Friday, September 3, 2010

Cerita Sekeping Gambar

Terasa malas pula hendak menulis pada kali ini. Memikirkan bahawa saya mempunyai banyak gambar yang telah ditangkap dan belum lagi diupload, maka saya penuhi ruangan ini dengan cerita-cerita gambar yang mempunyai signifikan maknanya yang tersendiri bagi saya.

Berat dan Khurafatnya

 Niat saya hanyalah untuk menimbang berat dengan sebuah mesin di Giant Mall, tapi tiba-tiba bila dibelek belakang kertas itu, tertera ayat-ayat di atas. (Ada ke perkaitan berat dengan sikap) Errr.. Khurafat tul. -_-'


Lazat!
Ini Ammar, anak saudara saya. Dia suka makan apa sahaja. Jika diberi jari digigit, dan jika jumpa apa-apa sahaja, habis dimasukkan dalam mulut. Paling dahsyat meja pun mau makan! -_-'


Tunjukku Jalan yang Lurus 

Ini pengalaman paling seram. Di pagi-pagi hari saya bermotosikal di sebuah trek Highway ke Kuala Perlis. Pergh, jarak penglihatan cukup dekat. 50 meter ke hadapan sahaja. Berkabus. Tunjukku jalan yang Lurus!

Memetik Bunga Yang Cantik

Jika tiba masanya, akan sahaja aku kupetik dirimu. Engkau sungguh indah dipandang. Segar dan menarik. Akan kupetik dirimu jua 'Adik, maaf dilarang memetik di kawasan ini!' -_-'


Tembam + Comel

Seorang kawan mengirimkan gambar lama saya. Secara seriusnya saya ingin gelak kerana saya memang tembam dan comel sewaktu kecil dahulu! ^_^

Kera Punya Periuk

Entah mengapa saya jadi seram bila tengok spesis ini. Saya berimaginasi jika saya masukkan jari saya ke dalam periuk kera ini, jari saya akan putus ditelan. (pengaruh cerita kartun). Mengarut betul.


Indah lagi Permai
Berjogging di sekitar Hometown saya. Cantik. Dan sungguh permai. Saya suka pemandangan ini! :)


SMKDSA Dalam Kenangan
Gambar Pusat Sumber Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad. Di sinilah dulu saya bertugas sebagai seorang pengawas Perpustakaan. Teringat zaman-zaman suka baca buku, ulat buku betoi. ^_^

Pagi yang Buta
Di hadapan saya ini ialah Bangunan MCA (tempat buat VISA). Pukul 6.30 pagi saya sudah tercegat keseorangan di hadapan bangunan ini!! Ingatkan saya paling awal, padahal sudah penuh orang datang. -_-'


Erti Sebuah Kebebasan

Saya menaiki bas yang sangat sedikit penumpang. Kosong dan lengang. Wah! Boleh pilih seat! Inilah kebebasan! ^_^

Misteri Sebuah Tayar

Sungguh misteri, tayar ini bergolek di tengah jalan 'seorang diri' tanpa saya mengetahui asal usulnya. Berlaku di kawasan turun bukit. Tiada kereta mahupun motosikal. Dari manakah ia???  Seram..


Selamat Berbuka Puasa!!

Saya sempat berbuka puasa bermenukan Organic Chicken Chop di sebuah restoran Radix House berdekatan rumah saya ditemani Shahkang. Lazat!!!! Selamat Mencuba!^_^

"Gambar tu kita lihat, kita tafsir, dari itu kita dapat rasa, dengar dan hayati. Gambar oh Gambar" -Amin Rox-

Blogger Templates

4 comments:

ffh said...

haha.amin bangga dia comel dulu :P

ﺧﻳﺮﺍﻟﻌﺎﻣﻟﻳﻦ said...

haha benda tu kira khurafat ker amin..sbb dia tak menilik pun..hehe

kadang2 bnda camtu nak bg kita positive thinking..menaikkn smgt kita..cm law of attraction.. klu kita blaja psikolgi mgkn kita tau kowt..haha insyaAllah tak salah kalau kita percaya bnda tu kan sbab maybe anda betul2 atau akan jadi ap yg tertulis..hehe

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Petite Girl: haha, mana de bangga. tapi fakta. :P

>>Amilin: haha, yela. tapi bukan pe, cuba bygkan gune berat je ley tau bnda camtu. tak make sense lgsung, len la kalo pkai personaliti test ker. haha. Actuaally mmg bertepetan ngn personaliti test aku pun (INTJ) >>Natural leader.

Aku berkeras xnak percaya ngn apa yg aku dpt kerana aku tau bnda tu kebetulan n nasib jer.

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hahaha...a picture paints a thousand words...menarik juge kalu post hanya letak gmbtr n sikit2 caption kan??ringkas n biarkan org tafsir sendrik.. =)