Petang itu perut saya berasa tidak selesa. Mula meragam, tak hadam. Rasa mual dan meloya. Jadi saya pun kategorikan simtom itu sebagai "evening sickness' kerana biasanya morning sickness hanya terkena pada perempuan mengandung. (jangan salah anggap, bukan saya mengandung tapi sengaja dibuat-buat: baru baca pasal thalidomide chemistry). Maka terpaksa jua saya bertahan.
Malam itu pula badan saya mula panas. Tiba-tiba rasa sejuk teramat yang saya gelar sebagai "Chill Fever". Lenguh-lenguh satu badan. Saya mula perasan 'lymph nodes' ataupun nodus limfa saya mula membengkak. Secara fisiologinya, jika kelenjar nodus limfa membengkak, ianya bererti saya terkena 'infection'. Infection mungkin disebabkan pathogens sama ada virus ataupun bacteria. There will be accumulation of pathogen inside lymph nodes because other that control interstitial fluid, lymph nodes function as defence mechanism where most phagocytic cells will engulf the phatogens. (berguna jua belajar biologi, at least saya tahu) Persoalan demi persoalan mula timbul. Mungkinkah ianya berulang?
Teringat saya masa dahulu...
Tempat : MRSM Langkawi, Blok A.
Masa : Sekitar tahun 2007
Label: Hikmah
Mungkinkan ianya berulang? Berulang yang saya maksudkan ialah infection itu. Saya pernah terkena infection oleh pathogen ( diseases-caused microoganism) ketika sedang belajar di MRSM langkawi. Tidak pernah saya skip dari kelas, tapi pada hari itu saya terpaksa. Pada hujung minggu itu saya pulang ke rumah dan ke klinik. Sakit tekak saya menjadi-jadi. Perit. lymp nodes membengkak besar! Doktor memberikan saya 'antibiotics' yang sememamgnya saya tahu tujuanny adalah untuk melawan pathogens. Sempat jua saya menggunakan ilmu biologi ketika itu. Antibiotic kena habiskan jika tak berbahaya: Bacteria mungkin akan bermutasi kepada new traits. Saya faham. Maka saya pun ikutlah segala preskripsi arahan doktor.
Balik di MRSM Langkawi, saya mengambil seperti biasa. Namun selepas dua hari. saya mula sedar, badan saya mula menunjukkan simtom-simtom pelik! Pada satu hari, saya terpaksa skip kelas. Selepas makan antibiotik yang diberi, saya pengsan. Tidur yang tidak sedarkan diri. Badan saya terlalu panas. Bangun-bangun saya berpeluh-peluh, terasa bahang selueuh badan, sangat lemah sehinnga untuk mengangkt kepala pun susah, saya cuba berjalan, hampir rebah. Berat, tak bermaya. Telinga saya berdesing-desing. Otak saya macam nak meletup. Badan saya mula merah-merah.
Malam itu, saya rasa seperti tidak akan melihat lgi dunia pada esoknya. Saya pasrah dan beribu-ribu pasrah, Jika benarlah hidup saya setakat itu, saya akur. Mungkin Allah itu Maha Adil. Saya akur, dan pada ketikat itulah muncul hikmah-hikmah yang jarang difikir oleh insan biasa. Pada ketika itulah muncul hikmah-hikmah dari-Nya. Saya melihat dunia ini dengan sejelas-jelasnya. Mungkin hidup saya hanya pada malam itu. Saya sudah tidak bermaya lagi. Saya berserah. Lailahaillah.
Namun, besoknya, syukur saya masih mampu bertahan. Ibu saya menelefon, dan disuruh saya pulang. Saya pulang dalam keletihan. Dibawa saya berjumpa dengan doktor saya yang sama. Pada hari itu saya mula sedar bahawa bada saya sebenarnya allergic kepada sejenis broad spectrum antibiotics iaitu Cefroflexin ataupun ceproflex. Maka seumur hidup saya, saya perlu mengingat nama antibiotik ini. Jika tidak kemungkinan saya akan menemui maut jika mengambilnya lagi. :(
CEFROFELXIN, kau kini jadi ingatanku. Aku tidak aka melupakan kau.
**************************************************
Dalam Mehnah tu, ada Hikmah.
Bila Hikmah itu datang
Rahmat itu pula mendatang.
Carilah Hikmah dan rebutlah Rahmat.
REBUTLAH LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA
2 comments:
ingt lps ni amek ja amoxylin, penicilin, oxicylin @ tetracyclin.....haha byk lg choice
Post a Comment