Tuesday, August 10, 2010

Komentari Peribadi Bumi Cinta

Saya terperuk hampir dua hari di dalam bilik menghabiskan Novel yang dibeli di MPH alamanda selepas majlis graduasi baru-baru ini. Sebelum ini saya hanya melihat di facebook di mana kawan-kawn asyik men'tag' orang lain menunjukkan novel Bumi cinta yang dibeli. Saya tidak melepaskan peluang untuk membelinya juga. ^_^
 Buku yang dibeli, terperuk di bilik dua hari!


Muka depan Novel Bumi Cinta

Atas cadangan seorang rakan, saya menulis juga komentari akan Novel Bumi Cinta karya Habiburahman El Shirazy. Saya berjaya menghabiskan bacaan dalam masa 1 hari setengah sahaja! (rekod peribadi) Jadi dengan segala ilmu yang saya pelajari semasa di IB KMB digunakan serba sedikit. Sekadar berkongsi pendapat dan idea.

Sinopsis
Memandangkan ianya sinopsis, saya pendekkan sebaik mungkin. Novel ini berkisah seorang mahasiswa dari Madinah, bernama Ayyas yang telah berhijrah sementara ke Rusia demi membuat satu kajian sejarah akan perkembangan Islam di Rusia. Jadi, semasa keberadaannya di sana, dia menghadapi pelbagai rintangan (nak tahu baca sendiri la) sebagai seorang pemuda muslim. Dan beliau akhirnya berjaya membawa beberapa perubahan hidup terhadap rakan-rakannya yang bukan Islam untuk mengenali Islam dengan lebih dekat seterusnya menjadikan Islam agama yang dianuti.

Konotasi BUMI CINTA

Bumi = tempat tinggal manusia 
Cinta = perasaan suka yang muncul dari lubuk hati


Bumi Cinta sebenarnya diertikan kepada kehidupan dunia yang membawa kepada kehidupan yang abadi penuh dengan kasih sayang dan kecintaan.

Tema
Cabaran seorang pemuda dalam mempertahankan akidah dan maruah diri semasa berada di sebuah negara yang penuh dengan cabaran yang meruntun hawa nafsu dan fitrah seorang pemuda serta kesungguhan dalam meneruskan pelajaran dan menegakkan agama Allah.

Persoalan
  • Keimanan mampu mendorong manusia ke arah jalan yang lurus
  • Peristiwa Nabi Yusuf dan Zulaikha
  • Isu Palestin dan kekejaman Zionis
  • Perancangan Rejim Zionis yang keji dalam menjatuhkan umat Islam di Rusia
  • Kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak jagaanya
  • Kepetahan berhujah menarik minat orang bukan Islam mengkaji Islam
  • Persepsi buruk orang bukan Islam terhadap Islam
  • Hubungan persahabatan yang akrab membawa kepada keutuhan akidah
  • Cinta yang merentasi akidah
  • Kesungguhan dalam mendapatkan taubat nasuha
  • Keindahan bumi ciptaan Tuhan
  • Islam yang bertapak di Rusia
  • Sejarah Rusia dan pemimpin-pemimpin besarnya
  • Kekuasaan pengaruh mafia yang berleluasa
dan macam-macam lagi! (Baca jangan tak baca)

Latar
Tempat: Moscow, Russia
Masa: Sekitar tahun 2006-2007 (mungkin)

Masyarakat:
  • Rakyat Indonesia yang bermastautin di Moscow
  • Rakyat Rusia yang tidak percaya kepada tuhan
  • Rakyat Palestin 
  • Golongan rakyat tempatan
  • Golongan Mafia
  • Golongan pelacur
  • Golongan Islam yang hanya namanya sahaja Islam
  • Golongan bijak pandai
Watak-watak
Ayyas (watak utama)
Devid
Linor (sofia ezzudin selepas islam)
Yelena
Pak Joko
Doktor Anestasia
Profesor Tomski
Makcik Maggreta

Kritikan sosial
  • Kebejatan agama bagi orang Islam yang meninggalkan Islam
  • Sistem Pentadbiran Rusia dan Indonesia yang banyak korupsi
  • Ketidakupayaan golongan muda mudi dalam mengatasi syahwat
  • Tugas dan tanggungjawab yang tidak dijalankan oleh umat Islam dalam menjelaskan hakikat kebenaran Islam kepada bukan orang bukan Islam
  • Golongan pelajar yang tidak menyediakan kekuatan diri dan rohani yang kuat bagi menghadapi cabaran di luar negara
  • Isu palestin yang selalu diendahkan masyarakat dunia
  • para pemimpin yang banyak terlibat dengan demokrasi wang

Teknik dan Gaya kepengarangan Habiburahmah El Shirazy
Secara ringkas, dari aspek luaranya, pengarang masih mengekalkan ciri-ciri kepengarangannya dengan memasukkan elemen-elemen seperti Teknik Minda Bawah Sedar (Mimpi), Unsur saspen yang banyak, Petikan hadis dan dalil-dalil, bahasa-bahasa asing bagi mewujudkan latar masa, tempat dan masyarakat, Penamat cerita yang tergantung, sudut pandangan orang ketiga serba tahu, dan menjadikan watak utama sebagai idola masyarakat.Novel ini turut dibahagikan kepada 40 buah topik bagi memudahkan aspek penceritaan.


