Saturday, December 12, 2009

FishForLife 3 Bermula: Misi Ke YogYakarta

Alhamdulillah, sudah dua hari ak berada di KMB setelah cuti sem3 tiga bermula tatkala semua pelajar telah pulang ke rumah masing-masing. Tapi aku pula dengan tugas aku yang belum selesai iaitu dengan Misi FIshForLife3 di Yogyakarta.

Sedikit refleksi akan hari-hari yang lepas

10-11 Disember 2009, Sabtu

Usai Exam Paper Chem, petang itu kami berkumpul semula bagi membentangkan buat kali terakhir akan aktiviti yang akan dilakukan di Yogyakarta nanti. Aku turut membentangkan projek yang perlu aku incharge iaitu Sains dan Matematik. Semua berdiskusi membincangkan masalah masalah yang mungkin timbul di sana nanti.




Pembincangan sebelum membentangkan aktiviti buat kali terakhir kepada ahli-ahli fishforlife. Kelihatan Nina (sebelah kanan) sedang kusyuk, mungkin tengah kira-kira bajet kewangan; beliau sebagai Treasurer Fishies.


Kesunyian



Ini bukanlah kali pertama aku berada dalam kesunyian di KMB setelah beberapa kali sunyi kerada tidak peluang pada musim cuti raya. Biasalah, beginilah juga nanti jika berada di perantauan, tak balik ke rumah berbulan-bulan, namun itu bukan halangan. Kelihatan di sebelah ialah gambar di perkarangan concourse. Sunyi giler...Kriek3..kur3..





TAPI, setiba saya di asrama pada waktu malam, suasana terus hidup, bahkan lebih hidup dari malam biasa! Malam bukan lagi kesunyian!


Kelihatan beberapa orang kaki Dota sedang aktif bermain DOta. Penuh satu common Room dibuatnya, Cukup meriah, at least aku tak sunyi menumpang lalu. Walaupun tak berminat untuk join sekali tapi saya tetap datang menziarah. Sahaja cari angin baru.



Gambar ini diambil setelah pelajar yang pergi ke Gunung Ledang telah pergi meninggalkan KMB. Sangat sunyi. Ping pong yang dahulunya berbunyi Tik Tok Tik Tok kini lengang tanpa pemain. Sayu..

Pada hari Jumaatnya, aku dan beberapa orang rakan iaitu Nik, Wan, Rhoe dan Rick telah keluar outing dengan menaiki kereta 'lumba' Wan. Dari pagi sehingga ke petang. Mencari-cari barang-barang yang diperlukan dan juga mengeluarkan duit sebanyak RM*000.00 yang bersamaan hampir-hampir 24 000 000 duit rupiah! Maka secara rasminya, FishForLife3 telah menjadi Jutawan!



Saya membelek-belek duit tunai kepunyaan saya yang ditukar. Setelah dicongak-congak, saya dapati duit yang tertera padanya 100 000 itu bernilai lebih kurang RM 40 duit malaysia.


4.50 pm, Sabtu

Pada petangnya, percubaan aktiviti math and sience dipraktiskan kepada ahli Fish. Seperti biasa aku menggunakan modul yang telah sedia ada semasa di Kem G2S yang juga aku sendiri ambil dari satu Modul yang pernah aku sertai semasa KEm Petrosains anjuran Petronas, iaitu aktivit yang dinamakan build your parachute. Game ini ialah sejenis game PBL (problem base learning) dan juga game yang melibatkan aktiviti berkumpulan di mana setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dan mengerah tenaga. Ternyata berbagai-bagai idea tercetus semasa aktiviti dijalankan.


Wan, bersama kumpulannya cuba membuat sesuatu agar payung terjun ciptaan mereka mampu bertahan lama di udara lantas menyelamatkan telur daripada pecah.



Setiap kumpulan bersedia melepaskan payung terjun masing-masing si perkarangan Concourse. (Habislah jika dilihat dari CCTV KMB)



Pada malamnya, sesi packing barang-barang dijalankan.

12 Disember 2009, Sehari sebelum berangkat
Sebentar tadi kami baru sahaja tamat berlatih bermain Ultimate Frisbee dan belajar menari tarian poco-poco. Agak seronok mengajar mereka bermain. Kali ini kumpulan Fishforlife amat bertuah kerana memiliki STAR-STAR pemain Frisbe yang berkaliber. (eehem2..)

Tatkala menari tarian poco-poco, aku kaget dan juga risau jikalau tarian ini juga bakal menimbulkan isu pemilikan budaya. Risau-risau. Walau apa-apa pun, kami mencuba agar tarian tersebut lebh kontemporari dengan versi remix nya.

Secebis Kerisauan
Aku juga risau. Aku risau kerana aku mungkin sukat untuk berbahasa Indonesia nanti. Pernha sekali aku membuat panggilan ke sana untuk bercakap dengan seorang ibu (mak cik). Ibu itu faham apa yang aku cakap, tapi masalahnya setiba sahaja giliran ibu itu cakap, aku ternganga-nganga. Apakah??? Laju sungguh ngobrol nya. Aku enggak faham!!

Entahlah, aku berserah, harap aku dapat belajar dengan cepat!

Sekian dulu. nanti saya update-updatekan jika berkesempatan. Alright!

2 comments:

Leng Chai said...

oi oi.... x perasan plak ko amek gamba ktrang..... apsal amek gamba baju aku je....
hahahaha

Heidy said...

jage dri kat sne,,,