Showing posts with label Tunang. Show all posts
Showing posts with label Tunang. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Kisah CINCIN & PERTUNANGAN

Kisah CINCIN dan PERTUNANGAN

Case I
Pernah saya ditegur oleh seorang senior: "Eit, Amin, dah bercincin ya dijari enta, tak mau cerita kepada ana ker?" Saya terkedu. Senyum

Case II
Ketika bersalam dengan seorang sahabat, " Eh, Cincin..." Dia tersenyum sengih. "Cepatlah cerita kat aku weyh, ko ni..." Saya terkedu senyap. Sengih juga.

Case III
Lagi seorang sahabat berkata, " Ai..amin..dan bercincin nampak. Tak bagitau aku pape pun, camni kawan.." Sekali saya terkedu. Senyap.

Case IV
"Amin, kenapa tak angkat tangan kanan ko?? hehehehe.. Ada cincin ek.." =P Saya tersenyum sengih jugak. senyap.

Sketsa di atas ini saya jumpa beberapa bulan ini, untuk lebih jelas inilah cincin yang dimaksudkan.


Cincin Berbatu Fairuz bertatahkan Silver.

Sebut Cincin = Tunang??
Saya cuba membuat kesimpulan yang berbentuk deduksi, bahawa cincin sebenarnya memberi kesan yang kuat terhadap golongan masyarakat (golongan muda). Sebut sahaja cincin, "Oh..dah bertunang. Melepaih aku.." Saya kadang jadi kekok nak pakai cincin ni kerana persepsi orang yang melihat mungkin berubah. Jadi, apa yang jelasnya pertunangan itu semestnya dimulai dengan sebuah ikatan perjanjian dan sebagai tanda bukti melambangkan ikatan itu, sebentuk cincin dihadiahkan kepada kedua-dubelah pihak. (Alamak saya dah mula bercakap pasal pertunangan!! Abesla..)

Graduasi dan Dillema Cincin
Setiba saya di PICC, rasa bersyukur dapat kembali berjumpa rakan-rakan. Tapi...semua asyik menyebut pasal cincin saya. kadang-kadang pening jugak dibuatnya. Nak jawab ke tak nak??? Boleh jadi bingung. Tapi sebagai sahabat, bergurau senda itu sudah menjadi satu kebiasaan dan masing-masing saling memahami. Uhkuwah yang terjalin mendewasakan diri. Alhamdulillah.
Seorang sahabat bertanya, "Amin, bila mau kahwin?" Dengan selamba saya menjawab, "Umur 25 tahun." ....................(GULP)..................
Pertunangan bukan ALASAN
Saya membaca buku "Magic of Thinking Big". Manusia seringkali menggunakan berbagai-bagai alasan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak moral dan agama. Untuk bebas, kita sanggup memberi alasan. Orang-orang seperti ini disebut 'cukup makan' sebab mereka tidak memandang jauh ke hadapan, kata buku tersebut.

Realitinya, begitulah apa yang berlaku. Jika pertunangan dijadikan ALASAN sebagai wasilah untuk berjumpa, bertemu, berdua-duaan, maka saya sifatkan ianya macam orang yang 'Cukup2 makan' (tak kenyang la kot, mungkin) hehe. Saya tidak mengkritik individu, tapi saya mengkritik sikap dan tindakan sesetengah yang menjadikan alasan untuk membuat yang 'Over2'.  Bukan salah untuk bertunang, tapi pastikan cukupkan ILMU yang selengkapnya, tahu selok-belok perhubungan yang dianjurkan. Bukan pakai main redah ja. (sori ayat yang sarkastik)

Hukum dan Hikmah
Setiap hukum yang wujud tak lari dek Hikmah. Hukum terbentuk atas sebab Hikmah ia diwujudkan. Maka apabila hukum itu difahami, maka renung-renunglah hikmahnya yang kadang-kadang kita tak nampak.Mudah dan jelas saranan ini.

Kesimpulan CINCIN VS PERTUNANGAN

  • Persepsi orang sukar diubah dan sentiasa berubah.
  • Dan makluman: SAYA KALAU BOLEH MENGHARAPKAN CINCIN SAYA IALAH CINCIN TUNANG, FULLSTOP! hehe
  • Bagi yang sudah bertunang, jagalah akhlah sebagai seorang Sahsiatul Muslim. 
  • Sematkan diri untuk meneruskan persediaan agar tanggungajawab yang mendatang dapat dipikul dengan sebaiknya.
  • Peliharalah diri dari sebarang maksiat, untuk kedua-dua insan, jagalah batasan yang digariskan. Kelak kalian pasti merasai HIKMAH itu tatkala hijab dibuka, dan akad nikah bermula. :)
  • Barakallahulakum buat sahabat yang bertunang, moga kekal abadi dunia akhirat. InsyaAllah. 

P/S: Doakan juga untuk saya agar dipermudahkan jodoh. ^_^



Blogger Templates