Tuesday, June 15, 2010

Tawakal Seekor Semut

Sememangya saya suka cerita pasal semut. Entah mengapa, bagi saya semut ini sejenis makhluk yang unik. Unik dari pelbagai aspek. Bahkan semut juga mempunyai sistem yang kompleks seperti manusia, mereka mampu berkomunikasi hebat. Membina sarang (Istana, Menara petronas dan lain2), mencari makanan (Jalan-jalan cari makan, search and rescue) dan berbagai-bagai aktiviti lasak lain. (bungee jump, Flying Fox, Repelling, Absailing, dan sebagainya) Dengan kekuatan yang mereka miliki, (kalah badang), mereka mampu mengangkat berat berkali-kali ganda melebihi berat mereka sendiri. Hebat.



Semut Dalam Botol
Diceritakan bahawa pada zaman Nabi Sulaiman dahulu, Nabi Sulaiman diberi kelebihan untuk bercakap dengan pelbagai bahasa, sama ada dengan Jin, Ikan, semut dan macam-macam haiwan lagi. Maka adalah seekor semut ini berkata bahawa ia hanya memerlukan seketul gandum untuk hidup setahun. Maka Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut ke dalam sebeji botol, bersama-sama dengannya dimasukkan sebiji gandum agar semut itu mampu bertahan selama setahun. Maka ditutuplah botol itu tadi.




Setahun kemudian...

Nabi Sulaiman datang kembali dan membuka botol yang mengandungi semut itu. Nabi Sulaiman bertanya kepada semut: "Eh, kenapa engkau tidak menghabiskan makanan yang aku berikan kepadamu, sedangkan engkau berkata engkau mampu bertahan dalam masa setahun hanya dengan sebiji gandum?" Semut menjawab:"Aku tidak yakin pada manusia, sebab itu aku mencatukan makanan aku, aku risau manusia tidak akan menepati janjinya. Melainkan jika aku bebas di luar sana, Allah sentiasa memberikan aku rezeki sebanyak-banyaknya tanpa perlu aku mencatu makanan aku."

Kesimpulan
Hebat. Semut lebih yakin kepada Allah dari manusia. Pengajaran yang mampu kita ambil ialah, sekecil-kecil semut, mereka tetap bertawakal kepada Allah, tidak mngharap dan meyakinkan pertolongan manusia yang belum tentu terbaik.

P/S: cerita ini adalah berdasarkan riwayat, cuma dar aspek bahasanya diadaptasikan mengikut cara saya. ^_^



Blogger Templates

4 comments:

ffh said...

nice:)

Faqih Ahmad Shuhaili said...

Saya suka!

Banyaknya manusia di sekeliling kita sehingga mampu menarik pergantungan kita terhadap mereka.

Faqih Ahmad Shuhaili said...
This comment has been removed by the author.
...zUlaIkHA... said...

yup...kita sering terlupa bahawa pergantungan yang sebenar hanya kepadaNya dan bukan kepada manusia...
sekecil-kecil semut pun mampu beri pengajaran pada kita...

(nway saya tetap xsuka semut!!!)