Wednesday, June 2, 2010

Memori yang Memutik

Blog=Merapu
Sudah beberapa hari tidak berblogging, saya merasakan hari-hari yang lalu agak sibuk bagi saya. Entah apa yang sibuk sangat tapi terasa untuk mengepos tajuk baru terlalu berat rasanya. Mungkin kerana faktor masa yang terlalu lapang sehinggakan tiada tekanan. Maklumlah, blog yang sangat best, di sinilah saya nak merapu, di sinilah jua nak hiperbola. :P

Kembali Ke Dunia MRSM
Dua hari lepas saya menghadirkan diri ke MRSM Kubang Pasu, yang terletak hanya lebih kurang 20 KM dari rumah saya, dengan mengambil masa kurang dari setengah jam ke sana. Seminggu sebelum itu, seorang junior yang dikenali, Salwa (kredit kepadanya), telah menjemput memberi "Talk" katanya. Tanpa berasa ragu-ragu saya bersetuju, maklumlah masa lapang ini kalau diisi, apa salahnya. Malam sebelum hadir, saya sempat bersedia dengan isi-isi dan pengisian yang ingin disampaikan besoknya kepada lebih kurang 215 orang pelajar tingkatan 5 yang bakal menempuh SPM pada 22 Dicember nanti (kot).

Speaker Jemputan
Wah, jadi speaker la saya. (berangan-angan lebih, padahal risau juga). Syukurlah, saya dimaklumka beberapa sahabatnya yang lain turut serta. Jadi kesemuanya dari KMB seramai enam orang dan saya seorang senior, yang lainnya ialah bakal Y2 KMB Sem depan. Besar. Besar juga MRSM kubang pasu tatkala motosikal yang saya tunggang memecah kesunyian (bajet macam halley davidson) perkarangan MRSM itu. Semuanya baru, tapi tidak setanding MRSM langkawi yang saya rasa lebih hebat. (semangat Maresmawian. Salwa menunggu saya. Lepak-lepak di LRC, Fuiyo...! PC depa banyak,saya kira ada 23 buah PC, dahla tu flat screen, kalau KMB macam tu kan bagus. :)

Gabungan Tenaga
Antara Junior lelaki KMB ialah: Muqmin, Nizam dan Asar. Junior perempuan KMB pula ialah: Salwa dan Amalia. Kami memulakan program tersebut dengan sedikit pengenalan dan sedikit tayangan video khas daripada video senior-senior di Oversea. (semua saya kebas dari Youtube). Lepas itu, kami membahagikan kepada 6 kumpulan, setiap kumpulan akan di bawa oleh seorang wakil daripada kami. Saya memegang lebih kurang 26 orang pelajar tingkatan 5.

Dengan bahasakan diri sebagai, "ABANG" :P, maka bermulalah ceramah saya. "Assalamualaikum ABANG!" kedengaran ketua kelas memberi arahan salam kepada pelajar-pelajar lain. Aduh, sega betul saya. JAdi macam cikgu pula.

Pengisian
Pengisian selama hampir dua jam itu ialah:

  • Pengenalan diri
  • Begin The End in Mind >>> matlamat (short, intermediate, long terms)
  • Teknik belajar (SATU : Sedia Awal, Tumpuan & Ulangkaji)
  • Penekanan terhadap masa yang masih ada >>> 143 hari (saya congak malam tu)
  • Target SPM >>> Saya kata straight A1, depa kata Straight A1 Plus (apa-apa je la)
  • Cara menggunakan masa tersebut
  • The power of Imaginasi (saya pakai trick buah lemon, Kredit to : Kelvin paul>> Study Smart Not Hard)
  • Study Group
  • Minggu exam
  • Perjalanan Selepas SPM (hala tuju)
  • Pemilihan Kerjaya
  • Penajaan
  • dan Saya sempat mempromiskan IB KMB (seyes ramai Bermina, walaupun saya cakap IB paling susah)

Semuanya berjalan dengan baik. Dan semua memberi fokus yang baik. Syukur tiada yang lena-lena. Kusyuk sangat kot. :P .  Kering tekak juga saya. Jarang-jarang bercakap lama macam ini. Fuh, ini baru dua jam, kalau macam cikgu-cikgu tu macamana ala, sehari 4-6 jam masuk kelas. -_-"

Kami makan bersama dan kemudiannya bersurai, saya sempat singgah di Jitra untuk membeli cable VGA untuk buat pawagan di rumah. Maklumlah laptop saya kecik, sambung je la kat TV Plasma berinchi-inchi lebarnya. Sebijik macam pawagam. :)

Gambar-gambar yang sempat saya ambil

 Piagam, Carta Organisasi MRSM Kubang Pasu




 Kebetulan pada masa itu pelajar form 4 sedang mengundi untuk pilihan raya.

 Gambar dari jauh blok asrama MRSM Kubang Pasu


 Lapar: Nizam, Asar dan Muqmin membuat muka tebal untuk membeli makanan: terpaksa beratur bersama para pelajar.

 PSP (LRC), sungguh luas dan lebar.


Nostalgia: Teringat saya kepada kelas lama saya di MRSM Langkawi, 515 Germanium



Nizam asyik memberikan ceramahnya kepada para pelajar, (macam cikgu)

Makan tengah hari percuma (saat yang dinanti-nantikan)




Belajar Umrah
Petang itu di rumah, saya sempat membuka pawagam baru dan kemudiannya menayangkan sedikit video-video dan gambar-gambar makkah. Ayah saya meberi tunjuk ajar dalam pemakaian Ihram, menceritakan serba sedikit tentang tawaf, saie, dan sebagainya. Berdebar juga, semakin dekat dengan hari umrah, tapi bersediakah saya sepenuhnya???
mampukah saya??? Persoalan ini masih bermain-main, dan banyak yang perlu dipelajari lagi. mari belajar Umrah. :)



Blogger Templates

25 comments:

Syamil said...

buat motivational camp x ajak..
aku tau pasal apa..nak cari bakal mak anak hang ka??ha3

Amin Rox said...

hahaha, aku wat konsultan sendiri la. hampa duk pening, G2S pun tak tentu lagi. :P

Cez, aku dah jumpa la syamil oit. Boo!

