Monday, August 23, 2010

Buang Bayi: Di Mana Silapnya??

Saya bukanlah pakar perunding sosial yang berbelakangkan ijazah mahupun berstatus Dr. falsafah bagi membincangkan isu kes pembuangan bayi yang secara logiknya dan jelasnya saya sifatkan sebagai sedah mencapai tahap paling kritikal.

Statistik Cket!
Berita kini memaklumkan kepada umum bahawa jumlah keseluruhan kes buang bayi yang berdaftar mencecah 63 kes. Secara puratanya, setiap bulan akan berlaku kes buang bayi seramai 5 orang bayi, hal ini bererti dalam masa seminggu, seorang bayi akan dibuang begitu sahaja dan memungkinkan kematian. Itu tafsiran secara statistik yang berdaftar, tapi yakinlah kita bahawa angka ini sebenarnya pasti lebih besar jika dibandingkan dengan apa yang kita baca.

Realitinya
Yang terlihat pula ialah hanya kes buang bayi, dan sudah tentu ianya hasil daripada hubungan yang haram, jika tidak mengapa perlu mereka si ibu mahupun bapa sanggup membuang begitu sahaja. Jadi di sini dapat dirumuskan bahawa, selain kes buang bayi, kes zina dan seks bebas sudah pasti berlipat kali ganda kerana saya yakin bahawa tidak semua kes zina melibatkan kehamilan, mungkin disebabkan langkah selamat yang telah diambil. Namun begitu, perlu diingat bahawa kebanyakan kes yang terjadi adalah melibatkan golongan muda-mudi sebaya saya, dan mungkin juga anda pembaca. Inilah yang perlu menakutkan kita semua.

Persoalan Lazim
Persoalan lazimnya, mengapakah ini semua berlaku? Dan kenapakah semua kes melibatkan orang Melayu yang kita gelar sebagai Islam mengikut perundangan Malaysia? Berlakunya benda ini secara lain tidak bukan disebabkan keruntuhan akhlak yang teruk. Didikan atau tarbiyah dari keluarga yang mengabaikan didikan moral dan Islam cukup jelas menjadi faktor keruntuhan ini. Ibu bapa yang kurang menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sudah pasti membiarkan anak-anak mereka bebas melakukan apa sahaja. Juga keruntuhan sistem keluarga yang menjadi teras ketenangan turut memaksa anak-anak mencari teman hidup bagi melepaskan tekanan perasaan mereka.

Hasil soal selidik saya terhadap beberapa individu sayang sebaya saya melalui kajian tesis saya, saya mendapati bahawa masalah-masalah berikut mungkin mempunyai perkaitan yang jelas terhadap faktor yang sedang dibincangkan:

  • Keinginan Seks yang memuncak
  • Hedonisme
  • Pornografi
  • Dunia artis
  • Materialism
  • Pergaulan bebas
  • Liberalism
  • Internet
  • Liberalism
  • Budaya Liar

Kenapa Melayu
Kes yang terlibat sudah pasti melibatkan golongan muda-mudi yang pada kad pengenalannya beragama Islam. Hal ini kerana jika difikirkan, masing-masing memahami bahawa anak yang lahir di luar pernikahan menjadi satu kutukan masyarakat kerana ianya sememangnya bertentangan dengan nilai mora umat Islam khususnya orang Melayu Islam di Malaysia. Jadi, apabila seudah terlajur, saya yakin mereka tidak dapat berfikir secara rasional dengan kadar umur masing-masing yang masin belum cukup matang untuk berfikir secara sedemikian rupa. Maka dibuanglah bayi-bayi tersebut sewenang-wenangnya seperti sampah yang menggerunkan.

Saya dan Mereka
Sebagai seorang yang berpendidikan dan mempunyai prinsip hidup, melihat kepada apa yang sedang berlaku adalah satu tamparan hebat kepada diri saya kerana hal ini ada perkaitan dengan saudara seumur saya, maka menjadi satu bebanan juga terhadap diri saya untuk menyedarkan sesetengah golongan agar mampu sedar dengan lebih awal bagi menghindari kes ini daripada terus berlaku. Secara jujurnya, kes yang berlaku bukan satu perkara yang remeh, tapi saya yakin dengan penglibatan semua pihak ianya mampu ditangani.

