Saturday, June 12, 2010

Perjalanan Ini

Tren Lambat
Tren yang dijangka berlepas ternyata lewat 2jam dari masanya. Sepatutnya, KTMB Express Langkawi perlu tiba pada jam 8.10 malam, namun atas sebab-sebab tertentu, ia lewat tiba di KL Sentral. Lenguh badan-badan. Seharian berjalan di MidValley menggalas beg yang saya rasa seberat 5 kg. Terasa macam mendaki gunung pula.

Berbaloi
Perbualan saya dengan Zahid banyak berkaitan tentang isu yang dibincangkan di BTN Meru, dari politiknya, ekonominya, dan macam-macam lagi. BTN berbaloi. Itu kesimpulan yang mampu dibuat. Kami, Zahid dan saya pada hakikatnya pernah bersama-sama pergi BTN asas kenegeraan bersama pada ketika tingkatan empat, entah bagaimana, kami tidak mengenali satu sama lain lagi ketika itu. Nostalgia diulang, tapi kali ini kami mengenali satu sama lain di BTN yang sama. Tapi BTN kali ini penuh makna kerana berjaya menjawab berbagai-bagai soalan yang masih kabur di mata saya.

Hakikat Kenegaraan
Hakikatnya, itulah aspek kenegaraan, bukan sejarah perlu kita persalahkan, bukan jua demokrasi barat perlu kita lawan habis-habisan, tapi diri kita yang perlu diperingatkan. Sukar untuk mengelak sejarah, kerna ia telah pun berlaku, yang penting ialah pengurusannya untuk masa hadapan. BTN bagi saya ibarat ISK (ini sejarah kita) cuma berfokuskan kepada asas kenegaraan. Negara yang terbina atas sebab penjajahan dan kemerdekaan yang sering kita gelar sebagai negara bangsa. Sejarah yang kita baca dari buku teks sejak tingakatan satu lagi sehingga tingkatan lima. Orang kata, Sejarah Malaysia tidak perlu dilihat, yang perlu ialah sejarah dunia Islam. Bagi saya, kedua-duanya perlu. Kerana Islam menjejak di Tanah Melayu jua. Tiada beza setelah kejatuhan Empayar Andalusia, Portugis membawa bala ke Tanah melayu jua.

Perlembagaan dan keluhurannya
Bukan sentimen Kebangsaan perlu kita lihat, tapi sentimen kenegaraan. Madinah terbina atas perlembagaan yang terawal di dunia, dikelasifikasikan sebuah negara Islam pertama berdaulat di dunia. Tanpa Madinah, Makkah tidak terbuka, Islam tidak tersebar seantero dunia. Gagasan dakwah bermula dari individu yang lantas strategi bernegara dilihat memberi impak semaksimum mungkin. Hijrah yang terjadi melihatkan kebijaksanaan taktik dan juga ilham Illahi kepada Rasulullah. Dilihat sedemikian, Persekutuan tanah melayu turut terbina begitu. Perlembagaan dicipta, namun sejuah manakah ia mampu memberi keadaan yang sama seperti di Madinah? Ini perlu kita jawab. Yang pasti perlembagaan dicipta demi ketenteraman dan kedaulatan negara.

Sejarah = sirah
Ah! Lupakan sementara bab ini, jika ingin dibincangkan, memerlukan masa yang panjang. Tapi apa yang ingin saya katakan ialah, Islam yang ditinggalkan masih ada cebisan di negeri ini. Yang mungkin mampu bangun semula disebabkan kejatuhan yang lama jika setiap umatnya bangun dengan kadar segera melihat sirah, dan sejarah, yakin bahawa Islam mampu ditegakkan semula!


Lemak oh lemak
Saya cukup letih pada malam itu. Si comel (netbook) saya terpampang di depan kerusi kelas Superior saya. Lagu nasyid didendangkan. Saya terbangun tatkala jam tangan menunjukkan pukul 3 pagi. Menggeletar saya. Sejuk teramat. Inilah buat kali pertama badan saya mengeletar seteruk itu. Tidak terkawal saya. Apakah? Mungkinkah lemak saya sudah berkurangan seteruk ini. Saya bingung. Rasanya, baru sahaja 15 degree celcius, dah mengeletar tak tentu pasal. Ini kalau kat oversea apa pula jadi entahla.. (saya bingung fikir pasal ini). Terlelap jua akhirnya.


Labbaikkallahummalabbaik!
Petang tadi saya bersama ibu bapa saya pergi membeli belah barang-barang keperlua umrah yang berlum terbeli seperti tali pinggang ihram dan juga UV cream (atas cadangan insan tersayang, thanks) ^_^.
Saya sempat terbeli kayu sugi. sengaja dibeli untuk cubaan semata-mata dan atas niat sunnah nabi, mahu jugak saya cuba, dah lama saya pasang niat nak cuba. Lagi 6 hari lagi saya berangkat, harap-harap semuanya berjalan lancar, persediaan terakhir perlu dilakukan. Doakan saya!

3 comments:

Atikah Nur Dzulkhefli said...

siapkan diri selengkapnya untuk kesana..harap tiada lagi hijab yg menghalang dirimu disana..insyaallah..smoga selamat pergi dan pulang..

atTahirah said...

insan tersayang? aish

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Atikah Nur:Yup, thanks! tgh bersedia secukupnya.

>>Fatimah Athirah: heehehe. semua orang disayangi. ^_^