Saturday, May 29, 2010

Nostalgia Berulang

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Bait-bait lagu UNIC ini, iaitu Kau, Kawan, Sahabat & Teman terkesan terhadap saya. Bermain dengan emosi pula saya tatkala lagu itu berkumandang. Dua hari lepas, saya telah join sekali Reunion kelas tingkatan 1-3 saya. Saya yang dulunya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, telah berpisah dengan kawan-kawan hampir lebih kurang lima tahun.

Maka KFC menjadi tempat kami berkumpul beramai-ramai. Kisah silam tersimpul kembali. Tatkala itu, saya teringat kesah perjuangan hidup saya bermula di situ. Banyak benar kenangan manis di situ. Pelik juga kadang-kadang saya berfikir, dalam hal ini ianya bukan perancangan saya dari awal, tapi semuanya atas kehendak Allah. Cuma saya mencabar diri untuk bergerak jauh ke hadapan.

 Bersama kawan-kawan lama.(Saya nampak makin tembam, padahal baru seminggu cuti,apakah?)

Terima kasih kepada rakan-rakan, seperti Idzuad, Awatif, Hafifi, Zaihasfikrie,Cynthia, Nadiah Begum, Aina, dan lain-lain kerana telah lama perjuangan ini bermula bersama kalian. Akhirnya kita berpisah dan bertemu jua. ^_^

 Awatif dan Hafifi, It is bowling time!

Semalam pula saya diajak bermain Futsal Malam. Fuh, keluar pergi main pada pukul 12.00 tengah malam. (Buang tebiat betul saya) Tak pernah-pernah pula saya keluar malam-malam buta macam ini. Tapi, atas sebab untuk berjumpa kawan-kawan, saya gagahi jua. Walaupun pada hakikatnya saya tidaklah sehebat Torez bermain bola (hiperbola). Bahkan masuk MRSM Langkawi dan KMB pun, kerjaya ini saya lupakan kerana bermain bola bukan minat saya.

Sampai di Court Futsal, saya bersalam dengan seorang sahabat. Sahabat seteman permainan semasa saya berada di sekolah rendah. Saya bersalam dan memegang erat tangannya. Cuba mengingat namanya: "Jap, aku lupa...apa nama ntah hang?...errr..." Masing-masing melupai nama antara satu sama lain. (saya rasa kaget) "Weyh, apa nama hang? serius lupa, lama tak jumpa weyh". Akhirnya kedua-dua kami saling mengetahui nama masing-masing. ^_^ .Begitulah jadinya apabila hampir sepuluh tahun berpisah dan bertemu kembali. Masih segar muka dalam ingatan, perangai still sama, tapi nama pulak yang terlupa. Ramai wajah-wajah yang saya kenali, yang dulunya sering kali bermain bola sepak padang bersama, Nostalgia betol.

Teringat kembali zaman-zaman kanak-kanak riang. Saya begitu aktif bermain bola walaupun saya tahu Torez itu mampu saya kalahkan ketika itu. (Perasan lagi) Dentuman bola, bertubi-tubi disepak. Saya mula kaget, bertahun-tahun tinggal main bola. Asyik duk pegang piring terbang (ultimate frisbee disk) entah apa yang best (main jugak). Layan. Malam itu saya tak jadi TOrez, maaf, jadi David Seaman (zaman dulu) pun jadilah. Berderau darah tatkala bola dirembat.

 Court Futsal, saya sempat mengambil gambar, team saya akan masuk lepas perlawanan ini.

"Amin hang belajaq mana la ni?" Pekat loghat kedah. Saya yang kaget berterabuq keluaq loghat campuq-campuq. Cez, kurang ajaq hang amin, cakap dengan kawan-kawan guna loghat lain.(Monolog dalaman) -_-". "Aku la ni baru lepas persediaan, InsyaAllah UK". Saya berbual mesra, bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan. Kagum, kagum kerana kawan-kawan memberi layanan yang sangat mesra. InsyaAllah, kalian tetap di hati. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan biarlah saya menjadi si perantau jalanan, kampung halaman tetap jadi ingatan. :)

*Maaf, bahasa saya mungkin agak tunggang langgang. (sakit kepala) Tidur tak cukup sebab semalam futsal

Blogger Templates
.

0 comments: