Sunday, December 6, 2009

Hala Tuju Cuti Sem 3

Rentak Jaya
Sempat pula saya mengambil masa untuk membuat satu post ini. Walaupun masih dalam minggu exam sem 3, ianya bukan halangan, study-study juga, tapi ada masa otak kena bebas merdeka dan tenang. Dua paper telah berlalu, kini pertarungan tinggal lagi empat paper iaitu Malay A1, English, Chemistry, dan Pure Mathematics. Alhamdulillah setakat ini rentak pertarungan sangat baik dan lancar. Semoga pertarungan ii berterusan dengan jayanya.

Plan Musim Cuti

Saya tidak akan melepaskan peluang keemasan pada musim cuti ini begitu sahaja kerana masa itu amatlah berharga. Resmi disiplin ialah merancang dengan teliti, kemudia perform sehabis baik. Begitu jualah dengan cuti, jangan biarkan ia berlalu pergi.

Sebelum itu, sebagai makluman ingin saya maklumkan bahawa, cuti saya akan bermula seminggu lewat dari kawan-kawan saya yang lain. Cuti umum bagi KMB umumnya bermula pada 11/12/2009. Tapi saya tidak akan pulang awal, masih ada tanggungan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Saya akan ke Jogjkarta bagi memenuhi satu misi sosial, misi kemanusiaan dan juga misi antarabangsa. Di bawah naungan fishforlife3, saya bersama-sama lebih kurang 20 orang sukarelawan FishForLife3 akan berlepas ke Jogjakarta pada 12 Disember 2009 sehingga 18 Disember 2009. Maka kemungkinan besar saya tidak akan aktif berblog untuk sementara waktu. Semua catatan akan didiarikan dan moga-moga dapat ditatapkan dalam blog ini nanti. InsyaAllah.






Dan selepas itu inilah perancangan dan cita-cita yang akan saya pastikan berjaya sewaktu masa cuti ini:

Objektif
  • Penuhi masa lapang cuti dengan sewajarnya demi pembanguna, diri dan spiritual

Masa
(Sepenuh masa cuti)\

Peratus Target
  • 79.99% will be accomplished

Pendekatan
  • Rileks dan enjoy
  • Berpada-pada
  • Tenang
  • Positive minded






Plan Tindakan

Akademik:
  • Review dan Revise Learnt topics
  • Overview Option Topics
  • Rehearse soalan Exam IB
  • Complete and Combine Notes for each subject
  • Recompute TOK Presentation
  • Finalise EE Biology
  • Finalise World Literature
  • Baca SAGA
  • Baca Syak Wasangka
  • Finalise UCAS

Kokurikulum/ CAS:
  • Kemaskini CAS file holder
  • Siapkan report FishForlife3
Spiritual Muatabaah Amal:
  • Solat di Masjid, takde malas-malas
  • Lancarkan Mathurat Kubra
  • Lancarkan Ayat-ayat Lazim (Ayat-ayat yang dihafaz)
  • Baca Al-quran at least satu helai sehari
  • Ziarah kekawan lama (ukhuwah)
  • Kurangkan tidur
  • Puasa sunat

Interest and lifestyle:
  • BELAJAR MEMASAK DENGAN MAK
  • UBAH GAYA DAN STAIL( something la..)
  • Jalan-jalan makan angin
  • Berjogging
  • Reformat Laptop
  • Cari Spects Baru (kalau mampu)

Hobi dan Skills
  • Upgrade skill Photoshop
  • Expertise Blender.exe 3-D design
  • Belajar HTML DAN XML Code (web development)
  • Main Game (NFS, CS, RON n lain-lain)
  • 'Khatam' empat buah novel English yang dibeli secara pukal (sebuah RM 5.00!)
  • Gather, compile dan 'burn'kan Semua Gambar dan movie kelas
  • Masuk Minang * (Abaikan)


Kajian Keberkesanan dan Evaluasi Kemungkinan
  • Kemungkinan tak semua akan dicapai dan dilaksanakan
  • Kemungkinan diri terasa malas
  • Kemungkinan tidak cukup masa
  • Kemungkinan Wujud Halangan Kewangan

Itulah serba sedikit plan perancangan yang sempat difikirkan dalam minggu exam begini. Mungkin perlu pembaikan dan penambah baikkan. Ok dah Azan ni, Chow! Ayuh menuju KEJAYAAN!!!


7 comments:

Akmal Hayat said...

bukan RON laa..
HON!!

hahaha

Amin Rox said...

Ha??
HON tu apa???
serius x faham.
tapi kalo RON,

RON = Rise of Nation

PeRaNTau said...

ucas apply mana?

tudia...dhsyat gla plan cuti ang...
haha...

Amin Rox said...

UCAS aku: Cardiff, Edinburgh, New Castle, Manchester, Birmigham.

Aku plan ja chem, jadi x jadi len kira. :D

Heidy said...

haha...cm pnjg jer cutinye...

Amin Rox said...

haha, agak la, padahal 3 minggu gitu jer.. (bajet mcm dua bulan)

xpe, itu dah jatuh bawah evaluasi kemungkinan. :D

Amin Rox said...
This comment has been removed by the author.