Saturday, January 30, 2010

Pencabulan: Siapakah patut dipersalahkan?

Saya duk termenung depan laptop lebih kurang 10 minit memikirkan idea untuk update blog saya ini. Buntu. Entah. Tiada idea langsung. Tiba-tiba roomate saya balik. Menceritakan satu kisah @#$%^&;.

Kisahnya tentang pencabulan kehormatan oleh si folan kepada si folan. Astaggfirullahalazim. Ada juga sedemikian rupa.

  "Muka budak itu innocent tapi..bla..bla..bla"

Saya beristghfar banyak-banyak. Bergetar hati saya. ada juga insan seperti itu di dunia ini.
Saya memberi respon ringkas: "Dunia sekarang, macam manusia ada, usah ditengok rupa paras, muka baik pun boleh jadi jahat. "

Sunyi seketika keadaan bilik saya. Kaku.Bunyi kipas bersiur-siur.

Satu pengajaran saya pelajari, saya tidak mampu membuat kesimpulan tergopoh-gapah, kerana dalam hal ini saya bukanlah pemerhati yang jelas tapi hanya pendengar. Mungkin jika hendak disalahkan insan yang bertindak secara tidak senonoh itu, saya tidak berani menyalahkan beliau 100%. Mungkin ianya berbalik kepada si gadis juga. Adakah baik pakaiannya? Menggodakan dia?? Menusuk wangikah harumannya??

Semua faktor ini perlu dilihat. Dalam dunia sekarang, jika hendak dipersalahkan lelaki juga tidak boleh. Hal ini berbalik kepada wanita juga. Sama ada mereka menjaga adab-adab berpakaian atau tidak. Saya terbaca satu artikel menarik bahwa wanita tidak muda teransang dengan pandangan, manakala kaum lelaki mudah sekali teransang tatkala melihat benda-benda explicit 18++.

Maka dalam hal ini, Allah SWT berfirman:
"Katakalah kepada laki-laki yang beriman, agar menjaga pandagannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka,. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
[An-Nur: 30]

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya)." [An-Nur:31]

Jadi jelaslah, lelaki diutamakan kerana nafsu mereka mudah digoncang dengan sekilas pandangan dan hal ini diikuti dengan wanita. Maka saya tidak dapat meletakkan kesalahan jua terhadap gadis tersebut kerana besar kemungkinan lelaki tersebut juga yang memulakannya. Dan hal ini pula berbalik kepada si gadis yang kemungkinan tidak menjaga auratnya.

Pendek kata, kesimpulan padat yang dapat simpulkan ialah, dalam apa keadaan sekalipun, setiap individu lelaki mahupun perempuan wajib menjaga batas-batas dan juga aurat masing-masing.

Saya akur, sistem pembentukan individu masih kurang. Maka disinilah permulaan perbicaraan usrah.
Amin Rukaini Bin Mustafa, setinta idea,

18 comments:

Atikah Nur Dzulkhefli said...

mantap!!dalam dunia sekarang macam2 boleh jadi...perepmpuan lelaki same jek...tapi saye rase untuk mengekang nafsu pade usia mude,puase adalah jalan yg terbaik..tapi jika puase pon xdapat mengekang kamu(lelaki),diwajibkan ke atas kamu berkahwin..iman pengikat nafsu,maka mari kite same2 tingkatkanlah iman kita..

Amin Rukaini Mustafa said...

ya, terima kasih atas sumbangan idea anda! bernas.

maka jalan terbaik ialah menjaga nafsu. :)

Akmal Hayat said...

ya! marilah berkahwin ramai2!
XD

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Akmal: Ai..akmal. happy semacam jer. ada apa2 ka ni??

Akmal Hayat said...

apekah?? mana ada..aku mewakili hg laa amin.. -_-"

Amin Rukaini Mustafa said...

>>> akmal cover2 lak kat sini. acehceh2... haha.

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hahahah..akmal cover!!!die tersipu2..hg yg tak sabaq cakap org nawh akmal..heheheh

jage nafsu salah satu carenye dgn berpuase!!!jom berpuase!!

...zUlaIkHA... said...

salam

don't judge the book by its cover...
selagi mana seseorang itu bergelar manusia yang mempunyai nafsu, baik @ tidak, x jadi persoalan... persoalannya sekarang ni, dapat tahan ke tak???

coz even budak2 yg dah msuk dlm usrah pown bley bermain cinta @ hanyut dalam lautan mesej n calls dr si dia...

sesiapa je de potensi ke arah itu...termasuk diri ini...maka tahanlah yea!(^_^)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>> Atikah: Akmal mmg mcm tu.tgk dah tewas. :P

>>> Zulaikha: Thanks for reminding. Cinta sesama insan bukan satu halangan, tapi perlu penyelesaian. jika tujuan yg jelas ke arah cara yg halal, aturkan dengan baik.
^_^

Akmal Hayat said...

huh..ssh laa mcm ni..x rply komen pn dh dikata tewas..mmg perayu komen btol laa..

sumpah aku x pi kursus tu..borang pun x amek..dh laa kursus pra, rm20 lak tu..hmmph..mmg sumpah xpi..

tak salah untuk bersedia. namun dalam perjalanan hidupku ini, lebih banyak yg perlu ditumpukan perhatian berbanding dgn yg itu..
:)

Amin Rukaini Mustafa said...

>>>Akmal: yoyo je, padahal dia yg suke.
Buat lah apa yg anda suke, carilah apa yg anda mahu cari. Its up to you. La ikra hadinn.. Tiada paksaaan dalam menjalani cara hidup. ^_^

Akmal Hayat said...
This comment has been removed by the author.
Akmal Hayat said...

haha..x caya sudah..jgn sedih lak xnmpk muka aku nnt.. :PP

Apekah tu amin?? "la ikraha fiddin" lew.. Mathurat da lps blom? :PP

Suke2 hati ja tukar maksud ayat..
-_-"

Amin Rukaini Mustafa said...

xda nya nak sedih..

addin itu bukan stakat maksud agama akmal oi.. :D

Akmal Hayat said...

erk..ak x merujuk kpd ad-din.. :D

tukar ayat means tukar mksud ayat..

Amin Rukaini Mustafa said...

oh,ic. la,len kali bgtau la aku salah tulis. hafiddin. seyes tak perasan. aku duk pelik dah, ingatkan aku salah apa. mana ada aku tukar ayat.. salah taip da..

Akmal Hayat said...

^_^

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.