Monday, November 15, 2010

Musim Luruh Dalam Jantungku

Autumn in My Heart 
Tajuk ini tidak membawa maksud apa-apa melainkan satu terjemahan maksud kepada frasa "Autumn in My Heart". Saya tidak pasti bagaimana wujudnya frasa Autumn in My Heart, cuma yang saya tahu ianya merupakan satu lagu dan juga movie Korea satu ketika dahulu yang begitu menarik minat si pecinta movie-movie korea. Yang pasti movie tersebut berkaitan kisah percintaan sepasang kekasih yang romantis sehinggakan meruntun mana-mana jiwa yang melihatnya. Noktah.
Musim luruh satu kisah percintaan manusia dan alam ciptaanNya jua

15 November 2010
Edinburgh, kota yang unik menjadi salah satu kota Worl heritage kerana keunikannya sebagai tempat yang sangat lawa dan masih dipelihara struktur binaan bangunannya kini sudah mencapai fasa di hujung-hujung musim luruh. Kedinginannya kini mula mencecah -3 darjah celcius di pagi hari. Jiwa mana yang tidak terketar dengan kesejukan itu. Musim luruh bagiku menjanjikan satu pengalaman yang cukup menarik untuk dikongsikan bersama pembaca, baik buat yang di Malaysia sana mahupun di luar negara.


 Luruhnya si pepohon hijau

Nafas Baru
Hidup sebagai peranta menjanjikan susana yang sangat berbeza dari segi perwatakan, percakapan, penilaian watak-watak dan juga pemikiran. Juga saya dapati wujud pelbagai kronologi hidup yang telah berlaku mahu positif mahupun negatif. Saya mohon maaf kerana agak sudah lama tidak berdialog di medan internet ini setelah agak sibuk dengan berbagai-bagai tugas. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk bergiat aktif dalam blog ini kembali. Blog ini sudah berusia hampir tiga tahun, maka ia sudah tentu perlu diberi nafas dan pemikiran yang baru yang lebih realistik, relevan dan konstruktif.

Sejenak Kota Edinburgh Yang Kukenali
Sukar untuk saya simpulkan akan keunikan Edinburgh. Jika saya kata Edinburgh sangat menarik, mungkin ada pula yang tidak berpuas hati. Namun, secara jujurnya setelah beberapa tempat yang saya lawati, seperti New Castle, Glasgow, Mancester, saya dapati Edinburgh masih unik dibandingkan dengan kota-kota yang lain. Setiap binaan bangunannya masih dipelihara reka bentuknya, bersifat gothic dan old school. Bandarnya sangat rapat dan padat, tapi masih memungkinkan pergerakan trafik yang sangat lancar. Segala yang diingin mampu didapati di Edinbugrh termasuklah makanan halal dan sebagainya. Bahkan, pergerakan pula hanyalah memerlukan saya untuk berjalan kaki ke sana sini kerana jaraknya hanyalah dekat. Setiap pelosok Edinburgh menjanjikan pengalaman yang tersendiri. InsyaAllah saya bakal mengulas akan tempat-tempat menarik di EDinburgh untuk post yang akan datang. Nantikan! ^_^


 Royal Miles


 Berjalan-jalan di celah-celah bangunan dan hujan
 Kota keunikan

Cantiknya Autum, Hebatnya Allah
Terus terang saya katakan, sebagai pengkaji alam, yang memahami serba sedikit ilmu bioteknology, saya berani yakin menyatakan bahawa Cantiknya Autumn, Hebatnya Allah! Setiba dalam musim luruh, suhu mula sejuk dan daun-daun mula kekuningan. Maha Suci Allah yang menciptakan pokok-pokok dengan kelebihan yang sangat hebat, iaitu mampu meluruhkan daun-daun secara berperingkat-perinkat tanpa terus mati kekurangan zat nutrisi. Bahkan ia menjadi satu survival kit bagi pokok-pokok di kawasan sejuk. Daun yang menguning bererti petanda berhentinya proses membuat makanan oleh pokok-pokok (potosintesis). Berlakulah pemusnahan klorofil secara beringkat yang akhirnya menyebabkan daun-daun bertukar warna dan pokok-pokok mula 'Berpuasa'. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu dengan penuh hikmahnya. Kuasanya tiada tandingan, sehingga kini pasa saintis mula memahami dan mengkaji bagaimana dan mengapa daun-daun digugurkan. Tapi malangnya, hati mereka ada yang amsih keras, ada juga yang terbuka mata hati setelah memahami.
Pemandangan yang 'menjentik' hati-hati yang berfikir

Semangat Orang Perantau
Berada luar negara bukan bererti saya bebas sebebasnya. Keluar dari alam persekolahan, kolej tidak bererti saya perlu hidup secara suka-suka saya. Kerana selagi berpijak di bumi nyata, hidup seorang hamba masih berkekalan. Dia Allah berada di mana-mana dan tidak terikat dengan masa, waktu, ruang dan tempat. Dan hidup di perantauan menjanjikan ujian dan cabaran yang tinggi. Di sini semangat juang menjadi lebih tinggi. Kita perlu lebih bersistematik, fokus dan berketrampilan, tiada lagi perasaan malu-malu tidak bertempat, tiada lagi erti malas, tiada lagi erti hilang arah tuju. Kerna kita perlu punyai matlamat yang jitu untuk menjadi individu yang betul-betul hebat dari semua aspek. Kita berusaha ke arah itu dengan usaha, doa, tawakkal dan reda padaNya!




Aku ialah seorang pemuda yang mengejar cita dan wawasan, sinarnya pasti bangun semula

As-Syabab tidak menyerah
Pemuda tidak pernah menyerah. Kanak-kanak yang kecil tidak pernah menyerah untuk belajar berjalan, bertatih biar beberapa kali jatuh tersungkur, menangis dan berdarah. Pemuda perlu berfikiran positif. Pemuda perlu merebut peluang yang ada. Pemuda harus bekerja keras kerna waktu inilah tenaga kita kuat. Kelak kita pasti tua.Pemuda perlu berfikir panjang. Pemuda perlu bermuahasabah selalu. Pemuda perlu punyai teman yang punyai jiwa kental dan jauh dari semua perkara positif. PEmuda patut sudah mengetahui baik buruk.
Kita ialah pemuda yang punyai jiwa berjuang. Bukan lagi jiwa senyap sunyi mengikut dan terikut. Bagunlah wahai pemuda dengan slogan jihad dalam setiap perkara, tidak kira sama ada sebagai pelajar, sebagai pemain bola, sebagai pemain gitar, sebagai pelumba lari dan sebagainya! Kerna kita ialah pemuda!



 Pemandangan Authur Seat dari Flat rumah saya. Authur Seat (bukit tinggi) menjadi tempat tarikan terutamanya semasa musim salji - tempat bermain snow board.

Blogger Templates

3 comments:

husna afifi said...

edin mmg lg lawa dr aberdeen..

sekian..

Anonymous said...

terima kasih amigo! besar posting!

Unknown said...

nak tanya sikit pasal bioremediation.. boleh tak contact saya melalui email saya (mohamadhishamudinkomoh@yahoo.com)