Sunday, April 25, 2010

Mencari Ketenangan

Perjalanan ke DS dipenuhi dengan bingitan lagu-lagu berdentum-dentum. Mungkin kerna ada jamuan Blok B. Blok A pun dah buat. Baguslah, harap mereka tak lupa diri.Berhibur perlu berkadaran.
Dalam perjalanan ke DS, saya ditegur, : "Eh tak pegi menyanyi ker? Kami buat khas untuk year 2 tu." tegur seorang pelajar Year 1. Saya rasa niatnya baik. Saya tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri sahaja, hanya mengangguk. "Pergilah menyanyi, boleh hilangkan stress dan tension" Saya terus berdiam dah tersenyum. Saya mengemukakan soalan pendek,


"Oh memang year one handle ek? ke Blok B"
":Kami la buat, Blok B, abang bukan blok B ker?"


"Oh, tak. Blok A"


"Selalu saya nampak abang lalu kat blok B?"


"Haah, lalu sahaja. Haish dah dua sem pun tatau lagi. Jamuan Blok A dah buat."


Dia pun beredar bergerak laju ke hadapan. mungkin ada hal penting rasanya.




Sketsa pendek di atas bukanlah jarang2 berlaku tapi selalu. Apa yang saya agak tersentuh ialah tentang begitu mudah meletakkan lagu-lagu yang entah baik entah buruk sebagai penenang jiwa. Sememangnya lagu mampu menghilangkan stress peperiksaaan. Tapi sejauhmanakan ketenangan itu bertahan. Berhibur secara berlebih-lebihan secara jelas mengotorkan hati. Dan hati itu pula ialah makam ketenangan, apabila berhibur ia makin hitam. Maka di manakah ketenangan itu?? Mungkin sekadar menghilangkan stress tapi secara batinnya tidak. Hati makin keras. melainkan mendendangkan lagu-lagu yang dianjurkan Islam seperti Zikrullah dan Nasyid. Setidak-tidaknya ada ibrah dan juga hikmah. Ini tidak, terjerit-jerit, terjengkel-jengkel. Hati hilang entah ke mana. Syok sendiri kot.


Maka yakinilah,


Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)


“Dan banyak-banyaklah mengingat Allah supaya kamu memperoleh keberuntungan.” (Al Anfaal:45)


Moga-moga usaha mencari ketenangan itu dibawa ke arah jalan yang benar. Ketenangan yang sebenar hanya dengan mengingati-Nya. Kegelisahan akan hilang begitu sahaja jika Allah jadi tempat ingatan. InsyaAllah segala kekusutan dan kesusahan dapat diatasi. Zikrullah dan Al-quran menjadi penenang jiwa. Solat jadi kekuatan kita. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

3 comments:

Salam Manaff said...

Smoga mendpat ketenangan yang diinginkan.. Amin Ya Robb

NaMa SaYa ErNi!!! said...

selamat berjaya IB exam.

Akmal Hayat said...

xboleh lawan cter aku..huhu..

semasa di sem3..

"eh, beli laa borang mpp ni.. 50sen jek satu"

XD