Monday, February 15, 2010

Mendidik dan Terdidik

Kepulangan cuti saya sebenarnya adalah bersama Zahid. Sebelum pulang ke rumah, sempat kami singgah di Alamanda untuk makan di Burger King. Saya tidak melepaskan peluang mengisi perut dengan Double Wooper yang ternyata 'terangkat'. (serius kenyang). Selepas makan, saya mengajak Zahid singgah di kedai mainan. Mencari mainan untuk anak saudara. Dan untuk memilih jenis permainan, saya meminta pertolongan Zahid untuk memilihkan. Syaratnya: permainan tersebut mestilah yang memerlukan pemikiran secara aktif, boleh dimainkan sekurang-kurangnya oleh dua orang ke atas.Cari punya cari, Zahid mencadangkan satu permainan yang bagi saya cukup memenuhi citarasa dan syarat yang telah saya berikan, tambahan lagi, harganya agak berpatutan dan lebih murah dari apa saya bajetkan. Alhamdulillah, save cost!^_^

Maka apabila tiba di rumah. Belum sempat saya membuka dan memberi, mainan tersebut sudahpun diambil oleh anak saudara saya, Aina. "Huish, kalau bab mainan ni laju betoi!" Saya tidak kisah pun. Memang niat hendak bagi pun. "Pi panggil abang (aiman) cepat, ajak main sekali" Mamanya menyuruh. "Meh pak cik ajaq" Maka saya pun mengambil tugas ala-ala mentor untuk mengajar cara bermain. Tertulis di kotak permainan tersebut ialah: "Supernatural Beads". Saya menalaah cara memainkan permainan tersebut. Senang dan difahami. Hanya perlu memasukkan beads mengikut warna yang telah ditetapkan. Belum sempat saya ajar, terus mereka bermain!

Memulakan sesi mentor-mentee, ternyata mereka senang memahami.

TokWan (ayah saya)  turut menolong Aina memasukkan beads ke dalam lubang disediakan

Permainan tersebut ternyata menguji tahap kesabaran. Aina (adik Aiman) give up: "Tak larat, pak cik ganti."
Maka, saya pun mengambil alih tugas membuat seekor kuda dari beads yang halus itu. Sangat memerlukan ketelitian! Aiman siap dahulu dengan lembuya, diikuti oleh saya. Selepas itu mengikut arahan yang tertera pada kota, saya menggunakan strerika untuk memanaskan dan mencantumkan beads tersebut dan akhirnya, Jeng3~ Berbaloi.
Seekor lembu dan seekor kuda siap dikorbankan!



Tahniah Aiman dan Aina! Kamu berdua berjaya melepasi ujian Pak Cik! ^_^

Oops, Ammar maaf, Pak Cik tak belikan pape untuk Ammar, nanti bila besaq Pak Cik belikan ok!

Maka, ini sketsa yang sempat saya buatkan.

******************************************************************
Alkisah~
Dua ekor sahabat berjanji untuk ke kenduri kahwin,

MatBu = Lembu
MatKu = Kuda



Setelah 15 minit menunggu,

Maka MatBu dan MatKu pun pergi makan bersama-sama. Setelah selesai makan kenduri,

Kedua-dua terjelepuk kekenyangan!

Pengajaran Cerita Ringkas Ini:

  1. Tepati Janji dan Waktu

  2. Kalau orang jemput kenduri, pergi

  3. Makan kenduri jangan lebih-lebih, kawal!

  4. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang

  5. (fikir sendiri la apa yang patut) ^_^

********************TAMAT********************

Refleksi (maaf, tiada CAS Hour)
Satu perkara yang ingin saya tekankan. tidak salah untuk kita membeli mainan, tapi pastikan mainan yang dibeli bertujuan yang baik. Pada umur sedemikian, apa yang penting ialah melatih mereka berfikir secara kognitif, dan melatih nilai2 murni seperti kesabaran, ketelitian, kerjasama dan lain-lain. Adalah penting untuk mendidik kanak-kanak untuk proaktif berfikir. Kelak mereka akan menjadi insan yang rajin dan berdaya saing. InsyaAllah. Dan sebagai Pak Cik saya jua merasai bagaimana perasaan bermain dengan toys2 ini. (saya dulu lagi banyak toys). Cuma kadang-kadang jenis toys tu perlu yang bermanfaat.

