Saya ialah seorang yang suka mengambil keputusan lain dari orang lain tapi dengan bermatlamatkan jelas. Setiap tindakan yang akan dibuat seharusnya dirancang dengan sejelas-jelasnya.
Sejak memasuki alam remaja, saya melihat orang yang mampu maju ke hadapan ialah mereka yang mampu menetapkan matlamat sejauh mungkin dan berbeza dari kebiasaan manusia dan kemudiannya mencuba sebaik mungkin untuk mencapainya.
Hal ini boleh diperaktikkan dalam mana-mana bidang ilmu, mahupun aspek kejayaan yang disebut oleh agama Islam itu sendiri. Kita melihat bahawa Rasulullah cuba menetapkan agak kita mempunyai pandangan yang jauh. Sirahnya ialah semasa baginda cuba memecahkan batu yang besar semasa menggali lubang sebelum perang Khandak, baginda memberitahu para sahabat yang Islam akan mencapai kemenangan di Parsi dan Rom.Hebat.
Dalam setiap matlamat, perlulah setinggi mungkin (bererti mampu dicapai). Ambillah keputusan yang luar biasa dari yang biasa. Hapuskan sikap was-was dan penakut dalam diri dengan menyematkan nilai positif.
Yakinlah bahawa dengan bermain dengan minda bawah sedar kita, kita sebenarnya membentuk keyakinan dan keyakinan ini membuahkan satu paradigma yang sangat kuat dalam hidup kita. Ia mempengaruhi bagaimana cara kita berfikir dan bertindak. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendirilah yang mengubahnya. :)
Selamat mencuba!
"Insan yang berwawasan ialah insan yang mampu menggambarkan dan melihat masa hadapan dengan jelas dan terperinci! "
1 comments:
Very good, Amin!
Kita tak boleh asyik ikut orang; kalau semua orang makan tahi, takkan kita pun nak makan tahi?
Post a Comment