yang lahir dari dalam dada bukanlah satu perkara yang mudah untuk diterokai. Dalam cinta pertama, bererti merupakan satu libasan pandangan dan persepsi yang kemundiannya membawa kepada perasaan cinta terhadap seseorang individu. Saya berani menyentuh aspek natijah cinta sesama insanberbeza jantina. Wakalah yang seharusnya para pemuda letakkan ialah ilmu, kefahaman, pelaksanaan dan juga kebergantungan kepada Allah. Ikatan yang kuat dengan Allah memastikan kefahaman itu dilaksanakan mengikut sistem yang Allah Taala sediakan. Maka, beruntunglah mereka yang cuba melaksanakan sedaya upaya. Usah perlu berpegang tangan, berjumpa-jumpa, memberi hadiah dan sebagainya.

Bangunlah dari Cinta yang melenakan
Wahai kaum pemuda, kita pperlu ada visi dan misi. Kita membawa satu propaganda yang besar, bukan sahaja tentang cinta, tapi jua pengorbanan, perjuangan, dan mujahadah! Sedarlah dari lena yang panjang. Bangunlah dari tidur yang lena. Berhentilah dari makan yang kenyang! Ini jalan juang kita, ini masa kita.


Cinta kita yang pertama hanyalag kepada Rasul dan Allah!
"Masyuk...!"
Blogger Templates

1 comments:

Anonymous said...

carilah cinta yang hakiki..cinta yg lain pasti menyusul~~
-atik-