Friday, June 4, 2010

Robot Comel Saya

Permainan Lagi
Sebelum pulang dari KMB dulu, saya ada membeli satu set permainan untuk kedua-dua anak saudara saya. Saya diberi Offer: Buy 1 get 1. Tersenyum la saya. Rezeki datang bergolek. Satu set experiment, kemudian saya ambil satu set robot. (macam best)


Robot: Budak Comel
Robot. Cool.. Saya kasi nama dia Budak Comel (macam nama Handset comel saya) Mesti tertanya-tanya bukan? kenapa nama dia Budak Comel? (sebab dia comel la). Lupakan pasal asal nama Budak Comel ini. Belum sempat anak saudara saya balik rumah Mak Tuk (emak Saya), saya sudah pun buka plastik Robot itu. "Woo.. mantap, tak pakai bateri robot ni, save cost, takpayah bazir duit beli bateri banyak2". Saya pasang-pasang ikut manual dia, fuh, siap. Berpeluh-peluh juga la. Senang juga nak pasang dia. (memang la senang. dah tulis kat situ 6 tahun ke atas) :P


Bagi saya, saya kategorikan robot ini sebagai robot paling malas. Sebab Budak Comel ini, gerak bila bawah matahari sahaja. Bila saya letak bawah matahari dia jalan, lindung ja, terus berhenti. Jalan pulak, asyik straight jer, tak mahu buat lencongan langsung. Adoiyai..Lame. "Mundane betul hidup dia. Sebab itu saya simpulkan, Hidup jangan jadi macam Robot.

Punya Boring, Nah amek ni:

**********************************************************
Kisah 'Sebijik' Robot


Budak Comel sangat baik. Dia ingin benar berkhidmat kepada tuannya. Tapi malangnya, dengan kudrat yang ada, dia lupa bahawa dia ciptaan lemah.


Hari buat keja yang sama. Ambil ayaq ja kat tuan dia, sedih-sedih. Tapi, kadang2...



Begitulah ceritanya..Malang sungguh si Budak Comel.

*******************************************
Hidup Jangan Jadi Macam Robot
Sebenarnya inilah mesej sebenar yang ingin saya sampaikan. Yang kat atas tu merapu sahaja. Mungkin anda pernah mendengar ataupun pernah ditarbiyah tentang kisah robot. Hari-hari dengan kerja yang sama. Tiada penghabisan sehinggalah baterinya mahupun powernya malap. Makan tamatlah riwayat hidupnya. Hari-hari pergi kerja, cas bateri, rehat, kerja dan berterusan. Seolah-olah tiada matlamat yang jelas. Tiada arah tuju yang maha tinggi untuk dicapai.

Adakah kita ingin begini? sama jualah seperti manusia yang asyik bekerja dan terus bekerja demi mengejar wang dan cita-cita. Lama-lama, tanpa disedari, umur sudah tua dan maut pula kian hampir. Rugilah mereka. Selama hidup, tidak pula mahu menghambakan jiwa, asyik dengan keseronokan dan kekayaan wang ringgit.

Hidup seharusnya bermatlamat, iaitu mempunyai pegangan iman dan takwa. Memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa. Kepada Tuhan Yang Satu. Hidup sebagai khalifah, menentang kekejaman dan menegakkan kebenaran dan keadilan. Mengibrahkan dunia dengan menyebarkan Ad-Dinulhaq. Meluaskan empayar dan akidah yang satu ke pelosok dunia.


BTN Aku Datang!!
Ini adalah post yang terakhir sebelum saya berangkat ke BTN besok bersama Zahid dengan menaiki tren. Perjalanan masa mengambil masa 12 jam. Tak sabar untuk ber BTN. :).

[post ni ayat tunggang langgang>>>Otak serabut]
Blogger Templates

8 comments:

Atikah Nur Dzulkhefli said...

yup2...idop ni jgn jd robot.doing the same thing everyday..bosan2..hidup tnpa mtlamat...amin,jgn asek sibuk buat robot jah..blaja sikit masak2,ni tak..nak mkn pon soh robot msk..hahah..

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

salam..

nice post! rsenye apa pun peringatan kena pada diri sekarang ni!
huhu~

Anonymous said...

hidup jgn jd mcm robot
hu2
bes vid 2
-yard

محمد حذوان بن حميدان said...

analogi yg mntap..teruskn mnulis. (^_^)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Atikah: Ye, tgh nak belajar masak la ni. lepas ni jadi chef!

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Aisya humaira: sentiasalah kita berubah. ^_^

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Yard: haah, lagu dia pun best, menanti bidadari syurga. Cool!

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Hazwan: syukran! :)