Semut Dalam Botol
Diceritakan bahawa pada zaman Nabi Sulaiman dahulu, Nabi Sulaiman diberi kelebihan untuk bercakap dengan pelbagai bahasa, sama ada dengan Jin, Ikan, semut dan macam-macam haiwan lagi. Maka adalah seekor semut ini berkata bahawa ia hanya memerlukan seketul gandum untuk hidup setahun. Maka Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut ke dalam sebeji botol, bersama-sama dengannya dimasukkan sebiji gandum agar semut itu mampu bertahan selama setahun. Maka ditutuplah botol itu tadi.
Setahun kemudian...
Nabi Sulaiman datang kembali dan membuka botol yang mengandungi semut itu. Nabi Sulaiman bertanya kepada semut: "Eh, kenapa engkau tidak menghabiskan makanan yang aku berikan kepadamu, sedangkan engkau berkata engkau mampu bertahan dalam masa setahun hanya dengan sebiji gandum?" Semut menjawab:"Aku tidak yakin pada manusia, sebab itu aku mencatukan makanan aku, aku risau manusia tidak akan menepati janjinya. Melainkan jika aku bebas di luar sana, Allah sentiasa memberikan aku rezeki sebanyak-banyaknya tanpa perlu aku mencatu makanan aku."
Kesimpulan
Hebat. Semut lebih yakin kepada Allah dari manusia. Pengajaran yang mampu kita ambil ialah, sekecil-kecil semut, mereka tetap bertawakal kepada Allah, tidak mngharap dan meyakinkan pertolongan manusia yang belum tentu terbaik.
P/S: cerita ini adalah berdasarkan riwayat, cuma dar aspek bahasanya diadaptasikan mengikut cara saya. ^_^
4 comments:
nice:)
Saya suka!
Banyaknya manusia di sekeliling kita sehingga mampu menarik pergantungan kita terhadap mereka.
yup...kita sering terlupa bahawa pergantungan yang sebenar hanya kepadaNya dan bukan kepada manusia...
sekecil-kecil semut pun mampu beri pengajaran pada kita...
(nway saya tetap xsuka semut!!!)
Post a Comment