Bahu dan Jari
Masalahnya, kebanyakan pihak hari ini mampu melepaskan tangan dengan menuding jari kepada orang lain, padahal mereka tidak sedar bahawa tugas melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalah di bahu masing-masing. Ya, Di bahu masing-masing, bukan di bahu pihak kerajaan, bukan di bahu jabatan-jabatan agama Islam sahaja! Konsep Total Culture Management ini perlu dipupuk dalam diri kita, kitalah agen perubah. Kita jualah yang bakal merasai kesannya.



 Kempen Perkahwinan: mungkin penyelesaiannya

Sekadar Pendapat
Jika ditanya pendapat saya, kerajaan patut sudah melancarkan kempen kahwin awal kerana ianya bukan sahaja mampu mengelakkan kes-kes zina, malahan mampu mengatasi kes buang bayi dengan efektif di samping menjadi agen pembangunan modal insan bagi abad 2020. Dana yang sesuai perli diberi bagi memperuntukkan permbentukan dan kefahaman bagi pasangan-pasangan yang ingin berkahwin dalam usaha mengelakkan kes perceraian dan sebagainya. Ibu bapa pula perlu lebih terbuka dalam membincangkan hal ini, manakala individu-individu yang ingin berkahwin tidak perlu meletakkan pandangan negatif terhadap perkahwinan terutamanya dari aspek kewangan dan status umur, Paradigma Baru perlu dibentuk jika tindakan ini ingin dilaksanakan.

Saya yakin dan saya dapat melihat pada abad itu, semuanya mampu tersenyum. (walaupun saya yakin pasti wujud perdebatan hangit sekiranya isu ini diketengahkan ke parlimen, pasti ramai yang membantah kerana mereka hanya memikirkan kesan jangka pendek dan kepentingan peribadi)

Banyak yang boleh dibentuk dengan baik jika perancagan teliti dan guideline yang sewajarnya dibuat.

Akhir kata, bernikah bukanlah untuk mengelakkan Zina dan kes buang anak, tapi fikirlah pasal makan minum anak-anak, didikan anak, kain lampin, solat jemaah, tarbiyah yang berterusan agar dengan itu lahirlah generasi yang menegakkan kebenaran dan keadilan. Ianya menjadi Sunnah kehidupan. Wallahualam
Blogger Templates

18 comments:

ﺧﻳﺮﺍﻟﻌﺎﻣﻟﻳﻦ said...

(T.T)

pantuni-ال said...

Pada PENDAPAT saya...

Saya KURANG SETUJU dengan kahwin awal. Harus difahami bahawa BANYAK (emphasis) BELIA LELAKI MELAYU zaman sekarang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan TIDAK BERFIKIRAN JAUH (justification: majoriti penghuni di pusat serenti ialah LELAKI MELAYU). Sekiranya kahwin awal, sikap TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ini akan mengakibatkan institusi keluarga menjadi lebih huru-hara. Perbincangan kahwin awal ini pernah dipaparkan di NST, dan terdapat seorang gadis remaja yang menceritakan kisah hidupnya yang malang kerana berkahwin awal (dia ditangkap berkhalwat, dan demi menjaga maruah keluarga, dia DIPAKSA kahwin).

Cuba fikir semula: KES BUANG BAYI majoritinya dilakukan oleh orang Melayu Islam. Kenapa bangsa lain kurang? Masalahnya ialah persepsi orang Melayu Islam (KITA) terhadap PEREMPUAN YANG BERANAK TANPA SUAMI. Kita memandang mereka umpama mereka itu jijik. Disebabkan kita suka memandang hina terhadap perempuan yang mempunyai anak luar nikah, mereka TERPAKSA menghapuskan bayi tersebut untuk menjaga maruah MEREKA dan KELUARGA. MALU! Sekiranya persepsi ini boleh dibuang (dan ianya amat susah), pasti perempuan-perempuan ini tidak akan membuang bayi mereka (di USA, anak luar nikah boleh dapat surat beranak - no questions asked. di Malaysia, macam mana si ibu nak terangkan kat Jabatan Pendaftaran Negara?)

Think about it...

...zUlaIkHA... said...

buatlah banyak mana pun kempen..tapi selagi tidak ada kempen untuk cater aqidah..maka tidak akan ada solusi yang efektif!

in my view..berkahwin bukanlah penyelesaian kepada masalah ni selagi pasangan itu berkahwin atas tuntutan nafsu..dan selagi mereka tidak memahami tujuan suci sebuah pernikahan tu...malah ia akan hanya menambahkan kadar perceraian di m'sia..(-_-)

untuk ibu2 di luar sana yang tidak mahukan baby yang dikandungnya itu..saya merayu..tolonglah hantar baby tu ke tempat perlindungan yg selamat..dan bukannya letakkan baby tu kat sungai/tong sampah/longkang..tempat2 tu x layak ntok baby yang innocent tu..tolonglah..xsanggup nk tengok berita..setiap hari mesti ade je kes buang bayi..sedey sangat..those cute babies deserve to live n to be loved...

