Engkau Tahu Segalanya
Nukilan: Amin Rox
Mock IB Exam- Good Luck semua!
Ya Rabb
Sungguh engkau tahu
Bahawa aku telah putus asa
Dari mencintai manusia
Sungguh engkau tahu
Bahawa aku telah hilang selera
Dari lamunan dunia
Dalam lenangan air mata keinsafan
Ya Rahman
Sungguh Engkau benar-benar tahu
Bahawa aku terlalu banyak dosa
Sehingga tangisan darah belum tentu
melayakkan ku kesyurga
Sungguh Engkau benar-benar tahu
Jiwa dan nafsu ini masih bergelora
Gelojak jiwa maknawi duniawi
Ya Ghaffar
Tapi benar
Aku sungguh-sungguh tahu
Bahawa engkau Maha Penyayang
Penerima taubat hamba-hamba yang menyesal
Bahawa Engkau Maha Pengampun
dosa-dosa setinggi gunung sedunia
Dan aku sungguh-sungguh tahu
bahawa Engkau Maha Lembut,
Maha Penerima, Maha Pendengar,
Maha Agung, Maha Besar,
Maha Pelindung, Maha Mengetahui
dan segala-galanya Maha Berkuasa
Ya Allah
Dari itu aku pohon pengharapan
Penuh ketakutan dan keyakinan
Untuk menyambung putus asa cintaku
Untuk kutatapkan seluruh kalbu
Dari Jiwa yang rapuh kepada
Jiwa yang rindu dan takut padaMU.
Tiada lagi erti putus asa
Rindu selama-lamanya.
Sungguh engkau benar-benar sungguh tahu
Segala-galanya.
Sungguh engkau benar-benar sungguh tahu
Segala-galanya.
1 comments:
Terima kasih, Amin...
tersentak aku daripada lamunan yang panjang...
Post a Comment