Friday, August 27, 2010

Di Daerah Ini


Kadang-kadang, perlu kita melayan jiwa. Melayan jiwa ke arah muhasabah diri mampu membina personaliti yang ukuh dan jati diri yang benar-benar mantap. :) Ikuti 'tulisan hati' saya di bawah.




 
Menunggu ketibaan Keretapi Senandung Express Langkawi

 Senja menemani diri yang kesunyian berbuka puasa
Ditulis tatkala keretapi yang aku naiki meluncur bingit dari stesen Arau. 7.54 malam. Sebentar tadi, aku baru sahaja berbuka puasa menghadapkan diri ke arah jatuhnya matahari. Suasana yang cukup indah dan permai kulihat nun jauh di sana. Padi-padi sudah mula dituai, hampas padi ada pula yang sudah dibakar. Kelihatan api-api merah menyala di batas-batas sungai. Kelihatan di tengah-tengah sawah, wujud kelompok rumah-rumah kecil dihiasai banyak pohon nyiur. Aku melihat sesuatu yang takjub. Sudah lama tidak kulihat ini semua. Ah! Inilah daerahku. Di daerah inilah aku membesar. Muncul di benak hati nuraniku. Masa untuk muhasabah dan melayan jiwa!
Sesuap nasi 
Ibuku bukanlah siapa, seorang pesara pekerja bank biasa, ayahku pula hanyalah guru besar di sekolah pedalaman. Pernah dahulu ibuku menceritakan betapa susahnya keluarganya, hidup berumahkan di tengah-tengah sawah. Adik-beradik ibuku semuanya perempuan, dahulu susah, nak cari sesuap nasi pun susah. Bila malam, yang ada lampu minyak, itupun kena berjaga bimbang jikalau jelapang dimasuk orang.  Berjagalah ibuku bersama-sama adik dan kakaknya. 
Cerita mereka
Aku pernah jua melihat gambar-gambar lama ayahku. Aku kagum melihat seorang ayah yang kini begitu penuh kasih mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga demiku. Dahulunya, seorang pesawah biasa seusia aku hari ini, bila musim tuai, ayahku turut turun ke sawah menuai padi bersama-sama keluarganya. Susah pada masa itu, tapi ayahku tidak pernah mengeluh, bahkan ayahku pula memberi semangat kepadaku untuk terus belajar. Aku membesar di daerah ini, penuh dengan nostalgia dulu kala. Ayahku bukan sehebat orang lain tapi aku cukup kagum padanya, hari ini dia mampu membesarkan aku hingga berjaya.
 Juadah berbuka, simple dan mengenyangkan. (emak saya pada mulanya beri saya bekalan seakan 2 hari!, atas pengelaman sebelum ini, saya minta dikurangkan terus: membazir)
 Pelita minyak tanah
Terlihat rumah-rumah kampung di hadapan pandanganku. Gelap gulita. Adakah mereka tidak punyai elektrik? Mana mungkin! Hari ini semua sudah maju. Jika benar, teringat aku akan cerita ibuku, waktu malam adalah waktu bersama-sama dengan keluarganya pada masa dahulu. Anak-anak tidur berbaring bersama-sama ibu dan ayah tercinta. Yang menemani gelap ialah sang pelita-minyak. Asapnya berjelaga katanya. Bangun sahaja waktu pagi, hidung-hidung pun jadi hitam. Aduh, susahnya hari itu, tiada TV, yang ada hanyalah sawah-sawah yang terbentang luas dan juga bulan bintang menerangi malam.

Cerita aku
Aku jua datang dari suasana kekampungan begitu meskipun tidak pernah aku lalui cerita seperti ayahku dan ibuku, tapi aku pernah merasai susana indahnya bermain-main di saat aku seorang kanak-kanak nakal. Tidak punyai bebanan yang tahu hanyalah keseronokan. Kampungku tidaklah besar. Kecil, memadai untuk kami bermain-main. Layang-layang, Gasing, dan tarik upih pinang pernah menjadi permainan yang sangat menarik ketika itu. Musim wau kami main wau, musim gasing, masing-msing punyai gasing di tangan, pangkah memangkah di dalam bulatan pertarungan. Suasana yangg indah aku kira. Sekarang sudah tidak wujud lagi.

Jiwa seorang jaguh kampung
Aku dahulu hanyalah jaguh kampung biasa, entah bagaimana, aku membesar dengan azam yang tinggi. Pasak semangatku lebih tinggi dari si gunung everest aku kira. Ingin belajar sejauh dan setinggi mungkin. Semangat dipasak meskipun banyak kali aku tumpas menangis kerana bukan senang seorang budak kampung ingin keluar dari kepumpung biasa. Kebanyakan kawan-kawan aku tidak berani, tapi aku sanggup hadapi. Hari pertama keluar dari rumah, memang aku menangis. Tapi aku kental, tangis aku sekejap sahaja. Besok lusa aku senyum kembali. Senyum melihat dunia yang segar. Melihat peluang yang ada. Aku makin membesar matang. Aku mula melihat ke hadapan. Dan hingga kini aku mengerti bahawa aku sudah jauh ke hadapan. Aku sudah mengejar cita-cita lebih jauh dari sangkaan aku.



 Petang selepas mengambil tiket, saya memberanikan diri melihat di celah-celah kampung Arau. Masuk jalan-jalan sawah. Di sinilah dahulu track rentas desa yang digunakan sekolah saya. Melecet teruk kaki saya ketika itu, Sebab badan saya __________. 
Tapi Kerisauan Menerpa
Cuma, kadang-kadang, bila aku berasa aku terlalu mengejar cita-cita, aku mula melupai cerita-cerita lamaku di daerah ini. Cerita aku bermain di sawah padi, cerita memancing, cerita membuat wau buluh, cerita disengat sang penyengat, cerita masuk hutan pergi lombong dan sebagainya. Di daerah aku membesar, aku mula berfikir aku insan hebat berilmu, padahal aku dulu durjana, jahil. Kerisauan mula muncul, semakin aku membesar semakin pula aku lupa asal-usulku. Makin pula aku lupa cerita ibuku, cerita ayahku. Betapa hinanya aku. Sepatutnya, semakin tinggi, semakin tunduklah aku bak resmi padi. Mungkin dengan melihat-lihat deretan rumah di hadapanku tatkala keretapi yang kunaiki bergerak laju, memori itu kembali segar memutik lagi dan sekali membuatkan aku benar-benar bersyukur atas segala kurniaanNya kepadaku. Aku rindu. Aku muhasabah. Di sinilah daerahku.  

Biar jauh aku membesar, hati dan diriku itu tetap di sini, di daerah ini. 
Bersahur: Sedih, Nasi goreng dah habis . Yang tinggal hanya Maggi jer di Cafe, Layan je la Maggi + milo! Harga RM 6. -_-"


Blogger Templates

8 comments:

Atikah Nur Dzulkhefli said...

kampung anda penuh dgn sawah padi,sungai dan permainan2 tradisi yg seronok!ingin sekali saye mengalaminya,namu itu semue seakan mustahil di sini,,kami main yoyo,baribie doll,playstation..huhuh...
p/s:nnt da pencen,nk beli tanah di kg yg ade sungai n kebon durian,manggis.harap2 mase tu harga tanah masih murah! =(

farah fadilah said...

insyaAllah, bla tba d uk nnt, hrp2 tdk melupakan m'sia..

slmt meneruskan ibadah, amin!!

Heidy said...

wah..besh2..
post k0 ni pun mengingatkan ak kmbali sjrh hidup ak kck2 yg mmg sah2 nakal gila...

kal0 k0 main kt sawah, ak lain lar..main2 kat belakang kelapa sawit belakang rumah... smpi terpijak taik lmbu smer... kadang2 main tiang letrik..sbb kat stu ada mcm wayar n kt0wg slmba main gayut kat situ..haha~~..

thnx weyh sbb ingatkan ak blik psl kenangan yg agk da lme ak lpekan...

tapi rugi la byk budak sekarang x lalu ap yg kita dah lalu...huhu~~

ffh said...

nice!:)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Atikah Nur: Oh, takpe simpan duit2 byk2 nnti bila dah besar beli la tanah dan buat la umah banglow tgh sawah padi sebijik. hehehe, mesti best. ^_^

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Zinnirah: tidak sekali tidak untuk melupakan tanah air tercenta! Selamat beribadah jua! :)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Heidy: haah, nostalgia kan semua benda tuh. Bila teringat balik rasa best pulak. Tapi budak2 skunk susah dah nk jumpa pengalaman camtu. Zaman berubah kan..

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Petite girl: ^_^