Amin Rox said...

>>Pantuni: terima kasih kerana sudi memberi pendapat. Benar tidak dinafikan. Apa yg ingn saya katakan ialah bagi mereka yg benar2 berminat kerana saya yakin dalam kalangan mereka pasti wujud golongan ini. Sya berpandangan ke hadapan bahawa setiap masalah pasti diubati dari akar umbinya. Tidak bererti dengan perkahwinan bakal mewujudkan banyak lagi masalah. Apa yg diceritakan itu mungkinlah beberapa kes yang wujud. Walhal, bagi mereka yang kahwin lewat sekalipun kes perceraian, buang anak, pergaduhan banyak sahaja berlaku. Jadi mengapa perlu menimbulkan isu itu. Kita sedia faham, cumanya begini. dalam pelaksanaan sesuatu sistem, semstinya perlu ada GUIDELINE, dan guideline ini sudah pasti perlu diperlihatkan secara terperinci dahulu. Bukan pakai redah ja. sekadar pendapat.

Apa yang faham dari statement PAtuni, kita perlu memberikan status pendaftaran kepada anak2 luar nikah, mungkin baik. Tapi sedarkah kita bahawa kita bukan cuba menangani kes zina! bahkan meyebabkan ianya berlaku lagi. Sebab itu saya sifatkan perkahwinan sebagai pencegahan. Dah yang paling drastik sekali ialah hukuman sebat secara syarak, itu saya yakin akan efektif, tapi sejauhmanakah ia mampu dilakukan??? Jawablah..dengan politik dan msalahnya.


>>Zulaikha: Soal akidah, mungin betul dah itulah realitinya. bimbingan yang kurang dari keluarga sejak kecil lagi. Jika ingin meminta ibu2 menghantar anak2 mereka ke tempat2 yang sesuai, saya rasa itu suatu yang mustahil. mgkin mampu dilakukan tapi secara kolektifnya sya berpendapat tidak.

pantuni-ال said...

Well said, Zulaikha...

Tapi sekiranya baby itu membesar, kebarangkalian baby tu akan membesar menjadi belia bermasalah sangat tinggi, lebih-lebih lagi apabila mereka sedar mereka anak luar nikah (yang mana kebanyakan orang Melayu Islam tidak mahu).

LEGALIZING ABORTION mungkin akan membantu mengurangkan kes buang bayi. Walaupun ABORTION mungkin kedengaran kejam, buang bayi merata-rata (dan mati lemas/lapar/dimakan anjing) lebih kejam...

pantuni-ال said...

@ Amin: WELL SAID. :)

Amin Rox said...

>>Patuni: Tapi sy simpulkan secara ringkasnya, sudah masanya tindakan diambil. itu shaja, jika tak, tunggulah smpai masa waktunya, bala itu turun. maka pada masa itu tiada siapa yg mampu lagi bersuara.^_^

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

Hahah, amboi, sibuk berkempen nampak~
n_n

Suka untuk aku memetik anologi yang diberikan ustaz Hazizi Abd Rahman dalam blognya:

"Apakah yang akan anda lakukan jika atap rumah tiris? Mungkin langkah segera ialah sediakan bekas untuk menadah air hujan yang menitis. Tapi untuk jangka panjang, anda perlu baiki atap rumah itu, kerana di situ letaknya punca kejadian. Kebiasaannya, atap yang ditampal juga tidak tahan lama. Tukar atap baru, barulah selesai masalah."

Langkah kahwin segera ni, bagi akulah, mungkin hanya sebagai salah satu daripada bekas-bekas menadah air yang menitis tu.

Kesedaran dan pembaik pulih aqidah itu solusi utama.

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Melalui pemerhatian aku, kebanyakan kes-kes penceraian, keretakan rumah tangga, dera, dsb.; antara faktor utama yang menyebabkannya berlaku adalah perancangan yang tidak teliti dan persediaan yang kurang rapi sebelum mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih lagi perkahwinan yang dilangsungkan atas keinginan nafsu semata-mata, untuk berseronok, dan yang sama waktu dengannya lah... Kahwin awal atau kahwin lewat, kalau itulah tujuannya, alamat tak bahagialah rumah tangga tu...

Pada aku, soal perkahwinan ni perlu dibincangkan dengan kematangan, kematangan kedua-dua bakal mempelai dan rasional ibubapa.

Ramai yang boleh merancang untuk berkahwin tapi tak ramai yang boleh merancang untuk hidup selepas kahwin.

Ramai yang melihat keseronokan dalam hidup berumah tangga, tapi berapa ramai yang tahu tanggungjawab bila dah hidup berumah tangga?

Apa yang aku nak tekankan di sini, aku tak yakin remaja kita ni dah sampai kepada kematangan berfikir, biarpun umur dah mencecah 18, 19 tahun. Kalau umur macam ni masih lagi sibuk bermain game, sibuk bersembang tentang kartun, sibuk merempit, minta maaflah, perkahwinan tu jauh daripada menyelesaikan masalah.

Sekali lagi, aku nak tekankan, kita kembalikan pemuda-pemudi kita kepada hidup bersyariat.

Aku berdoa moga kita sama-sama diberi kekuatan untuk mencapai matlamat dakwah kita.

InsyaAllah, mudah-mudahan selesai segala masalah-masalah sosial yang membelenggu masyarakat kita sekarang ni.

Just a piece of my thoughts, my one cent worth of thought...

^_^.v.

petite girl said...

amin, lorghhh napa cina india tak buang baby?because for them it's ok ade anak out of wedlock.semua back to basics.humanity.education.first baby hatch bukannye baby malay pon,chinese .sebab parents baby tu nak anaknye di adopt not dead.

:)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

Erm, Amin...

Sekadar nak tahu,
kenapa diulang "Liberalisme" tu sampai 2 kali?

Nak tambah sikit:

If you don't want a baby, then don't make 'em!

Apa sebenarnya kemanusiaan yang selalu disebut-sebut orang ni ye?
Tertanya-tanya aku sampai ke hari ini...

Adakah sekadar kita tak membiarkan yang hidup itu mati?
Atau memberi hidup kepada yang tiada kehidupan?

Reality check.
Ada tak anak angkat yang mengesyorkan kepada orang ramai untuk menjadi anak angkat?
Pernah tak kita menyelami perasaan seorang anak angkat?

Anak kandung vs anak angkat, which one do YOU prefer?

Aku sungguh hairan lagi pelik. Ada pasangan yang dah bertahun-tahun berkahwin, tak dapat-dapat anak tapi yang tak berkahwin ni begitu subur sampai boleh dibuang pula anaknya.

Kalau kita ni bersungguh nak mengajar erti kemanusiaan dalam erti kata nak menghalang gejala buang anak ni, sepatutnya dari awal lagi jangan gatal nak semai benih. Kerana nanti hidup si anak tu yang bakal merana.

Cuba fikir-fikirkan, adakah wujud manusia yang sanggup hidupnya dilabel "terbuang".

Kalau anak angkat yang keluarga kandungnya tak mampu menjaganya, diserahkan kepada keluarga angkat, dalam kesedaran bahawa keluarga kandungnya masih lagi menyayanginya, ini LAIN daripada anak yang dibuang dan di"NAIK TARAF" menjadi anak angkat!

Kasihan aku kepada bayi-bayi yang dibuang ni. Mereka pula yang perlu menanggung akibat & dosa ibu dan ayah mereka.

Amin Rox said...

>>> Syahmi: haha, itu pendapat aku sebab aku rasa budak2 skunk yang buang anak tu bukan sebab diowang nak anak, tapi diowang nak kepuasan seks tapi taknak anak. tu ja, dan pada pendapat aku,setiap masalah mesti ada penawar. dan islam menggariskan, kalo dah tahan nafsu tuh, better kahwen atau pu puasa. Nak suruh diowang puasa ker, tahan nafsu tuh? agak2 berkesan ker kepada diowang? ^_^

Jadi Islam mneggariskan batas yg jelas, cumanya ia bergantung kpd pilihan masing2. Betullah, aku tak sangkal bahawa mmg akan wujud masalah kekeluargaan dan sebagainya. Tapi sebagai langkah bijak, penerapan pendidikan amatlah perlu dalam hal ni. Aku melihat satu sistem yang sgt berkesan, aku memamndang ke hadapan apabila suatu masa nnti perkahwinan itu sebagai jalan kluar menyelesaikan masalah yang 'terpendam' bahkan melatihkan diri kepada berdikari dan bertanggungjawab.