Kesimpulan dan Pendapat Penulis
Secara ringkasnya, Novel Bumi Cinta sebenarnya adalah kesinambungan dari tadabbur surah Al Anfal ayat 45 -47 yang seringkali kita dengar.

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. 46 Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. 47 Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud ria kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.
 
Dalam konteks duni sekarang, musuh bukan lagi hanya berbentuk peperangan seperti zaman para sahabat, tapi kini ia terdiri dari pelbagai bentuk seperti hawa nafsu yang mencengkam, godaan wanita cantik, pornografi, pergaulan bebas dan lain-lain.

Maka pada pendapat penulis, pengarang cuba mewujudkan watak contoh bagi para pemuda pemudi agar dapat dicontohi keteguhan iman dan takwa dan menghadapi situasi-situasi yang reliti terutamanya golongan yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya kagum dengan sikap pengarang yang cuba membawa generasi sekarang ke arah pembentukan akhlak melalui novel-novelnya. Jika sebelum ini banyak lagi novel-nolvenya seperti Ayat-ayat cinta, Bila Cinta Bertasbih dan sebagainya. Mungkin sesetengah pihak menganggap novel ini berbentuk novel popular maka kuranglah tahap ilmiahnya.

Secara pendapat peribadi, setiap novel yang dikeluarkan Kang Abik membawa satu imej yang mempunya ibrah bagi pemuda pemudi. Cuma sesetengah pihak tidak melihat dengan mata hati nilai dari al-quran yang ingin disampaikan.

Ayat-ayat cinta membawa mesej daru surah Az-Zukhruf, Ayat 67: "teman-teman akrab (yang berkasih-kasihan) pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang yang bertakwa"

Orang yang tidak memahami mungkinb menganggap Novel Ayat-ayat Cinta ialah novel jiwang. Padahal tidak mereka tahu bahawa mesej sebenarnya ialah berbentuk ayat di atas, sangat jelas lagi terang!

Bila Cinta bertasbih pula, mungkin ada yang masih mengaitkan dengan percintaan, mungkin. Tapi pada pandangan peribadi saya, Pengarang sengaja mewujudkan unsur tersebut bagi menarik golongan muda mudi untuk membaca dengan sebenarnya mempunyai maksud lain untuk menyampaikan mesejnya, iaitu dapat dipetik dari surah At-taubah ayat 105: "dan katakanlah, "bekerjalah kamu, maka Allah dan rasul-Nya,serta mukmin akan melihat pekerjaanmu itu..
Ayat ini pula sebenarnya menggesa golongan pemuda pemudi agar terus berusaha gigih yang jelas ditonjolkan dalam novel bila cinta bertasbih.


Habiburrahman El Shirazy Pengarang Bermisi dan bervisi
Jadi, apa yang dapat disimpulkan ialah, pengarang merupakan orang yang bermisi dan bervisi dalam menyemat arahan ayat Alquran melalui medium sastera. Denagn tadabbur ayat-ayat al-Quran beliau ternyata berjaya menyelitkan unsur tersebut ke dalam hasil karyanya.

Kritikan Terhadap Pengaran-pengaran Luar
Saya lebih berterus terang untuk menyatakan bahawa, adakah lebih elok jika pengarang-pengarang di luar cuba menggunakan ideologi dan fahaman Alquran diselitkan ke dalam novel-novel mahupun karya-karya. Apa yang terjadi hari ini ialah, saya lebih melihat kepada pengarang pada hari ini lebih menggunakan fahaman pemikiran mereka sendiri berbanding rujukan sumber utama, Al-quran dan Hadis, agak menakutkan, tapi itulah realiti. Walaubagaimanapun usaha-usaha para sasterawan amat dihargai walaupun kita difahami tiada karya yang sempurna dan lengkap melainkan karya Allah SWT, iaitu AlQuran.
Wallahualam. ^_^

8 comments:

Akmal Hayat said...

adik aku beli jugak~

T_T

ﺧﻳﺮﺍﻟﻌﺎﻣﻟﻳﻦ said...

wah siap buat kajian sastera lagi..bagus3..gaya bahsa ngan nilai dn pengajaran takder ker..?hehe

Amin Rukaini Mustafa said...

>>akmal: haha, tunggu apa lagi? bacalah!

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Amilin: Haha, IB katakan. Gaya bhasa xde la, itu aspek luaran, tak penting sgt. Yg penting aspek dalaman dia.

Nilai n pengajran? hurm, itu kena baca sendiri baru dapat. Xley la na ceta semua, stgi tak suprise. :P

Akmal Hayat said...

owh..itu hampir mustahil~

Atikah Nur Dzulkhefli said...

nk bace bile tah..tak tau lah..tunggu org bagi je la..hahah(punyelah kedekut beli buku)..iskh3..

...zUlaIkHA... said...

zulaikha likes this!!!

Habiburrahman menggunakan approach favorite muda mudi zaman sekarang iaitu cinta..walaupun kebanyakan novel beliau syadid belaka namun harus diakui novel-novel beliau berjaya menyuntik semangat kita untuk menjadi lebih baik kan...

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Akmal Hayat: Garapkan misi tak muastahil; =P

>>Atik: haha, tunggu je dua tiga tahun lagi, kuar ar movie, takyah baca buku. Tapi tak feeling la. :P

>>Zulaikha:Hehe, Cinta. Hanya orang2 berjiwa kebun je yg sanggup baca novel nih. ngeh4.