Wednesday, May 26, 2010

Yang Terpahit KMB 08/10

Post pasal KMB masih berlegar-legar di ruang ini walaupun sudah empat hari ditinggalkan. Suasana hidup di rumah agak mundane, tapi rasa bebas sedikit. Keaazaman yang sangat tinggi untuk menjaga diri daripada perkara-perkara yang lagha. Mungkin post kali ini agak pelik dan tajuk ini hampir menyerupai tajuk post seseorang tapi ianya original bukan fotokopi. Post ini bakal menyingkap beberapa kenangan pahit selama saya berada di KMB. Secara tidak langsung membongkarkan serba sedikit kesusahan yang paling pahit dialami. Dan buat junior-junior yang ingin masuk ke KMB, jangan jadikan post ini sebagai penghalang, bahkan jadikanlah ia sebagai cabaran semasa di KMB. Kebanyakan cerita-cerita ini selalu 'ter'dihiperbolakan oleh saya. ^_^


Carta 10 Teratas Peristiwa Pahit yang mampu saya ingat:


1. Sakit Gigi Semasa IB EXAM 2010
Saya terpaksa labelkan peristiwa ini sebagai ujian sangat besar buat saya. Sakit yang menyengat otak-otak. Saya hampir 'lumpuh' tidak study disebabkan sakir gigi yang menyerang ini dan menyebabkan saya tidak mampu tidur pada waktu malam. Syukurnya, ianya tidak menyerang semasa saya mengambil exam. Klik di sini untuk baca post yang lalu.


2. Pelarian H1N1
Ini pula peristiwa yang agak tragis. Pada masa ini, H1N1 mula merebak di Malaysia dengan cepat. KMB turut diserang bertalu-talu. Paling teruk saya terpaksa pulang dengan secara tergesa-gesa menaiki pesawat pada malam itu juga. Saya menemani Zahid, beliau disyaki positive H1N1. Dalam keadaan yang masih huru-hara kami bergerak bersama, Zahid keletihan teramat, saya gagahi untuk membantu dia. Kami tidur bersama-sama di LCCT. Merempat. Pelarian H1N1.


3. Handset Dicuri!
Kisah ini terjadi bagai nak jatuh ditimpa tangga. Sudah la waktu itu H1N1 merebak. Kena balik rumah. Malam sebelum pulang, sewaktu maghrib, saya mengambil wuduk, tanpa saya sedar saya tertinggal Handset K300 saya di tepi corrridor surau An-AnNur, bersebelahan dengan Al-Quran. Waktu saya mengimamkan solat fadhu Maghrib. Usai solat, saya mula teringat handset saya, tapi...sudah lesap. Sedih. Semua nombor-nombor lama hilang begitu saya, tapi syukur saya dapat yang baru! hehe. Selamat Tinggal Kekasihku

4. Effect Allergic
Kisah ini berkenaan diri saya yang mula menyedari bahawa peristiwa ellergi saya berulang kembali. Mungkin disebabkan terlalu cemas dengan H1N1, badan saya mula menunjukkan simtom-simtom pelik. Satu badan saya mula berasa lenguh-lenguh teramat. Tapi syukur, semuanya ujian yang mampu saya hadapi. Mehnah dan Hikmah.

5. Salah tempah tiket Flight
Punyalah saya bersemangat nak balik KMB. Setiba di tempat scan luggage, "Adik nek flight pukul berapa adik, awal lagi ni?". "hah?",Saya cepat-cepat melihat jadual flight saya. Apakah? Tertulis di situ: MH1252 Kuala Lumpur ke Alor Setar. Errr.. Saya patutnya mahu balik ke Kuala Lumpur! Arghgghghghgh!!!!!! Salah tempat tiket. Saya liha emak saya. Dia senyum. Mungkin cuba menenangkan saya. "Xpa, adik tempah lain, balik besok k. Jom pi beli baru." Saya rasa sebak kerana telah menyusahkan ibu bapa saya. Satu pengajaran buat saya lagi!


6.English oh english
Ya, ini impak pertama setelah saya menjejakkan kaki ke KMB. Awal-awal masuk dah dapat berita bahawa English Streaming Test saya teruk. Tapi saya memang tahu pada waktu itu, waktu orientasi rasanya, saya jawab paper English tu macam entah apa-apa lagi. Sebab saya tahu benda tu tak penting.( Saya anggap, orang lain tidak kot). Sekali, nah, ustaz Shihahm panggil, "Amin...awak english result teruk ni, ustaz bagitau kat awak la, masuk dalam meeting ni, ustaz tengok nama-nama anak murid ustaz ja la.." Terkedu saya. "Err.. baiklah ustaz, saya sebenarnya pakai jawab ja ustaz.." Itulah pertama kali hentaman emosi terkena kepada saya. Buat pertama kalinya di KMB. Tapi lama-lama dah ok. Pengajaran: Do your best, don't play-play.

