Tuesday, December 15, 2009

Yogyakarta Hari Pertama

Sudah dua hari saya berada di Yogyakarta. Di sini aku bakal ceritakan serba sedikit keadaan dan aktivti yang telah dilaksanakan oleh FishForLife3. Terlalu banyak untuk aku perkatakan, tapi aku akan simpulkan semuanya buat sementara waktu ini di dalam post ini.



Sehari sebelum bertolak, bergambar bersama untuk dijadikan plat kenangan kepada pihak sekolah dan juga anak yatim. (Tapi bukan gambar ini ya)





Sebelum Berlepas di KLIA






Selamat tiba di Lapangan Terbang Yogyakarta. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam 30 minit.



Sejurus tiba, kami terus bergegas ke RUmah Panti Asuhan Darul Yatama ataupun juga dikenali sebagai rumah anak yatim dalam bahasa Melayunya;


Untuk pengetahuan FIshForLife3 meneruskan kesinambungan FishForLife2 di tempat yg sama di Yogyakarta dan juga di Darul Yatama.

Kami disambut dengan penuh kemeriahan diiringi dengan dendangan Marhaban oleh para anak yatim. Terasa sayu dan syahdu. Menitiskan air mata, tidak di mata tapi di hati.




Dijamu makan dengan buah salak. Makanan Special.



Bermain bersama-sama anak-anak yatim dan juga mengajar kepada mereka tentang food piramid.

Selama dua hari berada di Yogyakarta, ini ialah beberapa vocabulary baru yang aku pelajari:



Embak = nama hadapan untuk perempuan yg belum berkahwin



Mas=nama hadapan untuk laki yg bujang



Pak = panggilan kepada laki yg berkahwin



Ibu = mak cik



Capek = penat



Pulsa = Kredit (Handset)



Gratis = Percuma



Harga terendah = harga pass



enduq =telur



Dikit=sikit



Bangat=sangat



Asik=suka



Kelompok=kumpulan



Kapan = bila









dan banyak lagi..









Setakat ini dahulu ya.. jumpa lagi kalian!















0 comments: