Tuesday, August 3, 2010

Persoalan Hati

'IB' Selepas Tamatnya IB
No More IB, tapi still ada IB dalam hidup saya. Susah betul rasanya saya nak update blog saya ni. Bila saja saya tengah taip sampai 50% nak siap, saya jadi tak bersemangat. terus saya klik 'x' kat atas hujung tu. Adoyai, apa mau jadi. Mood update blog sudah hilang. Saya rasa mungkin kerana agak pack jadual saya. Nak diikutkan terlalu banyak yang ingin perkatakan. IB still here.

Persoalan Hati
Baru-baru ini saya mula diterjah dengan beberapa peristiwa pelik oleh kawan-kawan saya. Mungkin istilah biasa orang guna ialah: "Kantoi jugak", atau "sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah jua". Hurm, kedua-dua istilah ni saya consider tak bertepatan dengan prinsip hidup saya. Dalam apa-apa hal, saya ialah orang yang teliti dalam merancang, cuma kadang-kadang ianya terjadi secara tak dikawal. Mungkin faktor dalaman boleh dikawal, tapi faktor luaran sukar dikawal. Tapi dalam perancangan saya, perancangan Allah lebih bererti. :) Maka, terminologi "kantoi' bukan kamus hidup saya.

Dilema yang Menghantui Semua
Berbagai-bagai pendapat yang bercanggah tatkala saya membuka isu soal hati terhadap rakan-rakan saya. Tapi sebagai pelajar IB, yang sememangnya sangat jelas akan Theory of Knowledge, (syukur dapat B : maaf bukan tujuan menunjuk-nunjuk), saya faham setiap statement yang dibuat. Bukan mereka salah, tiada sapa yang salah. Cuma setiap individu berhak berkata sesuatu atas justfikasi masing-masing, maka saya perlu menghormati selagi tidak bercanggah syariat dan syarak. Maka usah terlalu berada dalam dilema tentang soal hati, jika kita bersedia, betul-betul bersedia, kenapa tidak? Bukan disuruh tergesa-gesa, bukan pula diajak melambatkan segalanya. Bersederhana, Be realistic brothers and sisters.


Tekad dan Pendirian

Dua aspek ini penting bagi saya. Kerna dengan dua benda ini, anda ialah anda, dan saya ialah saya. Cuma mungkin timbul kesilapan sesetengah pihak bahawa kita tidak perlu berpendirian teguh. Hurm, wajarkah? Bagi saya, pendirian yang jitu adalah perlu memandangkan ianya perkaitan yang akan wujud antara membuat keputusan dan pilihan dan seterusnya membawa kepada tekad. Walaupun berbeza pandangan dan cara pemikiran, selagi pendirian dihormati, maka itulah yang sewajarnya.

Brothers and Sisters
Saya tertarik dengan satu konsep yang bagi saya amat menarik untuk dicontohi. Terima kasih kepada saudara brother Aiman, kerana memperkenalkan di MRSM Langkawi, atas tujuan sesi kem bersama form 5 dan form 3 baru-baru ini. Satu konsep kesaksamaan, di mana tak wujud senior, junior, adik, abang. Namun saya yang sudah terbiasa membahasakan diri sebagai abang kepada junior kadang-kadang terpaksa mengherdik diri kerana masih tidak mampu menjiwa perasaan itu. Tapi yang pasti konsep itu perlu tersemat dalam setiap insan. Umur dan pengalaman bukanlah pengukur status yang perlu dihormati. Tapi takwa.
Spirit of brothers and sisters (Surau Al Muttaqin, MRSM Langkawi)

 Sempat melihat bilik LDP (lembaga disiplin pelajar) : Banyak kenangan di sini

Masalah Yang tergendala
Saya baru-baru ini mula merasai kegelabahan sedikit berkenaan dengan application saya untuk ke university of Edinburgh, masih tertunggak. Walaupun secara teorinya saya sudah lepas requirement, tapi status saya still conditional. :(
bila la agaknya mau tukar, masa makin suntuk. Doakan saya ok! Agar dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Apa itu Comel??
Aik? Kenapa tiba-tiba ada perkataan comel di sini. Saya sensitif bila sebut comel. Bahkan kalau tengah saya jalan-jalan. ada orang sebut comel, terus saya menoleh ke arah punca sebutan itu dikeluarkan. -_-"

Apa definisi comel yang tepat untuk saya describekan comel itu? saya rasa tak boleh diungkapkan melalui perkataan, tapi cukuplak dengan gambar di bawah ini.

Falsafah Itik mengatakan bahawa: Comel itu apabila bak sekawan anak itik kuning sedang mandi-manda berjalan terkedek-kedek, menyudu-nyudu air. Ekor digoyangkan-goyangkan menandakan kecomelannya.

Falsafah Ikan Keli: Comel itu bak ikan keli yang montel seberat 9 kilo seekor!

Falsafah Burung Kakak Tua: Comel itu laksana seekor burung kakak tua berwarna-warni, bajet cantik, tapi muke garang giler!


Falsafah Bangau: Comel itu walaupun kurus kering, tapi tetap comel! (maaf frasa kurus kering takda kaitan yang hidup ataupun yang mati. (^_^)

Falsafah Arnab: Comel itu apabila seekor arnab cuba tidur tergolek di tengah anak pokok semaian. Boleh buat bantal dakap.

Falsafah Ayam Belanda (ker turki??):  Comel itu bak Seekor ayam di atas yang membuat bising: "Klog klog Klog klog klog!!!" apabila terdengar bunyi hiruk pikuk. Terkejut saya dibuatnya.

[Sumber gambar: Pameran MAHA, Kangar., Perlis]
Kredit to Shahkang sebagai pemandu pelancong.

Last but not least, comel itu ibarat Shahkang, celotehnya yang memang kelakar.
Blogger Templates

4 comments:

atTahirah said...

sorry, suka sangat!!!!

hehe

Akmal Hayat said...

aku suka takrif comel yang last skali! huhu..

betul tu amin..so, bila lagi?
=)

Atikah Nur Dzulkhefli said...

pendirian yg benar yg layak dipertahan,dan benar itu dtg pabila hati dan akal terikat pada tali cintaNYa

be realistic..i like it!! =)

comel=doraemon n dorayaki?hik3

Aiman Azlan said...

You are welcome Brother Amin!