Heidy said...

baru taw sbb apa amin ni star...hehe~~

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hahahah..amin,kantoilah tujuan sebenar hg p motivational camp...eherm3..sapekah yg bakal jadi mak anak hang tu???.. :)

heidy,sejak bile amin jd star lak niey???jadi bulan yy berminyak n berlubang ade lah..hahahahaha

Amin Rox said...

>>>Heidy: haha, baru taw sebab apa ka heidy?? haha, sebab apa tu? seyes aku tatau.

Amin Rox said...

>>Atik: oh, ada la... :p
Heidy pun ngaku kot orang star. ghee.

Heidy said...

apa la atik...amin star k0t...
ye la amin, bler bagi talk cmtu, msti k0 amalkan bnde yg sme jugak...h0h0~~

...zUlaIkHA... said...

what i can say is....

tuan punya blog sedang berselindung di sebalik awan...(^_^)

"sapekah yg bakal jadi mak anak hang tu???" ~amin ke'poyo'an~

nway hg sgt bagus memanfaatkan mase ngn program cam ni...
n probably hg ley wat program cam ni ntok membangkitkan semula semangat syabab2 yg de kat skool tu..mendoktrinkan pemikiran mereka ngn fikrah islam melalui talk hg..

ni lah antara peluang2 yg perlu kita gunakan sebagai bekas pelajar yg dah de lesen ntok masuk n membawa islam ke sekolah tersebut..(^_^)

Amin Rox said...

>>>Heidy: hehe, thanks kerna memahami. :)

Amin Rox said...

>>>Zulaikha: Shhhshhh.. jgn bising2 kat sini. ^_~

Yup, mmg mencuba mmembawa especially tu mrsm, pemikiran macam tu masih tiada di mrsm sebenarnya. Cuma pendekatan mgkin len cket rasnya.
Thanks.

zinnirah said...

salam...

bgs2.. x bzr waktu.. x lama lg nk g umrah pulak... betul2 memanfaatkan masa amin nie.. share2 ckt pengalaman kt sn.. ahaaks...

(@_@)

~AiSyA HuMaiRa~ said...

best2!!!

(bukan psl mak anak amin tuh....agak kurg percaya... (>_<))

medium terbaik mencari logam2 hebat!!

Amin Rox said...

>>>Zinnirah: salam, syukur sebab semua diatur ddengan baik dan dalam manfaat atas reda-Nya.
InsyaAllah, mmg berfikirkan untuk menceritakan pengalaman menarik semasa di Makkah nanti bersama-sama gambar2 yg best. doa-doakan ya!

Amin Rox said...

>>Aisya Humaira: Ahaa... bagus2. memang terbaiklah nak cari logam2 kat situ, bukan logam hebat ja logam berat pun ada! :)

Fatimah A'thirah said...

hmm.. ingtkan nk jemput dtg sekolah adik lak pasni.. dye SPM gak tahun nih, bleh amin talk panjang2 kt dye hiii..mesti terdiam lah dye.tp lak, nk gi umrah lak eh..smga slmat pjlanan, di sana dan kmbali..

alaq ashiqin said...

salam ziarah....
waahhh....bagus2....masa yg ader tak patot disia-siakan...
haha...gi umrah...seronoknye....
sedeyh sbb hmpir2 dpt gi,tp sbb masalah yg tb2 dtg trpksa dibatalkan...
tlong doa-doakan moga Allah jmput ana ke sana plak yer...(serius nie...)
jzkk....(^_^)

salwa said...

kenapa banyak komen psl mak anak??

btw,thnx sbb sudi hadir.

Amin Rox said...

>>>Fatimah Athirah: insyaAllah, kalo jemput awal2 boleh. Tapi better akaknya yang kasi ceramah, baru berkesan, kasih seseorang kakak terhadap adik ni hebat tau effectnya. Enti bagi sendiri cfirm dia bermotivasi ^_^

Amin Rox said...

>>>Alaq: Ya, insyaAllah, nnti ana doakan kepada enti. PAsangkan azam yg tinggi ok. insyaAllah nnti akan menjadi tetamu Allah jua. :)

Amin Rox said...

>>>Salwa: Oh, pasal anak emak ni, its complicated. Nothingness. ^_<

Ya, terima kasih jua kerna sudi menjemput. belajar rajin2 ya!

hanis fozi said...

amin rox star! k amin.jgn lupa jnji yg dijanjikn dlm kete alphad mlm tu ye..hehe

Amin Rox said...

>>>Hanis: mana ada star, depa lebih2 ja tu. padahal problem child kot. ^_^

Haah. mestila ingat, insyaAllah, nnti akan didoakan.

salwa said...

smoga slmt pergi dan balik.
doakan salwa bjaya dlm IB ni ya,.
thnx
inshaAllah akn bljr rajin2. ;)

Amin Rox said...

>>salwa: thanks. InsyaAllah.

lisa kamal said...

wow,anda pergi ke mrsm saya!saya sepatutnya pergi hari tu tp KMS masih dlm minggu exam.so xdpt join...:(

tp saya akan ada prog dengn budak2 f4 n f3 dua minggu lg.ni pon penat xhbes lg..bru balik CAS dr johol.hohoh