7. Paper Stat Merudum!
Fuh, ini dalam jangka masa dekat-dekat nak exam. Saya tak tahu macam mana boleh jadi macam ini. Dulunya paper stat ini macam penyelamat saya, tapi pada satu exam ini, result saya teruk sangat. Tapi ini juga merupakan pengajaran bagi saya, agar terus berjuang dan jangan leka. Paper stat ini juga memberi saya semangat dan cabaran berterusan sehigga akhirnya saya mampu tersenyum menjawab Paper 3 Stat IB Examination.


8. MAlay 4 jer!
Ya! Saya rasa peristiwa ini juga meberi impak yg sangat besar buat saya. Exam sem 2 (kot) segala-galanya. Disebabkan saya tersalah menjawab soalan Malay, akibatnya total gred saya hanyalah 34/42. Pendek kata, saya tidak lepas kehendak mara untuk sem 2. Agak menyedihkan, rata-rata kelas saya semuanya mendapat 6-7. Tapi bagi saya ianya merupakan pengajaran yang terbaik buat saya,"ingat sampai ke mati, jangan buat lagi", pesan cikgu Azha.


9. EE oh EE
Saya rasa bebanan ini adalah kebiasaan. Tidaklah pahit,tapi manis jika mampu disiapkan dengan awal. Pada awalnya, saya beria-ria nak buat EE Biology pasal Stem Cutting dan Reconnection cutting. Ini merupakan niat saya dari awal lagi. Namun setelah berbincang dengan penasihat saya, akhirnya saya akur. Terpaksa saya mencari idea-idea baru. Pening. hampir seminggu memikirkan. Akhirnya jumpa juga akhirnya. Syukur.

10.Assignment bertimbun-timbun
Ini bukanlah satu perkara yang pelik. Bahkan menjadi tabii di KMB untuk menerima kerja yang bertimbun-timbun. Cuma kadang-kadang apabila anda stress macam-macam boleh jadi. Jadi, cubalah menjadi insan yang penyabar dan berterusan bersabar.
Rest if you must but never quit - Pn Nila- . Assigments Sepanjang Jalan



Kesimpulan dari sini, apa yang ingin saya perkatakan ialah, kita tidak lari dari menerima mehnah dan ujian. Bahkan selalu. Dan beruntunglah bagi mereka yang sabar menghadapinya. Setiap ujian mempunyai hikmah-Nya, kitalah kena cari hikmah-hikmah yang tersembunyi itu. Ini adalah tarbiyah bagiku. Dulu, kini, dan selama-lamanya. IB KMB, Terpahit dan Termanis, tiada lagi rasa. Sama sahaja, yang pahit menjadi manis, dan yang disangkakan manis pun jadi pahit. ^_^

Blogger Templates

6 comments:

...zUlaIkHA... said...

salam...

amin tukaq gamba profil...
makin bermotivasi la yea?
insyaAllah...(^_^)

lepas ni post yang termasin dan termasam pulak la eh?

nway pengalaman d kmb tu is a part and parcel of our life...
banyak lagi yang termanis dan terpahit bakal kita tempuhi selepas ni...so always be motivated k my part-time sensei!!!

n always remember...SABAR ITU ADALAH PADA HENTAKAN YANG PERTAMA! ~wink~

Heidy said...

sangat mengagumi pengalaman tersalah tiket...haha

Amin Rox said...

>>>Zulaikha: ya, batu tukaq gmbar profile, tapi dalam cadangan nak tukar layaout kat atas tu cket. tapi xde mood lagi.

You are a superlearner! ^_^

>>heidy: haha, kagumkan? aku sendiri rasa kegum sebab aku boleh salah tempah tiket. :P

atikah nur dzulkhefli said...

byk pengalaman...baguslah..belajar dr kesilapan...

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

hahah... tajuk post cam akmal punya~

aku rasa kalo aku nak list down gak tak terkira banyaknya, tapi kalo nak list yg termanis pon, tak terkira jugak banyaknya

n_n

pengalaman memberi erti kepada kehidupan...
n_n

Amin Rox said...

>>>Atikah Nur: Belajar dan sentiasa belajar. Ni erti tarbiyah.

>>Syahmi: Ya, tepat sekali! Sori akmal. haha. Syahmi, aku tau, ang byk ceta koyak kalo nak letak yg terpahit. :D