Dalam hal ini juga, saya berpendapat bahawa, dalam pendidikan kanak-kanak, ibu bapa khusunya perlu memupuk nilai-nilai yang sewajarnya melalui nasihat dan juga pengajaran yang berhikmah. Hal ini jelas dicontohkan oleh Lukmanul Hakim dalam mendidik anaknya. Satu peringatan kepada kita semua yang kelak bakal memiliki keluarga sendiri. Antaranya ialah:

wahai anakku!
tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya.perbuatan ini tidak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.


wahai anakku!
bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. bukanlah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. sesungguhnya nasihat mereka bagaikan mutiara hikmat yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering yang disirami air hujan.
 
Dan juga dapat dilihat dalam surah Lukman itu sendiri seperti yang sedia maklum. InsyaAllah. Sekian.

15 comments:

...zUlaIkHA... said...

salam..

kisah matBu dan matKu tu berdasarkan kisah benar ke?
huhu...(^_^)

baguih nawh pakcik ni..thumbs up ar..

bersama-sama kita teruskan usaha melentur rebung ntok jadi buluh yang berkualiti...

walaupun banyak cabaran dan dugaan..

kekreatifan memang sangat diperlukan untuk kita sampai kepada matlamat tu...esp bila deal ngn kanak-kanak..

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Zulaikha: hehe, lebih kurang la, yng kenyang2 tu betoi la. :P

yup, ayuh, cehwah, mentang2 dia taska sayangku. ^_^ hehe..

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

bagus2..... practice makes perfect... praktice dri sekarang ye..hihi

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Aisya Humaira: Haih, ke situ lak. Tapi betul la jugak tu, semua kena camtu la.

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

hehe~ xsalah kan amin?

Amin Rukaini Mustafa said...

ye~ xsalah, lagi baguih pa. Besok lusa, tulat, kena gak fikir bnda ni. Bek bersedia. Tapi budak2 taska dah tau dah. ngeh3. depa lagi terer kot.

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

btol tu, cik zulaikha kite tu lagi byk pengalaman... kn zulaikha?? (hehe, beralih arah pulak)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

dusss~

adeihh...

pak cik, terasa~

...zUlaIkHA... said...

xpa..xsemestinyer taska member ja byk pengalaman..

cam pak cik amin kita ni pun...kalau nak suroh kmi judge...

LULUS!!!dah ley jadi pak dah..

huhuh..cuma ley perbaiki lagi skill ngn kanak2 tu..pitching n tempo dah ok dah..(^_^)

nampaknyer ade org terasa d sini...

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Aisya humaira: baguih2 ada geng, jom beralih arah. hehe

>>>Syahmi: haha, situasi tu mgkin ada kena mengena ngn kita kot.

>>>Zulaikha: haha, tgk2, orang berpengalaman mcm zulaikha siap boleh judge lagi tu. hebat2.
syahmi perasan sebab sketsa tu kut.

Atikah Nur Dzulkhefli said...

adakah matBU-amin,matKu-syahmi???hahaha..mkn byk smpy tak larat jalan...iskh3...perubahan fizikal bakal dilihat di kmb nanti..hahah

Amin Rukaini Mustafa said...

Oit, agak2 la orang matBU. haish. Tu cerita rekaan, tapi ada kena mengena gak la cket2. :P

Takpa, lepas ni exercise la byk2.
(Syahmi makan byk mana pun duk sama ja)

...zUlaIkHA... said...

amin...

pengalaman banyak mematangkan pemikiran...ceh..(^_^)
saye xcakap saye dah matang eh...huhu

oleh itu..bersama kita menimba pengalaman untuk kematangan fikiran..

btw..cam yg kmi pernah habaq kt hg dulu..jangan sibuk nak prepare duet nak kawen je..tapi prepare diri sekali untuk jadi seorang suami dan bapa mithali...(^_^)
insyaAllah...

Amin Rukaini Mustafa said...

>>> yela2. boleh diterima pakai gak la.

yup, betul2, i remember about Saiful islam punye quote: Nak kahwin jg fikir psl mas kahwin, hnataran, nikmat2 n bla2.. tapi fikir sampai ke susu, lampin, isteri, tanggungjawa n bla3.. ^_~

Adoih, awat asyik duk sebut kawin ni. dah2 la tu. hehe

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.