Friday, April 16, 2010

Lambaian Rindu

Di kala suara manusia hingar bingar, kealpaan
Di kala perut pula dipenuhi, tapi
Hati ini merinduinya,.

Oleh Amin Rox 
Lambaian Rindu
 

Dalam perjalanan hidup ini
Lambaian keasyikan rindu
Merayap dalam lubuk kalbu
Syukur kerana aku dipilih sebagai
tetamuMu


Telah lama aku inginkan
Telah berkurun aku pasangkan
Cinta manis ini muncul jua
Kaabah, lambaianmu kini kurasai

Meeqat ihram bakal kutempuh
Tawaf, Saie, dan cukur
Melembutkan jiwa
Melemahkan nafsu insani
Rasa pengabdian

Ya Rasulullah,
Dapat kurasai kehadiranmu
Walau jauh jarak tepisah
Syahdu hati mengingatimu
Pusaramu memanggilku 
Cukup meruntun hati perasaan

Madinah
Tempat berjuanganya para sahabat
Ansar dan Muhajirin
Munculnya keteguhan umat
Melonjak generasi kegemilangan
Bersemadinya KekasihMua Ya Allah

Lambaian Kaabah
Salam kehadiran Umrah
Aku menantimu
seikhlas hatiku.
Terimalah kehadiranku Ya Allah.

1 comments:

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

T_T
Aku turut menanti saatnya untuk aku menjadi tetamuNya...
Belum pernah kaki ni dijejakkan ke sana...
Harapnya sempatlah sebelum ditinggalkan jasad di bumi ni...