Showing posts with label Cetusan Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Cetusan Pendapat. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Resolusi Kes Buang Bayi. Nikah

Secara terus terang bagi mereka yang tidak mengenali saya, saya merupakan seorang yang beridentitikan personality INTJ, iaitu seorang penganalisa yang jika dirangsang mampu menghasilkan idea yang bernas dalam situasi-situasi terdesak. Pendek kata, memang dalam diri saya wujud disiplin Natural Leader. Saya tidak sangkal, itu anugerah tuhan, saya mampu melihat jauh dari orang biasa.(maaf, bukan untuk riak, tapi kefahaman terhadap diri saya)

Terima kasih kepada saudara Syahmi kerana memberi satu link yang bak dikongsi bersama, iaitu satu artikel berkenaan pernikahan yang ingin saya maksudkan. (tak sangka idea saya ada juga dipersetujui, apa yang ingin saya maksudkan ialah corang pelaksanaan itu pasti ada sistem yang baik, bukan pakai main redah) Maka ikutilah artikel yang dipetik dari Al-Ahkam.net di bawah ini oleh Nasruddin Hassan At-tantawi.


Nikah Khitbah satu Alternatif
Oleh: Nasrudin Hassan at Tantawi

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
* Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
* Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .





Blogger Templates

Monday, August 23, 2010

Buang Bayi: Di Mana Silapnya??

Saya bukanlah pakar perunding sosial yang berbelakangkan ijazah mahupun berstatus Dr. falsafah bagi membincangkan isu kes pembuangan bayi yang secara logiknya dan jelasnya saya sifatkan sebagai sedah mencapai tahap paling kritikal.

Statistik Cket!
Berita kini memaklumkan kepada umum bahawa jumlah keseluruhan kes buang bayi yang berdaftar mencecah 63 kes. Secara puratanya, setiap bulan akan berlaku kes buang bayi seramai 5 orang bayi, hal ini bererti dalam masa seminggu, seorang bayi akan dibuang begitu sahaja dan memungkinkan kematian. Itu tafsiran secara statistik yang berdaftar, tapi yakinlah kita bahawa angka ini sebenarnya pasti lebih besar jika dibandingkan dengan apa yang kita baca.

Realitinya
Yang terlihat pula ialah hanya kes buang bayi, dan sudah tentu ianya hasil daripada hubungan yang haram, jika tidak mengapa perlu mereka si ibu mahupun bapa sanggup membuang begitu sahaja. Jadi di sini dapat dirumuskan bahawa, selain kes buang bayi, kes zina dan seks bebas sudah pasti berlipat kali ganda kerana saya yakin bahawa tidak semua kes zina melibatkan kehamilan, mungkin disebabkan langkah selamat yang telah diambil. Namun begitu, perlu diingat bahawa kebanyakan kes yang terjadi adalah melibatkan golongan muda-mudi sebaya saya, dan mungkin juga anda pembaca. Inilah yang perlu menakutkan kita semua.

Persoalan Lazim
Persoalan lazimnya, mengapakah ini semua berlaku? Dan kenapakah semua kes melibatkan orang Melayu yang kita gelar sebagai Islam mengikut perundangan Malaysia? Berlakunya benda ini secara lain tidak bukan disebabkan keruntuhan akhlak yang teruk. Didikan atau tarbiyah dari keluarga yang mengabaikan didikan moral dan Islam cukup jelas menjadi faktor keruntuhan ini. Ibu bapa yang kurang menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sudah pasti membiarkan anak-anak mereka bebas melakukan apa sahaja. Juga keruntuhan sistem keluarga yang menjadi teras ketenangan turut memaksa anak-anak mencari teman hidup bagi melepaskan tekanan perasaan mereka.

