Sunday, August 8, 2010

Kisah CINCIN & PERTUNANGAN

Kisah CINCIN dan PERTUNANGAN

Case I
Pernah saya ditegur oleh seorang senior: "Eit, Amin, dah bercincin ya dijari enta, tak mau cerita kepada ana ker?" Saya terkedu. Senyum

Case II
Ketika bersalam dengan seorang sahabat, " Eh, Cincin..." Dia tersenyum sengih. "Cepatlah cerita kat aku weyh, ko ni..." Saya terkedu senyap. Sengih juga.

Case III
Lagi seorang sahabat berkata, " Ai..amin..dan bercincin nampak. Tak bagitau aku pape pun, camni kawan.." Sekali saya terkedu. Senyap.

Case IV
"Amin, kenapa tak angkat tangan kanan ko?? hehehehe.. Ada cincin ek.." =P Saya tersenyum sengih jugak. senyap.

Sketsa di atas ini saya jumpa beberapa bulan ini, untuk lebih jelas inilah cincin yang dimaksudkan.


Cincin Berbatu Fairuz bertatahkan Silver.

Sebut Cincin = Tunang??
Saya cuba membuat kesimpulan yang berbentuk deduksi, bahawa cincin sebenarnya memberi kesan yang kuat terhadap golongan masyarakat (golongan muda). Sebut sahaja cincin, "Oh..dah bertunang. Melepaih aku.." Saya kadang jadi kekok nak pakai cincin ni kerana persepsi orang yang melihat mungkin berubah. Jadi, apa yang jelasnya pertunangan itu semestnya dimulai dengan sebuah ikatan perjanjian dan sebagai tanda bukti melambangkan ikatan itu, sebentuk cincin dihadiahkan kepada kedua-dubelah pihak. (Alamak saya dah mula bercakap pasal pertunangan!! Abesla..)

Graduasi dan Dillema Cincin
Setiba saya di PICC, rasa bersyukur dapat kembali berjumpa rakan-rakan. Tapi...semua asyik menyebut pasal cincin saya. kadang-kadang pening jugak dibuatnya. Nak jawab ke tak nak??? Boleh jadi bingung. Tapi sebagai sahabat, bergurau senda itu sudah menjadi satu kebiasaan dan masing-masing saling memahami. Uhkuwah yang terjalin mendewasakan diri. Alhamdulillah.
Seorang sahabat bertanya, "Amin, bila mau kahwin?" Dengan selamba saya menjawab, "Umur 25 tahun." ....................(GULP)..................
Pertunangan bukan ALASAN
Saya membaca buku "Magic of Thinking Big". Manusia seringkali menggunakan berbagai-bagai alasan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak moral dan agama. Untuk bebas, kita sanggup memberi alasan. Orang-orang seperti ini disebut 'cukup makan' sebab mereka tidak memandang jauh ke hadapan, kata buku tersebut.

Realitinya, begitulah apa yang berlaku. Jika pertunangan dijadikan ALASAN sebagai wasilah untuk berjumpa, bertemu, berdua-duaan, maka saya sifatkan ianya macam orang yang 'Cukup2 makan' (tak kenyang la kot, mungkin) hehe. Saya tidak mengkritik individu, tapi saya mengkritik sikap dan tindakan sesetengah yang menjadikan alasan untuk membuat yang 'Over2'.  Bukan salah untuk bertunang, tapi pastikan cukupkan ILMU yang selengkapnya, tahu selok-belok perhubungan yang dianjurkan. Bukan pakai main redah ja. (sori ayat yang sarkastik)

Hukum dan Hikmah
Setiap hukum yang wujud tak lari dek Hikmah. Hukum terbentuk atas sebab Hikmah ia diwujudkan. Maka apabila hukum itu difahami, maka renung-renunglah hikmahnya yang kadang-kadang kita tak nampak.Mudah dan jelas saranan ini.

Kesimpulan CINCIN VS PERTUNANGAN

  • Persepsi orang sukar diubah dan sentiasa berubah.
  • Dan makluman: SAYA KALAU BOLEH MENGHARAPKAN CINCIN SAYA IALAH CINCIN TUNANG, FULLSTOP! hehe
  • Bagi yang sudah bertunang, jagalah akhlah sebagai seorang Sahsiatul Muslim. 
  • Sematkan diri untuk meneruskan persediaan agar tanggungajawab yang mendatang dapat dipikul dengan sebaiknya.
  • Peliharalah diri dari sebarang maksiat, untuk kedua-dua insan, jagalah batasan yang digariskan. Kelak kalian pasti merasai HIKMAH itu tatkala hijab dibuka, dan akad nikah bermula. :)
  • Barakallahulakum buat sahabat yang bertunang, moga kekal abadi dunia akhirat. InsyaAllah. 

