Pada kesempatan ini saya sekadar ingin berkongsi sedikit fakta yang kadang manusia sejagat terlepas pandang. "Why should we admire the Prophet Muhammad as our idol?" Soalan ini mungkin tidak datang dari mulut insan muslim biasa, tapi jika ia datang dari bukan non-muslim, What would you answer?? Apa yang harus kita jawab? Bagi dalil Al-Quran? Cerita sirah dari awal sampai akhir? Mungkin boleh, tapi mampukah mereka memahami? Mungkin ya mungkin tidak. Maka ini antara jawapan terbaik!
Kenapa kita perlu jadikan Rasulullah sebagai idola? :-
1. Sejarah nabi direkodkan dengan sumber yang mutlak (sumber yang jelas/sahih)
Seperti yang kita tahu, dua rekod penting yang kita ada iaitu Al-Quran dan Hadis. Al-Quran merupakan kalam Allah, yang tidak pernah berubah sejak 1400 tahun lalu setelah ia diturunkan menceritakan serba sedikit tentang riwayat hidup Rasulullah. Hadis pula menjelaskan dengan seterang-terangnya. dan perawinya bukan calang-calang orang. Ingatan mereka terbukti hebat dan ulama mengiktiraf kehebatan mereka. Jika wujud yang dhoif, diketepikan (Fadhail amal). Maka tiada tokok tambah dalam rujukan Rasulullah.
2. Kronologi hidup Rasulullah legnkap bermula dari kecil sampai wafat
Cuba bandingkan dengan tokoh besar lain seperti Aristotle, Mahatma Gandhi, dan lain-lain. Adakah diceritakan riwayat hidup sewaktu mereka kecik? Sejarah hidup mereka hanya diketahui tatkala mereka muncul dan terkenal sahaja. Sebaliknya, Muhammad Bin Abdullah pula dijelaskan secara terperinci bagaimana kehidupan baginda sejak dari kecil lagi. Maka layakkan seorang individu itu dijadikan jika kronolgi hidup tidak sempurna? Mungkin sewaktu mereka kecil mereka jahat? Wallualam.
3. Sejarah Rasulullah tidak terkeluar dari batasan kemanusiaan manusia
Saya menonton satu cerita, iaitu Percy Jackson the Lightning theif menceritakan tentang tuhan orang Rom, iaitu Zues, Pseidon, dan Hades, Dari awal sampai akhir saya asyik ketawa tersengih-sengih. Ada pulak tuhan bergaduh-gaduh? Ada pulak tuhan hilang tongkat untuk panah kilat? Apakah? Cerita tersebut bagi saya bergenre lucu dan lawak. Tapi apa yang ingin saya katakan ialah, Rasulullah tidak terikat dengan cerita dongeng yang jauh dari sifat-sifat manusia. Tapi baginda hanya insan biasa yang menyampaikan risalah. Berbanding dengan tokoh-tokoh lain seperti Hercules (yang lahir hasil hubungan tuhan dan manusia) semuanya membicarakan unsur mistik dan mitos. Maka, susah untuk manusia menerimanya, atas paksaan.
4. Sejarah Rasulullah mewakili contoh semua lapangan individu
Ambil contoh, jika Isaac Newton, beliau hanya mewakili golongan pemikir, Plato hanya mewakili golongan falsafah, Georg washington- tidak pula pernah dikaitkan dengan anak yang baik? dan kebanyakan tokoh lain hanya mewakili beberapa lapisan sahaja. Tetapi bagi Rasulullah, semua diwakili. Rasulullah boleh dicontohi pada setiap peringkat. Bermula sebagai seorang anak, anak yatim,peniaga, pekerja, Guru, Saintis (rasulullah jua berfikir akan hakikat alam, Pemimpin, tentera (pahlawan perang), Bapa, Suami, dan banyak lagi. Pendek kata, semua manusia diwakili!
5. Dalil perjuangan Nabi tiada unsur kelebihan sebagai rasul
Mukjizat baginda hanyalah Al-Quran. Tiada unsur luar biasa pada pandangan manusia biasa. baginda tidak membuat satukuasa supernatural untuk membuatkan orang lain kagum. Tapi baginda berteraskan kepada rasa kasih sayang, iaitu naluri semula jadi manusia kerana ianya berkekalan.
Kesimpulannya, kesemua bukti-bukti ini menjelaskan kepada kita bahawa sebab-sebab kita perlu mencontohi baginda, jadikan baginda idol. jadi tiada hujah yang mampu menandingi hujah tersebut. Sekian dahulu, salam Maulidur Rasul! Ingat-ingat selalu. ^_^
[Sumber Rujukan: Dr. Mustafa Syibaie, Sirah Muhammad SAW, pengajaran dan pedoman]
0 comments:
Post a Comment