Hasil soal selidik saya terhadap beberapa individu sayang sebaya saya melalui kajian tesis saya, saya mendapati bahawa masalah-masalah berikut mungkin mempunyai perkaitan yang jelas terhadap faktor yang sedang dibincangkan:

  • Keinginan Seks yang memuncak
  • Hedonisme
  • Pornografi
  • Dunia artis
  • Materialism
  • Pergaulan bebas
  • Liberalism
  • Internet
  • Liberalism
  • Budaya Liar

Kenapa Melayu
Kes yang terlibat sudah pasti melibatkan golongan muda-mudi yang pada kad pengenalannya beragama Islam. Hal ini kerana jika difikirkan, masing-masing memahami bahawa anak yang lahir di luar pernikahan menjadi satu kutukan masyarakat kerana ianya sememangnya bertentangan dengan nilai mora umat Islam khususnya orang Melayu Islam di Malaysia. Jadi, apabila seudah terlajur, saya yakin mereka tidak dapat berfikir secara rasional dengan kadar umur masing-masing yang masin belum cukup matang untuk berfikir secara sedemikian rupa. Maka dibuanglah bayi-bayi tersebut sewenang-wenangnya seperti sampah yang menggerunkan.

Saya dan Mereka
Sebagai seorang yang berpendidikan dan mempunyai prinsip hidup, melihat kepada apa yang sedang berlaku adalah satu tamparan hebat kepada diri saya kerana hal ini ada perkaitan dengan saudara seumur saya, maka menjadi satu bebanan juga terhadap diri saya untuk menyedarkan sesetengah golongan agar mampu sedar dengan lebih awal bagi menghindari kes ini daripada terus berlaku. Secara jujurnya, kes yang berlaku bukan satu perkara yang remeh, tapi saya yakin dengan penglibatan semua pihak ianya mampu ditangani.

Bahu dan Jari
Masalahnya, kebanyakan pihak hari ini mampu melepaskan tangan dengan menuding jari kepada orang lain, padahal mereka tidak sedar bahawa tugas melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalah di bahu masing-masing. Ya, Di bahu masing-masing, bukan di bahu pihak kerajaan, bukan di bahu jabatan-jabatan agama Islam sahaja! Konsep Total Culture Management ini perlu dipupuk dalam diri kita, kitalah agen perubah. Kita jualah yang bakal merasai kesannya.



 Kempen Perkahwinan: mungkin penyelesaiannya

Sekadar Pendapat
Jika ditanya pendapat saya, kerajaan patut sudah melancarkan kempen kahwin awal kerana ianya bukan sahaja mampu mengelakkan kes-kes zina, malahan mampu mengatasi kes buang bayi dengan efektif di samping menjadi agen pembangunan modal insan bagi abad 2020. Dana yang sesuai perli diberi bagi memperuntukkan permbentukan dan kefahaman bagi pasangan-pasangan yang ingin berkahwin dalam usaha mengelakkan kes perceraian dan sebagainya. Ibu bapa pula perlu lebih terbuka dalam membincangkan hal ini, manakala individu-individu yang ingin berkahwin tidak perlu meletakkan pandangan negatif terhadap perkahwinan terutamanya dari aspek kewangan dan status umur, Paradigma Baru perlu dibentuk jika tindakan ini ingin dilaksanakan.

Saya yakin dan saya dapat melihat pada abad itu, semuanya mampu tersenyum. (walaupun saya yakin pasti wujud perdebatan hangit sekiranya isu ini diketengahkan ke parlimen, pasti ramai yang membantah kerana mereka hanya memikirkan kesan jangka pendek dan kepentingan peribadi)

Banyak yang boleh dibentuk dengan baik jika perancagan teliti dan guideline yang sewajarnya dibuat.

Akhir kata, bernikah bukanlah untuk mengelakkan Zina dan kes buang anak, tapi fikirlah pasal makan minum anak-anak, didikan anak, kain lampin, solat jemaah, tarbiyah yang berterusan agar dengan itu lahirlah generasi yang menegakkan kebenaran dan keadilan. Ianya menjadi Sunnah kehidupan. Wallahualam
Blogger Templates