Masalahnya skarang ialai mereka tidak dipertanggungjawabkan dengan kerja2 or anything, jadi timbullah masalah tu, sekali lagi, tak semua yang akan ikut, but kalo ikut kaedah fekahnya, better than tidak.

Amin Rox said...

>>Petite girl: haha, agak la, lupa lak di situ, thanks ingatkan. ^_^

Amin Rox said...

>>Syahmi: haha, liberalism 2 kali?? tak perasan la, aku sebenarnya tgh buat satu kajian ringkas tentang faktor mempengaruhi sahhsia muda-mudi muslim, jadi hasil dapatan tu la aku guna. Yang senarai tuh hasil pertanyaan demi pertanyaan kpd beberapa orang individu. Just their opinion. tu yg berulang tu. :P

Kemanusiaan. hurm. mgkin untuk memberi peluang untuk terus hidup dengan selesa. Hak kesamarataan dari aspek sruvival. kot. hehe.

Macam aku kata diowang bukannya nak buat anak, Tapi nak SEKS. tu jer. ITu masalah yang jelas lagi bersuluh setakat ni. Aku tatau la kot2 sebelum depa buat benda tuh, boleh sempat tnya, "mahu anak ke tak?" "Nak.." "Jom!" -_-"


Masalah ini ialah berkenaan dengan iman dan akidah la. Mereka sedar tindakan mereka salah, anak yg dilahirkan itu mmg halal dan berhak hidup, tapi masalahnya mereka tidak mampu menerima hakikat mereka telah terlanjur dan tidak ingin dilihat oleh msyarakat.

Aku tidak berpendapat supaya memberi pendidikan tentang bagaimana nak elakkan permbuangan anak luar nikah. tapi aku melihat bagaimana nak elakkan kes zina!Menyelami asal usul masalah.

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

whoah, chill Amin, chill~

saja nak test ang~

^_^

stumbled upon an article at Al-Ahkam.net, written by Nasrudin Hassan At Tantawi: Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

Amin Rox said...

haha, kan aku dah kata, idea aku bukan berseorangan, orang yang mampu melihat ke hadapan sahja faham. Anyway, thanks syahmi, bolehlah aku masukkan ke dalam post yg seterusnya link yg ang bagi!

Pantuni, inilah yg ini sya maksudkan, sedangkan ulama pun berfikiran demikian. Kita harus menggunakan kaedah yang benar2 telah digariskan islam. Sebagai doktor, dionogsis yang terhasil sehaurnya diteliti dengan sebaiknya, dan solusi yang terbaik ialah mencari punca terjadinya dan membiarkan barah itu merawat degan sendirinya (fitrahnya). :)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

Personality profile aku ISTJ.
So, aku terima idea yang disokong dengan bukti yang kukuh.
Without proper explanation, aku susah nak terima idea tersebut.
Well, I tend to stick with what's already there.
Have to admit, I am quite the conservative type.


Entahlah, aku masih rasa yang kahwin awal tak sama dengan mudah kahwin. From my understanding, these are two different things, in concept and in practical.

Jadi, minta maaf la atas kedegilan aku, it's just me~
n_n

Apa yang aku dapat simpulkan, pada akarnya semua mengatakan benda yang sama, melihat sumber masalah yang sama.

Jauhi zina. Katakan TAK NAK pada ZINA!

^_^.v.

Tapi aku nampak, solusi yang disediakan di negara kita ni, e.g. baby-hatch, sekolah hamil, etc.; tak menuju kepada sumber tu tapi seolah-olah cuba melarikan diri daripadanya.
Hmm....
-_-"

Amin Rox said...

Hurm, aku INTJ, seorang yang melihat secara analytical, mempunyai idea yg jelas yg hanya mampu difahami diri sendiri, tapi sukar nak jelaskan kepada orang lain, sukar mnggunakan ayat yg tepat.

Bagi aku kahwen awal=permudahkan kawen,
jika permudahkan kahwen maka orang akan kahwin awal. Orang permudahkan kahwin just untuk orang yg susah nak kawen mcm golongan muda-mudi. :P

Tapi kesimpulannya aku melihat, idea aku ada sokongan. Bererti memang pernah difikir oleh orang len. ^_^
Ada kekuatan untuk dialksanakan, cuma macamana dan bagaimana untuk diperhalusi sahaja.

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hurm...saye rase,ini salah saye juga kerana tidak cukup menyebarkan dan mengamalakn islam dgn sebenarnya.