Saturday, March 13, 2010

Be Motivated

"Gemuk ar amin engkau!"
Itu yang saya sering dengar semasa saya sudah besar. Tersenyum saya. Saya tidak merasai apa-apa. Bukan kerana tiada perasaan tapi saya bersyukur teramat. Mungkin dia tidak tahu sejarah hidup saya. Penampilan saya sekarang sudah memadai bagi saya. Bersyukur.

Imbas kembali masa lalu. Terus terang saya katakan bahawa saya pada masa dahulu sangat gemuk. Mungkin anda sendiri lihat tidak akan mempercayainya. Bahkan saya sendiri tidak akan percaya bahawa saya mampu kurus semula. Sukar, sangat sukar tapi saya membuktikan saya mampu.

Kawan-kawan saya asyik perli akan Misi V.20 saya iaitu misi untuk kuruskan badan. Kadang-kadang mungkin mereka tidak sedar kenapa saya berani menyatakan misi itu secara terus terang. Bagi saya perlian mereka hanya mampu memberikan saya ukiran senyuman yang masih belum tentu difahami oleh sesiapa. Saya sebenarnya sudah berjaya dari dahulu lagi. Tapi ada juga yang memperli "Bila la misi hang nak berjaya amin. hahaha" . Tersenyum saya, bila orang tak tahu macam-macam mereka skeptik kan. Skeptism yang stereotype.

Tapi tidak mengapalah, di sini saya mengumumkan bahawa Misi V 2.0 saya sudah lama berjaya. Wahai kawan-kawan, dalam persahabatan kadang-kadang kalian lupa untuk mengabil tahu yang lebih mendalam. Kukuhkan ukhuwah itu jika hanya sekadar pandang sebelah mata. Bukalah minda dan hati. ^_^

The Significance of Mission V.20 Behind the Literal Words


Meneliti saat kegemukan, perit.

Leher pun dah tiada dah. Tapi semangat masih ada.

Apabila anda berjaya, anda pasti mampu tersenyum gembira.

The significant of V2.0 wink! ^_^

Buat golongan yang pernah merasai perasaan gemuk seperti saya, tahniah saya ucapkan. Dalam hidup, kita tidak perlu menyerah kalah. Saya tidak menyerah kalah sehinggakan kaki-kaki saya melecet berdarah tatkala merentas desa. Ke garisan penamat jua walaupun terkedek-kedek berlari.

Begitu jualah dalam mengejar cita-cita dan impian. Walaupun kita tidak sehbat orang lain, tapi kita jangan putus asa. Kita kena akan usaha. Sesiapa berusaha dia akan berjaya. Dan iringilah usaha anda itu dengan doa rintihan keikhlasan. InsyaAllah Allah Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Teruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir dalam setiap perbuatan kalian yang menempa kebaikan dunia dan akhirat. Jangan mengalah.

Sempena dengan IB exam yang bakal tiba ini, moga-moga cerita ringkas yang cukup segan saya ceritakan ini mampu memberi semangat kepada anda. Teruskan usaha, berterusan, istiqamah, gandakan usaha, fokus dan yakin dengan usaha anda dengan iringan doa dan tawakal. InsyaAllah. Banyakkan berzikir penenang jiwa. Hindarilah perkara-perkara dosa yang besar mahupun kecil. Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan Allah suka akan orang yang bersungguh-sungguh . Salam Mujahadah.

19 comments:

Anonymous said...

fuyo mantab mantab mantab amin!hihi

Anonymous said...

amin,sory kalu atik jadi kawan yg judge sebelah mate tue...huk2...nwez,taniah..

Anonymous said...

amin,sory kalu atik jadi kawan yg judge sebelah mate tue...huk2...nwez,taniah..

...zUlaIkHA... said...

salam...

my last comment b4 stop...

huhuhuh..amin,sye pun pernah merasai pengalaman yang same...

pengalaman dihina,diejek dan dicemuh...memang perit dulu bila gemuk...
tapi gembira sangat bila jumpa balik ngan orang yg ejek dulu bebrape tahun kemudian..the first word yang keluar dr mulut diorang adalah..

"eh,dah kurus..."

papepown..pengalaman tu sangat berharga..ntok diceritakan pada anak cucu nanti eh?(^_^)

n sebagai satu kisah motivasi...
menyedari hakikat diri yang penuh dengan kelemahan...

(al-Anfal:66)

all the best in ur undertakings...

ahmad fahmi said...

pegrh amin
patut la jadik superman =)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

Aku rasa, dulu aku lagi gemuk dari ang yg dulu~

^_^

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

http://www.friendster.com/photos/14837783/1/533133758#pic=2564824651533133758

http://www.friendster.com/photos/14837783/1/533133758#pic=2564824651332092463

cube2 la tengok~

n_n

Amin Rukaini Mustafa said...

>>Fazli: hehehehe.. mantab kan.. Tu la waktu paling gemuk aku fazli oi. aku tgk pun terkejut.

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Atik: hehehe, alamak terasa la plak sorang ni. xde pape la, its just a positive commntary, basically xda effect pape pun. ^_^

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Zulaikha: ye ker?? Pergh. Seyes tak ley byg. haha. x sangka lak. Ada ramai geng ar camni. hehe. thanks!

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Fami Zx: ha.. tahu pun.. hahaha.

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Syahmi: Aku dah usya la, aku gemuk lagi kot. aku sampai xde leher, bulat, berat max 80 kg!! ohohoh.. BMI confirm >25 ke atas nya.

Lutfi said...

gemuk itu comel... tak gitu amin? hahahaha!!!!

hanis fozi said...

>>>zulaika
aku punya kawan plak..bila jmpa aku
"eh..mkin naik?"

aku xtaw knp bila terbaca post amin kt ym
"...especialy yg gemuk2.."
aku terus klik

tindakan spontan
amin..tlg aku
dah v.12 da aku ni
cmni gak
hehe

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Lutfi: itu bukan comel dah! Montel! Susah! Lari terkedek-kedek dah penat.

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>>Hanis: Haha, xsgka ada mangsa terkena ngn status aku tu. :P
xpe, ko dah ok la. aku tu ha.. kecik2 gemuk sgt, nseb bek dah ok.

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

Amin menyerang aku dari setiap penjuru - Facebook, blog aku, blog dia~

:p

Amin, aku nak cakap cam tak sanggup, tapi aku kena bagitau gak, simpan lama2 nanti busuk lak dalam ati nih...

bukan masalah ang x penah kurus.
ye, ang memang lagi kurus dari dulu tapi ang "naik" balik, tu yang orang sebut camtu...
ang sendiri mengaku masa lepas raya ari tu kan, kan, kan?

tu la, orang lain naik bas, ang naik flight...
try naik bas, bleh ang jalan banyak skit...
ikut kami p time square, melilau pi low yatt ka...
bleh gak kluaq peluh...
x caya, ang tanya rumet ang...

eh, lupa, lepas ni dah x de dah can nak naik bas...
aiseh Amin, melepas~

istiqamah la Amin dalam menjaga berat badan, macam aku ka~
kehkehkeh...

ka ang nak try terapi aku?
ada lagi supplement2 lain yg kena tambah, bukan satu tu ja kena buat~

n_n

so, apa2 pon, balik cuti ni, arap ang leh jaga la badan ang tu...
kata nak jamu nasi minyak tahun ni~

^_^

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Syahmi: itu mmg aku x nafikan, masuk kmb aku kurang jaga makan. hehe. pape pun syukur gak, aku taknak kurus keding, xnak pulak gemuk sgt, average da.. taf2.. :P


pasal bas tu, aku tingin ja nak balik, lepak2 main bowlig, lagha2, pegi sana sini, pegi lowyatt. tapi kalo emak sruh balik nek flight? takkan nak lawan. lagipun bukan rugi masa. kalo balik nk bas, sah2 aku terpesong kebenda len.

mana ada weyh, kat uk bas belambak la weyh. lagi selamat dah selesa. :P

hehe, sentiasa menjaga, cuma jika emak ku masak, xkan lak x makan. ^_^
taknak ar terapi hg. Membunuh ==> tindakan ke arah membunuh diri haram! mati katak! Pandu cermat jiwa selamat.

Anonymous said...

Ya Allah, budak tu makan Amin!

LOL...Abang Amin fit la. Mane ade gemuk.