Monday, May 31, 2010

Gempita Ar-Rijal Dan Syabab

"Jika ingin melihat kepada kehebatan sesuatu umat, lihatlah pada pemuda-pemudinya!" Ungkapan ini dek telah kita ketahui sejak dahulu lagi. Jika ramai pemuda sesuatu kaum asyik melepak sana sini, nah, pasti kaum tersebut kita dapat lihat sebagai kaum yang pemalas dan tidak berdaya saing. Jika pemudanya sibuk berjuang, memasuki alam ketenteraan, berlatih ilmu-ilmu peperangan, nah, negara tersebut sangat maju, dan sangat digeruni. Mereka pemuda-pemuda ini mampu meluncur laju membelah awan dengan kehebatan tungggagan jet pejuang mereka, senapang menjadi maruah mereka. Tapi jika pemuda kini hanya mampu meraih keseronokan hanya dengan bersenda gurau, sememangnya kemunduranlah yang menjadi-jadi.
As-syabab dan Ar-rijal. Siapakah mereka?? Adakah mereka hanya boneka yang tidak mampu berkata? Adakah mereka hanya robot yang hanya perlu tundu kepada anasir-anasir durjana? Merekalah yang sewajarnya bangun. Kerana mereka ibarat permata yang mampu menungkah seribu cabaran dan halangan. Namun jika permata yang tidak digilap, sudah pasti menjadi malap selamanya. Bangunlah dan sedarlah wahai pemuda-pemudi, kita ialah pewira, yakinlah. Kita ialah pembela. Yakinlah. Kita ialah generasi pejuang, yakinlah. Peliharalah diri kalian dari sengeketa. Tapakkanlah kekuatan yang berterusan.



Nabi SAW bersabda: “Rebutlah lima sebelum lima … salah satunya masa mudamu (syababaka) sebelum masa tuamu” (HR Al-Hakim)

Hadith: “Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah pada hari kiamat ketikamana tiada perlindungan-Nya … salah satunya ialah para pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah” (HR Bukhari dan Muslim)

Usah tanya siapa mereka: Salehuddin Al-Ayyubi, Salman AlFarisi, Ziad bin Tariq, Sultan Mehmed Al=Fateh, Ali bin Abi Talib, pemuda Kahfi dan banyak lagi. Semuanya merupakan Ar-rijal dan berjiwa syabab. Mereka tidak lepak, menghabiskan masa berseronok, tidak mengenal erti hiburan, mereka memberi fokus yang jelas, mereka berkorban. Rahsia mereka ialah tarbiyah dan kesedaran yang tinggi.

Ayuh wahai jiwa-jiwa yang muda, bersihkanlah diri kalian. Dunia Islam memerlukan kebangkitan kesedaran kalian! Ini tujuan kita!




Blogger Templates

5 comments:

Atikah Nur Dzulkhefli said...

majoriti pemuda dan pemudi sekarang terlalu mengejar semangt hedonisme..terlalu inginkan keseronokan dalam setiap perkara..bagi mereka hidop mesti seronok kerana hidop hanya sekali.sedih tatkala melihat kes buang bayi semakin berleluasa..dimana kemanusiaan??tp persoalan yg plg pntng..mmane prgi keimanan mereka ...smoge kite dan mereka sentiasa diberi petunjuk.sentiasa dipelihara dr perbuatan mungkar..

...zUlaIkHA... said...

salam...

"semangat syabab,hikmah shuyukh"
usah ditanya mana amirul mukminin zaman ini...tetapi tanyalah pada diri sendiri.."tidak mahukah aku untuk menjadi amirul mukminin itu?"

jangan bergantung harap pada orang lain untuk menjadi al-fateh ataupun salahuddin al-ayubi abad ini...tetapi tanamkanlah niat untuk diri sendiri yang menjadi seperti tokoh-tokoh hebat Islam itu...

jangan menuding jari pada orang lain untuk maju ke hadapan sebagai imam...tetapi kuatkanlah diri sendiri untuk menapak ke hadapan sebagai imam...

(^_^)ayuh syabab,kita sama-sama bangkit untuk Islam...pilihan di tangan kita untuk menjadi penggerak atau pemerhati kebangkitan Islam!

farah fadilah said...

salam...

slps pembacaan bbrpa buku 'dasar2 Islam' yg bnyk membuka mata frh, jelas lah bhwa kejatuhan Islam pd zmn ini krn 2 faktor.. kurang penghayatan Islam dlm diri manusia srta kelemahan pemerintahan kta sndri... jka dunia ini dipegang oleh manusia2 yg berkefahaman, pst dunia ni tdk akn ditindas oleh kuasa jht len.. percayalah bhw kta perlu bgn utk memerintah dunia ni kembali... Islam perlu kembali...

kdng2 trdetik, kapan bla diri ni hrs berdiam diri... hanya berckp tdk mmbwa apa2 prbhn.. yg hanya akan berubah ialah apabila kta mula bertndk.. bgn Wahai Shbt! bgn Wahai Pemuda! Bgn!

(@_@)

nadzirah baharuddin said...

post yg membawa kita utk me'reflect' diri sendiri...byk bnda yg masih kita perlu perbetulkan...diri kita serta masyarakat...

~perjuangan kita masih belum selesai sehingga Islam menjadi ustaziyatul alam~

insyaalah...ia akan menjadi realiti satu masa nnt...

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Atik:InsyaAllah, ayuh sama2 berjuang dan istikhamah di jalanNyA

>>Zulaikha: ayuh sama2 laungkan semangat syabab! usah leka usah lalai.

>>Zinnirah, Terima kasih. Bahasa indonesiakah? kapan2 lagi. hehe.

>>>Nadzirah: Ayuh kita jadi penggerak bersama. jangan lepaskan peluang ini!