P/S: Doakan juga untuk saya agar dipermudahkan jodoh. ^_^



Blogger Templates

24 comments:

Akmal Hayat said...

calon dh ada kn?
cuma dok main aci smunyi ngan suma orang..
haha..

Akmal Hayat said...

following

Amin Rukaini Mustafa said...

Calon byk jer akmal. =P

Masa je tak sesuai. sampai masa, aku open the table jer. bukan nak sembunyi2 mcm ang. malu2 kucing. hehe

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

Salam ziarah~

haha...expected post from an ex-KMBian... anyway, semoga cepat bertemu jodoh..(menjawab p/s di atas)

(^_^) jodoh pertemuan di tgn Allah dengan usaha dri hamba-Nya..

p/s : nak kawen jemput ek!

hanis fozi said...

eh amin..cincin..

Akmal Hayat said...

aida:

jgan generalize things.. it shud be..
"expected post from Amin Rox"

=D

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hahah...nak tergelak bace comment org2 di atas..

hurm,ok saye nk bertunang esok!hahaha..

amin,betol ke dlm islam,bile da bertunang,si pompuan xley bgtau org??

yup2,selamat buat kawan2 yg telah bertunang..

Akmal Hayat said...

bukan xleh gitau orang..

cmni sbenarnya (kowt)

pasal pertunangan tu xleh heboh2 jek..sebab takut aib bila tiba2 putus tunang especially kat pihak perempuan..

dan kalau tiba2 pempuan yg dh bertunang ni dilamar org lain, then, dia boleh bagitawu yang dia dah bertunang..

or bila keadaan terlalu mendesak kot..

wallahu a'alam

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Thanks to akmal hayat kerna tolong menjawab. baru nak jawab td. hehe, betulla tu,
dari seg syarak bertunang hanya persetujuan si laki n si perempuan untuk berkahwin. tapi dari segi uruf nya di malaysia mmg kena ada cincin apa semua.

dan tidak dianjurkan dihebohkan. untuk jaga aib kedua2 pihak terutama belah wanita, andai kata pertunangan (khitbah) itu terputus.

Maloo wo! hehe

Kredit to akmal hayat!

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Aisya Humaira: Haha, budak ex-kmbianz mmg catu kan, suka jer tunang2, kawen2. :P

>>hanis: haah, cincin, lawa kan??

ffh said...

napa orang suka tunang awal?bukan awal sgt keee:(

:)

Akmal Hayat said...

cuba laa try ann.. :D

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Petite girl: awal is relative actually dan sgt subjective.

Tapi of course masing2 ada hujah la.

Ni beberapa reasons yg selalu didengari:

- Awal best, tak payah nak fikir2 dah nanti

- takut 'terlepas'

-Ikut trend (senior)

- Sja nak menunjuk (yg ni kes terpencil)

- Nak nampak matang (ye la kot)

-Nak ikut sunnah (errr, ini susah nak jumpa)

-Latihn untuk bertanggungjawab (mungkin)

- Alasan (seperti saya kata)

- Sebab nak kawen awal (kot)

hehe, basically, byk reasons... so, its up to us.

Anonymous said...

hai amin ckp calon banyak, marah kang pulak ehem3.

(^_^)

p.s jom allahumma balighna ramadhan.. :)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Fazli: Camna fazli?? camne2??

haha, takpa dia memahami kot. :P

...zUlaIkHA... said...

Bertunang...biasela tu apetah lg sekarang ni kerajaan merendahkan had umur untuk berkahwin~~wee~~

nway..teringat kat cerita seorang sahabat ni tentang cincin...
nenek dia menghadiahkan dia sebentuk cincin tapi dia tak pakai coz alasan dia,
"takut nanti xde orang nak!"
so,nenek dia yg sensitif ni pun terasalah...jadi saya pun mencadangkan pada dia untuk pakai cincin tu depan nenek dia je,then bila nenek dia xde depan dia tanggallah balik cincin tu...huhu..
kami sama-sama merasakan jahat gak cadangan tu...(^_^)

so any better idea?

malas update blog suka baca org nya blog.. said...

salam...

huhu..bkn ex-KMB ja ska cita sai kawen2 ni...mmg dh umoQ cam kita ni itulah yg jd topik..(sesetengah org)

besala..klu org dlu2..kween awai..

org la ni ja..lambat matang prangai..jd..mak ayah xhrp..dri sndri pn xharap..

tp jodoh Allah yg tntu..

moga si penulis jmpak la jodohnya t..^_^

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Zulaikha: haha, itu mmg patut berlaku kat perempuan la. Even kalo laki pun ada trauma macam tu.
Katanya nanti 'saham jatuh'. haha, ada pa ntah ngn saham.

Tapi jawapan paling senang terhadap masalah tu: Dia bergantung kepada diri sendiri. Soal persepsi orang tu nombor dua. Jika diri betul2 ikhlas nak pkai, pkai je la.

Bab nanti orang pendang serong tu xda hal, rasanya lagi bagus sebagai seorang perempuan, of course tak ramai laki berani kacau. Barulah jadi mawar berduri. Tapi bab takut takda jodoh tu, takkot, jodoh pasti datang, pasti ada kumbang yang hadir bertanyakan. Kena yakin juga la. ^_^

(mcam pkar pulak bab ni, padahal xda experience pun)

Amin Rukaini Mustafa said...

Kepada orang yang malas update tapi suka baca blog orang:

hehe, thanks kerna sudi bagi komen.
Betul2, rasanya mostly akan ckp benda yg sama. Mungkin secara biological fitrahnya,ini la masanya.

Orang dulu2 suka kawen awal, even umur 15 tahun dah kawen, kagum2. Tapi mgkin cabaran mereka len cket. Xda desakan untuk pendidikan dan lain2.

Kita pula dengan desakan pendidikan. Tapi alangkah bagus jika kerajaan menggalakkan perkahwinan awal. At least dapat juga terbendung maslah bejat sosial yg sgt teruk skunk. Logik kot. Dulu kes2 buang bayi mana ada sgt. Tambah2 skunk ni ancaman perang pemikiran berlambak2. patut skunk la ora ng kawen awal. ^_^ sekdar pendapat.

Hidayatullah said...

jom lmbe sape kawin dlu.. tp ak xnk join..ha3

malas update blog suka baca org nya blog.. said...

setuju 2 amin rox....btui...even klu kaween awai la kan ...setengah org kata kween awai tapi last2 cerai..tapi it's even better than zina...last2 baby2 xbedosa jadi mangsa...

hai..T_T..rasanya amin rox kna tulih artikel kwen awai..dak pn ajak geng2 wat srt kat krajaan ..galakn kaween awai..

rasanya tgh duk isu ni kn la ni kat msia..??..perak nya mufti..ntah la..sy pn xsure..dh lama xupdate sai brita msia..T_T

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Yard: Ai.. yadrd, semangat jer bila sebut pasal kawen nawh. Pastu buat2 tak nak ngaku lak. :P hehe.


>>malas update blog suka baca org nya blog:

Haha, insyaAllah akan diusahakan untuk menulis tentang isu kahwin awal. tapi perlukan masa sedikit, sekarang tgh sibuk nak handle entry univeristy. Doa2kan agar dipermudahkan. :)

Juga insyaAllah, skunk juga tgh membuat satu projek mini akan satu kajian berkenaan cabaran pemuda pemudi masa kini dan akan dipublishkan di blog ini nnti, jangn lupa ikuti hasil kajian ringkas tersebut. Sekadar tatapan umum bersama2. ^_^

"Pemuda Pemudi Akar Pohon Buah yang Manis"

ffh said...

paya aka akmal hayat : cikgu fizik saya pernah berkata, hidup ini luas:)

amin : individu tu sendiri kan.depends then.the world is big though to explore:)

Ckin Kembaq said...

sy pun penah gak jadi cmni..saja pakai cincin..tup..tup..kata dah berpunya..hadoih..pening..smpai lecturer tgur.."Aii,cincin tunang ka?"hehe jenuh kalu cmni..start tu, dah tak pkai cncin g klas..n_n

p/s : jemput singgah ke blog naa..